Thursday, July 3, 2008

Najib Dituduh Bersama Altantuya



Najib dituduh bersama Altantuya
Jul 3, 08 12:40pm

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu, yang dibunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda bahawa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hasaan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan Abdul Razak.Dan beliau turut mendedahkan bahawa bahagian yang mengaitkan Najib dalam kes tersebut, telah dibuang oleh pihak polis dari kenyataan beramarannya, untuk melindunginya.Hantar SMSBalasubramaniam adalah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya, yang datang ke Malaysia pada tahun 2000 untuk menyelesaikan beberapa isu dengan Abdul Razak.Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor.Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam berkata, beliau diberitahu oleh Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari dia ditahan berhubung pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan dari Najib yang menyatakan beliau telah bercakap dengan KPN.Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa perkara itu akan diuruskan oleh KPN.Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberiahu semua itu kepada pihak polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.Laporan polisBalasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib.Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa.Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama KPN Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut dan ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya mereka-reka bukti dalam perbicaraannya 10 tahun yang lalu.Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan sebarang kaitan dengannya.

No comments: