Saturday, June 28, 2008

Nazri vs BNBBC?



BNBBC, Nazri diminta berhenti bertelingkah
Jun 28, 08 2:41pm

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pertelingkahan dan perang mulut antara Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen Selasa lalu, dihentikan. Najib yang juga Ketua Whip BN di Parlimen dan Timbalan Pengerusi BN berkata, perbalahan dalam mana-mana kumpulan dalam BN bukanlah merupakan perkembangan yang sihat. "Saya harap ia tidak berterusan. Kita mesti mencari usaha untuk meredakan dan mendamaikan keadaan ini supaya kita memberi fokus kepada tanggungjawab kita dalam Parlimen iaitu membahas isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat dan membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa "Meeting of Minds: Developing the Malaysia Master Brand" di Kuala Lumpur hari ini. Ditanya sama ada beliau akan mengeluarkan arahan supaya perkara itu dihentikan, Bernama memetik Najib sebagai berkata:"Tak apalah, saya akan bisik (kepada mereka yang berkenaan)." Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perang mulut itu yang bermula apabila Nazri melabelkan BNBBC sebagai kelab samseng kerana telah bertindak membuka penghadang yang diletakkan di lobi Parlimem bagi membataskan pergerakan wartawan ketika di bangunan Parlimen.
Pihak BNBBC perlu berhati-hati bila berhadapan dengan Nazri, sebab beliau adalah pahlawan UMNO diabad ini. Itulah gelaran yang diciptanya sendiri semasa mempertahankan UMNO bila diserang oleh Dr. M dulu.......konon. Saya mohon sangat-sangat pada Nazri, saya sebagai rakyat yang hina ini mengharapkan tidaklah kita terlalu seronok untuk melebalkan seseorang yang lain.Takkan pula seluruh ahli kelad BNBBC tu samseng dan Nazri berada dipihak yang baik belaka. Bagi rakyat yang melihat situasi ini terasa betapa para menteri ini tidak bijak selesaikan masalah yang sekecil itu, sehingga perlu teguran dan campur tangan TPM. Berharap Nazri tidak terlalu emosilah bila untuk hanya berhadapan dengan rakan-rakan sebumbung. Tapi memilih untuk berdiam diri bila Singapura mendapatkan Pulau Batu Putih secara mudah dengan meludah maruah bangsa...........gunakanlah emosi itu pada situasi seperti ini.

Siapa Nak Pimpin Siapa?

Siapa nak pimpin siapa?
Inilah watak kita yang sebenar, kita tidak akan mampu terus berselindung daripada kebenaran kerana ianya akan terserlah jua..............

Anwar Amal Nepotisme?

Anwar amal nepotisme?


KUALA LUMPUR 26 Jun – Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) digesa memberi penjelasan tentang dakwaan terdapat ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu.
Bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau amat terkejut apabila diberitahu tentang perkara itu dan jika benar bermakna tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah melanggar prinsip reformasi.
"Selama ini, Anwar sering katakan bahawa tidak patut wujudnya nepotisme dalam politik, namun kini, dia sendiri yang mengamalkannya dengan melantik ahli keluarga menjawat jawatan tersebut.
"Pihak pengurusan KDEB harus tampil untuk memberi penjelasan tentang perkara ini dan mengesahkan kebenaran dakwaan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaannya sebelum ini mengenai ahli keluarga Anwar yang dilantik sebagai penasihat KDEB, baru-baru ini.
Menurut Mohamad Ezam, beliau mendapatkan maklumat tentang dakwaan itu daripada sumber, tetapi tidak dapat mengesahkan kebenarannya.
Sehubungan itu, Mohamad Ezam menggesa KDEB agar mengeluarkan kenyataan umum untuk menjelaskan dakwaan itu.
"Kini, hanya KDEB dan juga pengerusinya yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mengesahkannya. Saya berharap, pihak berkenaan dapat mengesahkannya dengan secepat mungkin," katanya.

Friday, June 27, 2008

DAP Bawa Usul Altantuya


DAP bawa usul tergempar kes Altantuya
Jun 23, 08 2:02pm

kemaskini 11:38pm Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang menyerahkan usul tergempar bagi membincangkan dakwaan terbaru penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu.Dalam notisnya kepada Yang dipetua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, wakil Ipoh Timur berkata perkara itu perlu disegerakan dan mempunyai kepentingan umum untuk dibahaskan. Dalam usul itu, Lim berkata akuan bersumpah penulis sensasi itu mengaitkan tuduhan serius itu terhadap perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak. Yang dipetua dewan dijangka memutuskan esok sama ada usul tersebut, yang diserahkan semalam, akan dibentangkan atau ditolak.Raja Petra, dalam akuannya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah Mansor bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.Sementara itu, di mahkamah berkenaan, pihak pendakwaan baru sahaja menutup kes selepas membawa 84 saksi selama 124 hari.Perbicaraan akan disambung 23 Julai untuk membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin dilaporkan berkata beliau menulis hingga 4,000 muka surat sepanjang tempoh perbicaraan.
Menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan kebenaran, berdoalah semoga kejahatan itu tidak dapat disembunyikan..........

Wakil Sabah Tinggalkan BN Jika.........


Wakil Sabah tinggalkan BN jika...
Muda Mohd Noor Jun 23, 08 8:56pm


Ahli parlimen BN Sabah akan melompat parti jika kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat negeri itu, kata Datuk Anifah Aman.Ahli parlimen BN Kimanis menambah, jika kerajaan tidak memberi respons terhadap kehendak dan permintaan rakyat, mereka tidak teragak-agak akan meninggalkan kerajaan yang diketuai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Bekas timbalan menteri persekutuan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan meninggalkan BN pada ketika ini kerana tidak guna berbuat demikian."Tetapi kepimpinan perlu respons kepada rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.Beliau juga mengulas mengenai tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) ingin membentangkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri.Anifah berkata, presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee hanya mahukan suara rakyat Sabah didengar oleh kerajaan kerana sebelum ini suara mereka tidak diberikan perhatian."Saya tidak fikir Yong berbuat demikian kerana hendakkan jawatan, sebaliknya semata-mata untuk bersuara bagi rakyat Sabah."Memberi jawatan kepada Yong tidak akan menyelesaikan masalah rakyat Sabah. Suaranya itu telah sampai ke peringkat terdesak."Tanpa jawatanpun, Yong boleh bercakap kerana beliau merupakan presiden SAPP," katanya. Anifah mendakwa, beliau mengenali isi hati Yong kerana sama-sama berada dalam kelab Persatuan Pelajar Sabah di London.Beliau berkata, rakyat Sabah bersuara kerana mahukan kerajaan membantu menyelesaikan masalah di negeri mereka termasuk isu pendatang haram.Katanya, rakyat Sabah bimbang kerana semakin ramai pendatang haram di negeri itu dan masalah itu sudah berlanjutan puluhan tahun lalu.--

PKR Selangor: Gelora Tak Sudah

PKR Selangor: Gelora tak sudah


Oleh NURUL AIN HUSSAIN, MSTAR
Rabu, 25 Jun 2008

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kini sudah mula bergolak hanya kerana isu kepimpinan dan rebutan jawatan?Berdasarkan perkembangan hari ini, mStar Online difahamkan sudah mula wujud keretakan dalam sokongan kepada kepimpinan PKR Selangor.
"Pihaknya memang ada meminta Khalid meletakkan jawatan itu kerana ia bercanggah dengan jawatan eksekutif sebagai Menteri Besar," dakwa MPT PKR, Dr Badrul Amin Bahron
Sejurus selepas kembali daripada menunaikan umrah petang ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui bekas pegawai petugas-petugas Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri di satu lokasi yang dirahsiakan.Yahya yang dihubungi lewat petang memberitahu mStar Online, beliau tidak akan menarik balik pendiriannya yang tidak percaya dengan kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Selepas meletakkan jawatan sebagai pegawai petugas khas, saya akan tumpukan jentera parti sahaja."Hasil perbincangan saya dengan Anwar petang ini adalah positif," kata beliau sambil menambah, Anwar juga telah mengadakan pertemuan dengan Khalid selepas pertemuan itu.Yahya yang digantung tugas selama dua bulan meletakkan jawatan melalui suratnya yang telah dikirim melalui faks kepada Khalid semalam.Sementara itu, di pekarangan pejabat PKR di sini, kira-kira 17 Ketua Bahagian PKR Selangor hadir bagi menyerahkan tuntutan berkaitan rasa tidak puas hati mereka berhubung soal pengagihan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri oleh Khalid."Tidak dinafikan bukan hanya masalah pengagihan jawatan yang dipertikaikan, tetapi mereka mahu kebajikan ahli-ahli PKR yang setia dengan parti sejak mula ia ditubuhkan dibela," kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrul Amin Bahron ketika ditemui pemberita.Badrul yang juga Ketua PKR Bahagian Sabak Bernam memberitahu, selepas pertemuan itu Anwar telah menemui Khalid bagi menyampaikan tuntutan dan hasrat ahli parti peringkat akar umbi."Kita cuma mahu hasrat ahli parti yang setia dengan perjuangan dibela... itu sahaja. Berilah mereka peluang untuk memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri daripada memberikan jawatan tersebut kepada golongan profesional semata-mata. "Tegas Badrul, setiap bahagian telah mencadangkan calon-calon yang dirasakan sesuai untuk jawatan dalam kerajaan negeri.Malangnya, jelas beliau, hampir 80 peratus senarai calon yang dikemukakan telah ditolak Khalid."Perkara tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana Khalid meletakkan syarat hanya golongan profesional dengan kelayakan sekurang-kurangnya diploma dilantik.""Ini tidak adil kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan tetapi berjuang atas nama parti sejak 10 tahun lalu," katanya.Ketika ditanya sama ada tuntutan itu termasuk meminta Khalid meletak jawatan sebagai Ketua Perhubungan PKR Selangor, beliau memberitahu, pihaknya memang ada meminta Khalid meletakkan jawatan itu kerana ia bercanggah dengan jawatan eksekutif sebagai Menteri Besar.

Wednesday, June 25, 2008

"Saya sudah bersalah..........

Klip Lingam: "Saya sudah bersalah, sedia ke mahkamah", kata Dr Mahathir


Oleh Bernama
Rabu, 25 Jun 2008


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari Rabu berkata beliau tidak akan mengemukakan permohonan semakan penghakiman terhadap hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Lingam.
Sebaliknya bekas perdana menteri itu bersedia untuk pergi ke mahkamah.
"Saya sudah pun bersalah. Kerana asas yang digunakan Suruhanjaya Diraja adalah jika sesuatu itu boleh berlaku, maka ia sudah berlaku jika ia boleh berlaku.
"Kerana ada kemungkinan saya telah dipengaruhi oleh Lingam dan dengan itu saya telah dipengaruhi oleh Lingam. Ini merupakan kriteria baru bagi bukti di mahkamah. Jadi saya sudah pun bersalah. Jadi apa gunanya saya mengemukakan rayuan," katanya dengan sinis.
Dr Mahathir berkata beliau terpaksa akur dengan standard baru itu yang sudah menjadi kelaziman di negara ini.

Bila Yang Haram Di Halalkan



BERSIAP SEDIALAH WAHAI PEMIMPIN MALAYSIA UNTUK MENJAWAB MASALAH TOTO DIAKHIRAT NANTI. RAKYAT DIHIDANG DENGAN PENDAPATAN HASIL CUKAI TOTO. MANA PERGI MUFTI,MANA PERGI PARA ULAMA, MANA PERGI PEGAWAI-PEGAWAI AGAMA USTAZ, USTAZAH..............SEMUANYA DIAM SERIBU BAHASA BILA MELIHAT KEMUNGKARAN BERLAKU DIDEPAN MATA.

Etika Pakaian di Kelantan

video

Etika Pakain di Kelantan

Dilulus terbit pada Tuesday, June 24 @ 02:11:45 MYT oleh greenboc Oleh darulbayan"

KOTA BHARU 23 Jun – Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini. Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.
Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi. ....Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,'' katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI. Bagaimanapun Shafie tidak dapat dihubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan larangan pemakaian gincu itu. Selain itu, beliau berkata, antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki. Shafie berkata, kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500. — BERNAMA.

Semoga yang baik itu dicontohi dan menjadi ikutan.........

MP BN Setuju Minyak Naik.

MP BN undi harga minyak naik, MP PR undi harga minyak turun
Dilulus terbit pada Tuesday, June 24 @ 00:27:35 MYT oleh greenboc Oleh rusly_islam"


Pada hari ini 23 Jun 2008 dewan rakyat kembali bersidang. Isu yang pastinya ditunggu-tunggu oleh orang ramai pastinya undi tidak percaya kepada PM. Minggu lepas SAPP (salah satu komponen BN) yang mepunyai 2 kerusi di Parlimen mengisytiharkan bahawa menyokong undi tidak percaya kepada PM.
Walaubagaimanapun usul undi tidak percaya kepada PM tidak timbul di sidang dewan rakyat hari ini. Sebaliknya usul untuk menaikkan harga minyak telah di bawa oleh menteri Shahir Samad dan dibahaskan. Dan sudah pastilah ahli parlimen BN cuba untuk berbahas bagi menghalalkan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini. Manakala PR pula menolak usul itu walaupun usul tersebut telah dilaksanakan. Ramai MP Pakatan Rakyat yang tidak puas hati kerana harga minyak dinaikkan tanpa dibincangkan dahulu di parlimen.Selepas perbahasan pengundian dijalankan. Sebelum itu kecoh kerana timbalan speaker cuba untuk mengelak pengundian tetapi akhirnya tetap dijalankan selepas Speaker (pandikar Amin Mulia mengambil alih). Keputusannya 129 MP BN menyokong usul kenaikan harga minyak dan 78 MP PR menolak usul menaikkan harga minyak. Walaupun kalah tahniah diucapkan kepada MP PR kerana berusaha mempertahankan hak rakyat.

Tuesday, June 24, 2008

Yahya Letak Jawatan.

Yahya letak jawatan, hilang yakin pada Khalid
Harakahdaily Tue Jun 24, 08 3:03:13 pm MYT


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) -Pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shahri meletakkan jawatannya atas alasan "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".
Malaysiakini melaporkan Yahya, yang mengirim surat peletakan jawatannya kepada bekas ketuanya itu petang semalam, juga melepaskan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan KeADILan Selangor.
Selain hilang keyakinan, menurut surat peletakan jawatannya, Yahya tidak menyebut sebab-sebab lain kecuali ia akan "dinyatakan kemudian."
Surat itu dikirim kepada pejabat menteri besar melalui faksimili kira-kira 3.45 petang semalam.
Abdul Khalid pada sebelah pagi mengumumkan penggantungan jawatan Yahya - yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa dua minggu lepas - sebagai pegawai kanannya berkuatkuasa hari ini selama dua bulan.
Abdul Khalid sebelum ini mengirim mesej SMS kepada Yahya memaklumkan tindakan yang bakal diambilnya bagi mengelakkan pegawainya itu "terperanjat. "
Dalam ucapannya di depan hampir 200 penyokong di kediamannya di Seksyen 4 Shah Alam malam ini, Yahya juga mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatannya sebagai ketua perhubungan KeADILan Selangor.
Yahya mencadangkan jawatan itu diserahkan kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ditemui selepas ucapannya kira-kira jam 10 malam, Yahya berkata beliau telah bercakap dengan presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berhubung tindakan penggantungan terhadapnya dan kedudukannya itu.
Menurutnya, ahli parlimen Permatang Pauh itu mencadangkan beliau bertemu sendiri dengan Anwar.
Beliau dijadual bertemu penasihat parti itu di pejabatnya jam 2 petang esok dan dipercayai akan membawa "beberapa tuntutan."
Yahya, seorang aktivis lama KeADILan, mendakwa beliau mendapat sokongan dan berpengaruh dalam kalangan 70 hingga 80 peratus bahagian di negeri itu.
Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak meluluskan sebarang projek atau tender, tetapi hanya memberikan surat sokongan.
Sementara itu di kediaman rasminya, Abdul Khalid memberikan taklimat isu ini kepada wakil-wakil rakyat PKR Selangor, termasuk ahli-ahli parlimen.
Bagaimanapun tidak semua ahli parlimen hadir kerana sesi Dewan Rakyat berakhir lewat bagi membahaskan usul kenaikan harga minyak hari ini.
Sehingga kini belum jelas butiran perbincangan mereka yang bermula kira-kira 8 malam hingga selepas tengah malam tadi - termasuk mereka yang hadir dalam pertemuan lebih awal di rumah Yahya.
Difahamkan pertemuan ini "panas" mengenai pelbagai isu pentadbiran kerajaan negeri, termasuk "10 peratus sahaja" isu berhubung penggantungan Yahya.
Abdul Khalid mendedahkan penglibatan bekas pegawai kanannya itu dalam isu tersebut, termasuk maklum balas yang beliau perolehi daripada siasatan awal BPR.
Pada 10 Jun lalu, badan itu memanggil Yahya selama empat jam berhubung siasatan kes kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di kawasan Petaling Jaya.
Siasatan itu susulan aduan sekumpulan empat orang pada 5 Jun kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.
Di sidang medianya semalam, menteri besar itu berkata jika tidak bersalah, pegawai kanan itu akan diambil semula bekerja.
"Kita tulus, kita kena buat dengan betul. Kalau pegawai itu tidak bersalah maknanya dia akan diambil balik untuk bekerja, kalau bersalah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.
Abdul Khalid menambah, siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar". - mks. _

Kenapa Ada Had Media?


Petugas media dihad buat liputan di Parlimen
24/06/2008 5:30pm
Oleh S.ANAND KUMAR
"Petugas media meletakkan kamera mereka sebagai memprotes peraturan baru yang dikeluarkan oleh bahagian pentadbiran Parlimen yang menyekat pergerakkan pihak media di lobi Parlimen di sini, hari ini"
KUALA LUMPUR 24 Jun - Buat pertama kalinya hari ini petugas media dilarang membuat liputan di kawasan lobi Parlimen yang merupakan kawasan utama mendapatkan sumber berita.
Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-12 ini menyaksikan banyak larangan dikenakan kepada petugas-petugas media yang membuat liputan di Parlimen.
Larangan pertama yang dikeluarkan oleh Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamaruddin Baria ialah menghadkan petugas media bagi sesebuah organisasi kepada lima orang sahaja.
Hari ini larangan dikenakan keatas petugas media membuat liputan di kawasan lob Parlimen dan mereka hanya dihadkan di tempat sidang akhbar.

Mogok Stesen Minyak.........



24 Ogos 2008 ( Selasa )

Sandakan, Sabah.

Kelihatan orang ramai sedang berpusu-pusu ke stesen minyak untuk mendapatkan bekalan minyak setelah mendengar khabar angin mengatakan bahawa stesen-stesen minyak akan mengadakan mogok dengan menutup stesen minyak mereka. Sejak akhir-akhir ini rakyat begitu takut dengan segala kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku memandangkan kerajaan sekarang sukar diramal perkembangannya.

Sunday, June 22, 2008

Menteri Mesti Berkorban, Bukan Rakyat!



Menteri mesti berkorban, bukan rakyat!
Mohd Hafiz Hanawi Jun 6, 08 3:24pm

Saya ingin mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna yang mempertahankan tindakan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel di sebuah stesen televisyen kelmarin. Antaranya, Datuk Shahrir Samad yang menyatakan “rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga minyak” kerana kerajaan membekalkan subsidi.Pertama, subsidi dalam bentuk wang pos RM150 setahun bagi pengguna motosikal bawah 250cc dan RM625 setahun bagi kereta bawah 2000cc. (Ingat: Wang ini hanya diperolehi sewaktu memperbaharui cukai jalan) Ulasan saya: Mari kita buat kiraan berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan. (i) Bagi motosikal bawah 250cc: Subsidi setahun: RM150.00 Subsidi sebulan: RM12.50 Harga petrol kini: RM2.70 seliter Satu tangki penuh petrol (motosikal EX5 class) lebih kurang 4 liter, dan boleh digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja lebih kurang tiga hari. (Dalam kes saya ini, jarak rumah ke pejabat, 20km). Jumlah wang yang digunakan untuk membayar petrol selepas kenaikan harga petrol (andaian: 20 hari berkerja sebulan) = RM2.70 x 4 liter x 20 hari (dibahagikan 3 hari) = RM72 sebulan - RM12.50 (subsidi) = RM59.50 Jumlah dibayar sebelum kenaikan harga (andaian: 20 hari berkerja sebulan) = RM1.92 x 4 liter x 20 hari (dibahagikan 3 hari) = RM51.20 Kenaikan yang ditanggung sebulan: RM59.50 - RM 51.20 = RM8.30 @ 16% sebulan. (ii) Bagi kereta bawah 2000cc Subsidi setahun: RM625.00 Subsidi sebulan: RM52.08 Harga petrol kini: RM2.70 seliter Satu tangki penuh petrol (Kancil 660cc) lebih kurang 30 liter, dan boleh digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja kira-kira lima hari (Dalam kes isteri saya, jarak rumah ke pejabat, 15km) Jumlah wang yang digunakan untuk membayar petrol selepas kenaikan harga petrol (andaian: 20 hari berkerja sebulan): = RM2.70 x 30 liter x 20 hari (dibahagikan 5 hari) = RM324.00 - RM52.08 (subsidi) = RM271.92 Jumlah dibayar sebelum kenaikan harga (andaian: 20 hari berkerja sebulan): = RM1.92 x 30 liter x 20 hari (dibahagikan 5 hari) = RM178.32 Kenaikan yang ditanggung sebulan: RM271.92 - RM230.40 = RM41.52 @ 18% sebulan. Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk berulang-alik ke tempat kerja. Tetapi harus diingat semakin banyak kita menggunakan petrol, maka makin banyak lagilah jumlah kenaikan yang dirasai. Maknanya semakin jauh tempat bekerja seseorang, semakin banyak petrol digunakan dan semakin banyak lagilah peratusan kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Sebenarnya, golongan yang untung akibat penstrukturan semula subsidi ini mereka yang tinggal dekat dengan tempat kerja atau pengguna minyak jarak dekat. Masalahnya, bukan semua golongan berpendapatan rendah membuat perjalanan jarak dekat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar. Contohnya di Klang, kebanyakan pekerja tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di bandar tersebut. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan kampung seperti Banting atau Kuala Selangor. Jadi penstrukturan semula subsidi akan membebankan golongan ini. Kedua, ‘teori domino’ – kenaikan harga barangan lain akibat harga petrol – tidak akan berlaku kerana ia khususnya tepung, gula, beras sudah mendapat subsidi tertentu. Ulasan saya: Skrip lama diulang tayang, daripada Datuk Mohd Shafie Apdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir semuanya berkata harga barangan lain tidak akan naik, tetapi realitinya lepas itu semua harga barang naik atas alasan kos pengangkutan meningkat! Menteri bercakap berdegar-degar di media, menyatakan kerajaan akan memantau tetapi akhirnya pemantauan entah ke mana, tindakan entah ke mana, golongan yang sengsara tetap juga rakyat marhaen. Ketiga, rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan menghadapi kenaikan harga minyak dunia. Ulasan saya: Dari dulu, kini dan selamanya rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang membuat keputusan tidak pernah mengambil langkah berkorban demi rakyat. Apa salahnya, dalam menghadapi kenaikan harga minyak, para menteri membuat keputusan memotong elaun wakil rakyat – misalnya 20 peratus – atau mengumumkan elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai. Misalnya lagi, bentuk satu tabung khas hasil potongan elaun wakil-wakil rakyat dan menteri bagi menangani kenaikan harga minyak. Sayangnya, tidak berlaku. Hanya rakyat disuruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN mendapat elaun itu, elaun ini, kereta percuma, minyak percuma, makan percuma, minum percuma, tuntutan (claim) sana, tuntutan sini. Tidak cukup dengan semua itu, rembat lagi duit rakyat sana sini! Bagaimana mereka meminta kita berkorban, padahal dia orang selaku pemimpin tidak menunjukkan yang dia orang mahu sama-sama berkorban. Keempat, akhir sekali, mengubah gaya hidup rakyat (kenyataan ini bukan datang daripada Shahrir tetapi satu persatuan pengguna berpengaruh). Mahu ubah bagaimana sebab harga semua barang naik, termasuk barangan asasi juga turut naik! Masakan harus sampai ke tahap perlu makan ubi kayu semula, kemudian memakai baju daripada kain guni? Saya fikir, mereka yang kena mengubah gaya hidup bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, tetapi para menteri dan wakil rakyat khususnya BN. Rakyat semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat di bumi sendiri. Kesimpulannya, lu pikirlah sendiri…
RAKYAT TAK PERNAH GUNA DUIT MENTERI TETAPI MENTERI KERAP GUNA DUIT RAKYAT DAN SELALU DITUNTUT SUPAYA RAKYAT BERKORBAN UNTUK APA-APA PERKARA DEMI NEGARA SEBALIKNYA MENTERI-MENTERI TERUS HIDUP MEWAH...

Tahniah Datuk Samy Vellu

Tahniah Datuk Samy Vellu sebagai pemimpin yang patut dicontohi tentang rasa hormat kepada bekas pemimpin lain yang merupakan Boss beliau suatu masa dahulu. Walaupun Dr. M membuat beberapa tuduhan kepada Datuk Samy, tapi Datuk Samy tidak berkata apa-apa tentang itu atas dasar hormat beliau dan sumbangan Dr. M kepada agama, bangsa dan negara tidak ternilai dan belum dapat ditandingi mana-mana pemimpin kini.Tapi media tak berminat tentang itu namun kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

Ekspedisi Pakatan Rakyat ke P. Pisang

Ekspedisi Pakatan Rakyat ke P. Pisang
Jun 19, 08 3:44pm


Seramai 30 orang, termasuk pemimpin PAS, PKR dan DAP serta enam ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat akan menyertai ekspedisi memacak bendera Malaysia di Pulau Pisang dan Pulau Merambong, Sabtu ini.Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, ekspedisi tersebut diadakan untuk mempertegaskan pendirian Pakatan Rakyat dalam mempertahankan kedaulatan Pulau Pisang dan Pulau Merambang yang dibimbangi akan senasib dengan Pulau Batu Putih."Meskipun Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman memberi jaminan bahawa Pulau Pisang adalah hak Malaysia, tetapi ianya tidak mutlak kerana itulah juga jaminan yang pernah diungkap oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (ketika menjadi menteri besar dahulu) pada 1992 mengenai masa depan Pulau Batu Putih.Ekspedisi ini adalah sebahagian daripada "Kempen Selamatkan Johor" anjuran Pakatan Rakyat, untuk memberi kesedaran kepada kerajaan dan rakyat agar patriotik dalam soal kedaulatan negara."Terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura adalah tragedi malang yang memberi banyak pengajaran agar kerajaan tidak boleh cuai dalam perkara yang begitu penting," katanya.

Perkara seperti ini perlu kita lakukan selagi kita bernama rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan kedaulatannya. Perkara ini tidak boleh terbatas oleh fahaman politik, kerana nilai patriotik itu adalah milik semua.

Yong Nafi Ditawar Jawatan TPM


Yong nafi ditawar jawatan TPM
Jun 21, 08 8:12pm

Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menyifatkan sebagai tidak masuk akal dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa beliau mengkritik Perdana Menteri kerana termakan tawaran daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya tidak termimpi pun mahu jadi Timbalan Perdana Menteri. Mungkin kerana saya lantang menyuarakan isu mengenai Sabah maka beliau (Khairy) boleh cakap apa aja. "Kalau bukan kerana kemenangan cemerlang BN Sabah dan Sarawak...BN sudah jatuh dalam pilihanraya yang lepas. Jadi apa salahnya kita minta perhatian sedikit. Khairy seorang muda. Dia kena banyak belajar (dalam politik)," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Serbaguna Likas, dekat sini hari ini. Semalam, Khairy berkata beliau difahamkan Yong akan dilantik jawatan nombor dua kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak. Yong berkata beliau tidak tamak jawatan dalam kerajaan seperti yang diwar-warkan dalam media, demikian menurut laporan Bernama. "Saya ditawarkan jawatan senator dan Wakil Khas berkaitan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) tetapi saya tidak terima kerana saya melihatnya sebagai "sogokan politik" supaya tidak terus menyuarakan isu-isu mengenai Sabah," katanya. Yong juga ditanya sama ada SAPP akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan yang tidak sehaluan dengan ahli Majlis Tertinggi SAPP dalam memutuskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.Menurut beliau, parti itu tidak bercadang berbuat demikian.
BPR nafi ugutan
Sementara itu, Bernama turut melaporkan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini menafikan dakwaan Yong bahawa tindakan BPR membuka kertas siasatan ke atasnya sebagai satu ugutan.Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata badan itu tidak pernah mengugut sesiapa pun dan tindakan BPR itu tidak bermotifkan politik atau atas arahan mana-mana pihak."Sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang, kita jalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya kepada pemberita di Putrajaya.
Mengenai masa kertas siasatan itu dibuka iaitu sehari selepas Yong membuat kenyataan tidak percaya kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ahmad Said berkata ia secara kebetulan sahaja kerana nama Yong disebut dalam perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kala Lumpur kelmarin.BPR membuka kertas siasatan ke atas Yong kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukannya ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.
Apa pun yang cuba diperkatakan oleh BPR tentang masa kertas siasatan itu dibuka, namun rakyat rasa seperti ada yang tidak kena. Seperti yang dikatakan oleh Datuk Yong dan BPR perlu menjawab soalan tersebut iaitu "kenapa selepas 12 tahun baru hari ini kes itu disebut semula". Nampak seolah-olah ianya dijadikan sebagai suatu kekuatan untuk menggawal seseorang.

Dr. M Diburuk-burukkan...

Ex-gratia: Senator kesal Dr M diburuk-burukkan
Jun 21, 08 12:05pm


Seorang senator kesal kerana pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun lalu, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.Senator Datuk Syed Ali AlHabshee ia juga turut membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama. Katanya, mereka berbuat demikian seolah-olah Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah banyak melakukan kerosakan terhadap negara.Perbuatan golongan tersebut, tambah Syed Ali menunjukkan soalah-olah Dr Mahathir tidak langsung membuat jasa kepada bangsa, agama dan negara ketika berkuasa, demikian menurut laporan Bernama.Di samping itu, belia juga hairan mengapa kerajaan berahsia mengenai jumlah bayaran ex-gratia yang dibayar kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun lepas.Senator Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, rakyat berhak mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia tersebut.Sehubungan itu, Syed Ali berkata kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan kepada umum, jumlah bayaran ex-gratia itu secara terperinci kerana ini melibatkan wang rakyat.


Wang rakyat


Beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, setiap kali Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan cek ex-gratia kepada bekas hakim atau warisnya, beliau enggan mengumumkan amaun cek yang diberikan atas alasan menghormati permintaan keluarga bekas hakim berkenaan. "Persoalannya, wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia itu merupakan wang rakyat dan bukan wang individu tertentu yang tidak perlu didedahkan. "Tidak dapat dinafikan keenam-enam bekas hakim berkenaan telah berjasa kepada negara namun rakyat berhak tahu dan tidak ada sebab kerajaan perlu merahsiakan amaunnya," tegasnya. Pada 18 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung Datuk George Seah serta Tan Sri Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lalu. Bayaran ex-gratia itu juga akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh. Hari ini Zaid menyerahkan bayaran ex-gratia kepada Mohd Salleh di rumah bekas Ketua Hakim Negara itu di sini.


Saya memohon kepada pemimpin-pemimpin hari ini yang bijaksana, adil, telus dan terbilang. Tolong hentikan cara kita untuk memburuk-burukkan mantan PM kita, kerana ini adalah tauladan yang tidak baik kepada generasi muda yang bakal menjadi pemimpin akan datang. Bertertiblah bila hendak berkata-kata, tunjukkanlah walau sedikit rasa hormat terhadap beliau sebagai orang tua kita. Orang yang sangat banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Begitupun kepimpinan beliau masa lalu, janganlah kita pandang hanya sebelah mata. Jangan cuba menafikan pembangunan pesat Malaysia masa lalu, dan kini kita hanya perlu teruskan perjuangan itu. Ibarat ditelan mati emak diluat mati bapa...........

Masjid Al-Aqsa Yang Sebenar



Masjid Al-Aqsa yang sebenar!
Dilulus terbit pada Sunday, June 22 @ 02:24:57 MYT oleh reformis Oleh imacbook
"Masjid Al-Aqsa merupakan masjid suci umat Islam yang juga menjadi kiblat kedua Umat Islam.Ianya menjadi rebutan di antara umat Islam palestin dengan rejim Israel sekian lama.Tetapi ramai umat Islam ditipu hidup-hidup, dikelirukan oleh Israel dengan sistem propaganda mereka.Mereka memomokkan sebuah bangunan dengan kubah kuning yang kelihatan menarik sebagai Masjid Al-Aqsa!!Israel telah menggembar-gemburka n di seluruh dunia samada di dalam akhbar, internet dan televisyen mengelirukan umat Islam tentang wajah sebenar masjid Al-Aqsa ini.Ini kerana mereka ingin menguasai masjid ini lantas merobohkannya apabila umat islam tidak mengetahui masjid Al-Aqsa yang sebenar.Malah sekiranya anda menaip membuat carian masjid Al-Aqsa di yahoo image, google image atau mana-mana pencari image internet, gambar bangunan berkubah kuning ini akan kelihatan dengan tajuk masjid Al-Aqsa!!!Ramai umat islam termasuk di Malaysia keliru menganggap masjid berkubah kuning ini masjid Al-Aqsa.Sebenarnya bangunan yang berkubah kuning ini adalah Doom of Rock yang terletak berhampiran dengan masjid Al-Aqsa.Maklumat mengenainya ada di wikipedia :http://en.wikipedia%20.org/wiki/%20Dome_of_the_%20Rock

Di bawah ini adalah wajah masjid Al-Aqsa yang sebenar.bersama artikel di wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Aqsa_MosqueDi harap semua umat islam mengambil berat akan hal ini, dan sebarkan kepada rakan seagama kita.wassalam


Saturday, June 21, 2008

Roslan Aziz Mohon Maaf

Wednesday, June 18, 2008


Assalamualaikum. ..Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari.Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA. ..saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.IKHLAS


Roslan Aziz@ Kampong Datok Keramat


Sebaik-baiknya kita sebagai manusia yang dah dewasa,berfikir dahulu sebelum berkata-kata, bersiap sedia sebelum melangkah. Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata banyak kesannya. Apa yang dikatakan Roslan hari tu betul-betul menyinggung banyak pihak sehingga saya yang tidak berkepentingan pun rasa sungguh tak selesa. Walaubagaimanapun itulah nilai sebenar yang ada pada diri kita.

Friday, June 20, 2008

Keratan..






"...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA...ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..."

Babi Atau Biri Biri?



Babi atau biri-biri?

Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!


Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!
PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE . Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

Thursday, June 19, 2008

Betapa Bertuahnya Kita



Betapa bertuahnya kita...

Mereka berada ditempat yang tidak sepatutnya, membesar bersama-sama rasa kesal. Kenapa
harus begini, punah sudah dunia yang penuh fantasi pada usia semuda mereka. Itulah nasib
mereka yang tidak terbaca oleh kita...Dan kini kita tahu betapa bertuahnya kita.

Teksi Usang


Teksi Usang...


Sebuah teksi usang yang telah menjadi tempat kediaman seorang warga emas hampir setahun yang lalu. Beliau yang berumur 72 tahun, tidak mampu menampung kos hidup yang terus meningkat. Hidup dalam keadaan serba kekurangan walaupun berada di bumi yang merdeka. Ketika berada dilokasi beliau tak dapat dihubungi, mungkin sedang pergi mencari tin tin minuman yang merupakan sumber pendapatan untuk meneruskan sisa-sisa hidup beliau. Walaupun berada hanya 50 meter dari pusat bandar Sandakan, beliau tidak pernah dikunjungi oleh pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membela nasib beliau.(Gambar warga emas tersebut akan diusahakan).

Wednesday, June 18, 2008

Manusia Lupa.........






Kekadang manusia lupa bahawa kuasa mereka tak sampai kemana....

Manusia Dengan Ciptaannya.


Manusia dengan ciptaannya.......
Moralnya ialah manusia tak pernah rasa puas
dan suka merubah ciptaan Nya.
Bersederhanalah untuk menikmati nikmatnya.

Tuesday, June 17, 2008

Bantah Konsert"Ego Orang Agama"



Bantah konsert 'ego orang agama'
Jimadie Shah Othman Jun 17, 08 4:59pm

Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik."Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam. Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.Menurut Roslan (foto), bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik."Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik. "Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul. "Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri."Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa."Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.Dihubungi Malaysiakini berhubung memorandum Pemuda PAS itu, setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya. Tindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS.""Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella. Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.
Begitu terserlah kepahlawanan kita,nampak sangat berani di dalam mempertahankan sesuatu yang diperjuangkan. Kita mempertahankan hak, kita mempertahankan maruah dan kita mempertahankan kebebasan.Namun perjuangan kita hanyalah mempertahankan sebuah "Konsert.....".Kita mengatakan orang lain itu ego,orang lain itu tak suci,orang lain itu bongok,kesimpulannya hanya kita yang tak ego,hanya kita yang suci,hanya kita tak bongok.Kita melenting kita melata,kita mencaci kita menghina seolah olah perjuangan kita ini menuntut pengorbanan hingga ke titisan darah yang terakhir.........HANYA KERANA KONSERT.Nilai apa yang kita dapat dari sebuah konsert,selain menyumbang kepada keruntuhan moral bangsa sendiri.Kita terlalu taksub dengan nilai untung semata-mata,pasal bangsa,pasal agama kita letak nombor 2.Kita telah tersalah letak semangat juang itu sebab bila Junjungan Nabi dihina oleh bangsa asing............Golongan seperti AWAK hanya berdiam diri dan terus bernyanyi.

Islam Hadhari "Buang Masa"


MB: Islam hadhari 'buang masa'
Jimadie Shah Othman Jun 16, 08 11:51am


dikemaskini Selangor tetap dengan keputusannya tidak membenarkan program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu kerana ia "mengelirukan" dan programnya "membuang masa", kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Beliau menambah, Islam hadhari hanyalah "persoalan nama" dan tidak harus menjadi isu."Sebenarnya memang tidak ada isu. Isunya, kita tidak mahu menggunakan nama hadhari. Itu saja. Hadhari itu mengelirukan masyarakat. Kalau Islam, Islamlah, buat apa hadhari lagi," katanya, sewaktu diminta mengulas kenyataan exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali bulan lalu.Khalid turut menyifatkan program itu sebagai "membuang masa"."Tetapi kalau aktiviti menerangkan apa itu Islam Hadhari, buang masa sajalah. Itu kita tidak bagi. Buat apa, buang masa. "Kita bagi kalau nak menerangkan macam mana tauhid, tajwid, bersatu, itu okey. Ini asyik nyanyi lagu Islam hadhari buat apa. Majulah lebih sikit," tambahnya, di kediaman rasminya Sabtu lepas.Dalam wawancara bersama beberapa media berbahasa Melayu bersempena sambutan ‘100 hari kerajaan baru Selangor’, Khalid bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat usaha mempromosikan versi Islam ini oleh kerajaan persekutuan di negeri itu.

Thursday, June 12, 2008

Kemanakah Hadhari...?

Saya tak dapat berkata apa...
sangat sedih dan marah....
rakyat perlu tahu semua ini demi sebuah negara yang telus...
sejauh mana Hadhari yang kita laungkan....
rakyat seperti ditipu oleh watak itu...
semoga kita dapat perbaiki semua ini...

Tuesday, June 10, 2008

Peraduan Kereta



Jakim minta Celcom henti sementara peraduan kereta

PUTRAJAYA:


Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bermesyuarat hari ini meminta syarikat telekomunikasi, Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom), menghentikan sementara peraduan `100 Hari 100 Kereta' sehingga keputusan muktamad dibuat pada 17 Jun ini. Pengerusinya yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata pemberhentian itu wajar sementara panel itu meneliti terma dan syarat peraduan yang dikemukakan Celcom sama ada ia menyalahi hukum syarak atau tidak.






Bagaimana pula dengan perjudian berbentuk seperti ini.....




atau seperti ini........



Atau banyak lagi..........

Adakah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hendak memperkatakan sesuatu tentang perkara ini. Persoalannya ialah adakah perjudian ini tidak menyalahi hukum syarak, jika menyalahi hukum syarak kenapa tiada sebarang tindakan. Atau perjudian seperti ini sah pada perundangan manusia meskipun ianya kekal haram dalam agama islam. Seperti yang diperkatakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi "Bagi saya unsur-unsur perjudian meletakkan bahawa jika wang yang disumbangkan itu tidak kembali kepada orang itu, dan tidak memberi faedah, maka hukumnya judi dan judi itu haram". Kenapa kita tidak mempersoalkan unsur judi yang nampak lebih terang dan nyata yang berada di sekeliling kita setiap hari. Tidakkah kita tahu bahawa si pengguna untuk judi-judi seperti ini peratusnya sangat besar untuk satu bangsa yang beragama islam. Dan pendapatan lumayan hasil perjudian tadi akan disalurkan kepada pendapatan negara melalui cukai kerajaan serta kerajaan salurkan pula hasil haram ini kepada kakitangan awam dan rakyat melalui gaji dan pembangunan. Apa yang perlu direnungkan ialah hasil yang haram akan kekal haram walau dalam apa bentuk sekalipun kepenggunaannya.Kecuali jika kita selalu bersandarkan kepada sebuah negara majmuk dan bangsa kita akan hilang nilainya.

Harga Dulu Dan Kini

BERAS SUPER SIAM 10KG
DI SANDAKAN, SABAH
HARGA LAMA RM 19.60
HARGA BARU RM 28.00 (10/06/2008)
HARGA AKAN DATANG......
RM XX.XX


Sunday, June 8, 2008

Sudah Naik........

Tiket bas naik RM5 hingga RM10
Harga barangan lain 'tunggu giliran' naik dalam masa terdekat


KUALA LUMPUR – Belum sempat tiga hari selepas pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel, kebanyakan syarikat bas ekspres sudah 'pandai-pandai' menaikkan harga tiket dari RM5 hingga RM10.
Tinjauan Kosmo! di Puduraya di sini dan Terminal Shahab Perdana di Alor Star, Kedah semalam mendapati ada pengusaha bas ekspres mengambil kesempatan memenaikkan harga tiket atas alasan kenaikan harga bahan api itu.
Malah tindakan mereka itu dianggap sudah mendahului keputusan persatuan dan tanpa restu agensi kerajaan terlibat.
Jualan harga tiket yang melebihi antara RM5 dan RM10 itu dikesan untuk ke destinasi tumpuan iaitu dari negeri utara ke Lembah Klang terutama Kuala Lumpur cukup merungsingkan pengguna.
Seperti contoh, harga tiket bas ekspres dari kedua-dua hala itu biasanya dijual RM30 dinaikkan sehingga RM40 tetapi ada sesetengah pengusaha yang menaikkan sebanyak RM35.
Seperti contoh, bagi destinasi dari Alor Star ke Kajang, Selangor yang dahulunya RM35 dinaikkan kepada RM40 yang mula dikuatkuasakan serta-merta semalam.
Bagaimanapun tiket bas ekspres yang tidak terlalu menjadi tumpuan pengguna seperti ke Johor Bahru tidak pula dinaikkan dan kekal pada harga lama iaitu RM55.
Seorang pegawai pemasaran, Anita Adlin, 28, memberitahu, dia terkejut apabila mengetahui harga tiket dari Alor Star ke Kuala Lumpur naik sampai RM10.
"Biasa RM30 saja, bila jurujual kata naik RM10, saya teragak-agak nak bayar, susah la macam ni kalau semua benda naik harga lepas harga minyak naik," jelasnya.
Bagi seorang lagi pembeli, Rozlan Razlan, 30, harga tiket bas yang naik itu cukup membebankan memandangkan dia selalu berulang-alik dari Kedah ke ibu kota.
"Isteri saya tinggal di Kuala Lumpur, saya kerja di sini, kalau tiap-tiap minggu berulang-alik dengan harga tiket bas RM40 susahlah saya, harga barang naik, gaji tak naik," ujarnya bekerja swasta.
Seorang jurujual tiket di terminal itu, Rizal Salleh, 25, mengaku, tambang bas ekspres naik sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
"Kalau tambang tak naik, kami akan rugi, setakat ini kami hanya naikkan tiket bagi laluan yang menjadi tumpuan seperti Kuala Lumpur sahaja," jelasnya.
Bagi seorang lagi penjual tiket bas ekspres, Rahim Amar, 27, walaupun ramai pembeli merungut tetapi mereka tiada pilihan.
"Bas guna minyak, kalau harga minyak naik, tiket perlu naik untuk elak kerugian," katanya.
Selain harga tiket bas ekspres, beberapa barangan lain juga mendapat tempias yang sama.
Di PAHANG, harga ayam sudah mula naik antara 20 hingga 40 sen.
Ayam standard dengan kepala, kaki dan hempedal, dijual RM6.20 hingga RM6.40 sekilogram melebihi RM6 bagi harga siling sebelum ini.
Di SEREMBAN, majoriti peniaga hanya menunggu saat dan ketika sahaja untuk menaikkan harga barang.
Rata-rata mereka beranggapan sekiranya menaikkan harga, mereka terpaksa mengikut rentak yang sama.
Di JOHOR BAHRU, harga barang basah di beberapa pasar di daerah ini dijangka naik mulai minggu depan.
Ia berdasarkan tinjauan Kosmo! semalam yang mendapati para peniaga mengeluh berikutan segelintir pembekal telah menguar-uarkan akan menaikkan harga barangan jualan mereka.
Peniaga daging di Pasar Larkin, Yousof Jantan, 54, berkata, harga daging terutamanya daging sejuk beku dijangka akan naik mulai minggu depan.


JUALAN tiket bas ekspres di Terminal Shahab Perdana di Alor Star, Kedah juga dinaikkan semalam.

Bas Dilarang Naik Tambang





Bas dilarang naik tambang
Posted on June 6, 2008 by jdmrombungaraya2012

Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas pengusaha bas dan lori yang menaikkan kadar tambang dan sewa mereka, ekoran kenaikan harga petrol dan diesel sejak Selasa lalu, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.
Beliau berkata, ketika ini kementeriannya belum meluluskan sebarang kenaikan tambang walaupun ada pihaknya yang memohon dan merayu untuk berbuat demikian.
“Saya memberi amaran supaya jangan menangguk di air keruh. Kami boleh membatalkan permit mereka.
“Mereka masih mendapat subsidi petrol melalui `fleet card’ sebanyak 70 peratus dan membayar hanya RM1.45 untuk seliter,” katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan para pengusaha lori hari ini mula menaikkan kadar sewa lori sebanyak 35 peratus berikutan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel
Memang mudah untuk berkata-kata "Saya memberi amaran supaya jangan menagguk di air keruh.Kami boleh membatalkan permit mereka"itulah kata-kata yang selalu kita dengar dari dulu hingga kini.Semua kata-kata tidak terlaksana......dan sekarang kenaikan tambang dah pun berlaku kita harap Datuk Noh Omar dapat tunaikan kata-kata itu.

Friday, June 6, 2008

Minyak Tarikh Kuatkuasa?



Minyak: Tarikh kuatkuasa timbulkan persoalan
Jun 6, 08 1:01pm

Pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak berkuatkuasa kelmarin, menimbulkan persoalan dan spekulasi kerana Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad membayangkan kenaikan itu akan dilaksanakan pada bulan Ogos depan, kata Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP)."Ia memberi satu persepsi seolah-oleh kerajaan telah berbohong kepada rakyat ataupun ada sesuatu yang tidak kena yang hendak diselindungi dari pengetahuan umum," kata Ketuanya Zuridah Mohd Salleh."Ia juga menyebabkan timbulnya bermacam persoalan dan spekulasi diminda rakyat," katanya dalam satu kenyataan.Katanya, DMPP merasa amat kesal dengan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan kenaikanharga minyak secara mendadak - satu kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah negara sebanyak 78 sen.Katanya, secara spontan, orang ramai berpusu-pusu dan berebut-rebut ke stesen minyak hingga larut malam untuk mengisi minyak, hingga berlaku kesesakan jalanraya di sekitar bandar-bandar besar.."Suasana ini amat menyusahkan orang ramai dan memberikan gambaran seolah-olah kerajaan tidak pandai mengurus krisis kenaikan harga minyak ini dengan baik dan bijak," katanya.Menurut Zuridah, seharunya krisis ini ditangani dengan bijaksana tanpa banyak menyusahkan orang ramai, terutama golongan berpendapatan rendah yang paling perit terjejas.Keuntungan Petronas"Ke mana perginya manifesto 'tradisi membela rakyat'? Kepentingan siapakah yang lebih utama"," soal beliau.Sehubungan itu, katanya, kerajaan BN memperlihatkan ia tidak sebijak mana dan tidak cemerlang dalam menguruskan sistem subsidi minyak walaupun negara untung berlipat ganda dari hasil minyak yang dikendalikan oleh Petronas."DMPP juga amat bimbang akan kesan inflasi yang akan melanda dari tindakan ini. Isu ini tidak boleh dipandang remah. Kenaikan harga minyak ini akan menyebabkan hampir semua harga barangan pengguna akan turut naik dan tidak diyakini kerajaan dapat mengawal dan membendung kenaikan harga ini."Peniaga kecil pula mula bimbang tidak dapat meneruskan perniagaan dan gulung tikar, yang akan mengakibatkan orang ramai hilang pekerjaan dan meningkatkan kadar pengangguran ke tahap yang kronik. Ini semua akan menjejskan kestabilan dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia," tambahnya.Zuridah berkata, walaupun kerajaan memperkenalkan rebet tunai bahan api yang akan dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai subsidi minyak, sayangnya ia tidak dapat turut dinikmati oleh golongan yang tidak memiliki atau tidak mampu memilik kenderaan.Sepatutnya, kata beliau, golongan inilah yang amat perlu dibantu.

Presiden Cash Tunjuk Contoh.....



Presiden Cash tunjuk contoh dengan naik bas
6th June, 2008



KOTA KINABALU : Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan Datuk Patrick Sindu berkata beliau akan mula naik bas untuk ke pejabat sebagai satu kaedah mengubah cara hidup bagi mengurangkan beban kesan kenaikan harga petrol dan diesel mulai kelmarin.
“Biasanya,saya memandu kereta kancil ketika bertugas,dan selepas ini ,anda akan lihat saya menaiki bas bagi mengurangkan kos.
“Saya harus memberi contoh kepada pengguna.Jadi saya berharap orang ramai juga akan berbuat demikian.Amalkan langkah berjimat cermat,jangan berlebih-lebihan dan beli berdasarkan keperluan sahaja,” katanya ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Rabu mengenai penstrukturan semula harga petrol dan diesel yang menyaksikan harga petrol dan diesel masing-masing naik kepada RM2.70 dan RM2.58 bagi setiap liter.
Sindu berkata pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana kini tidak mempunyai pilihan selain berbuat demikian kerana kenaikan harga bahan bakar agak tinggi dan akan menjejaskan kuasa beli dan mutu kehidupan harian mereka.
Beliau mencadangkan agar golongan pekerja belajar membawa makanan dan minuman dari rumah bagi menggantikan tabiat mengambil sarapan dan makan tengah hari di kantin atau restoran.
Sindu juga berharap orang ramai bercucuk tanam bagi mengurangkan pembelian.
“Di Sabah ini,tanah kita masih luas.Kalau anda lihat tanah di Papar,Penampang,Kota Belud dan banyak tempat lagi banyak yang terbiar.Jadi mengapa ia tidak diusahakan?” katanya.
Betulkah seperti apa yang dikatakan oleh Presiden Cash ni, saya macam tidak percayalah!Apa tidaknya, kalau dulu dia begitu cepat melenting bila sesuatu perubahan yang dibuat oleh kerajaan.Perubahan seperti ini macam ada yang tidak kena dan saya nak lihat sampai bila beliau nak naik pengangkutan awam.Apa yang kita katakan tidaklah semudah seperti apa yang kita akan laksanakan.Adalah lebih baik untuk kita sentiasa belajar berjimat dan tidak perlu tunggu sehingga kita terpaksa berjimat.Apa yang jelas orang ramai terpaksa bersedia menghadapi kenaikan harga barang tak lama lagi,kenaikan tersebut pasti kenaikan yang menggila.

Kerajaan Mampu Kekal Subsidi



Dr M: K'jaan mampu kekal subsidi
Syed Jaymal Zahiid Jun 5, 08 8:59pm

Berdasarkan kepada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat minyak negara, Petronas, kerajaan sebenarnya mampu untuk mengekalkan subsidi bahan bakar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Mantan perdana menteri itu yang juga penasihat Petronas menulis dalam blognya hari ini bahawa langkah mengurangkan subsidi secara berperingkat adalah pilihan lebih baik memandangkan beban kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh rakyat."Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong dieksport, yang memberi pulangan RM27 juta."Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang."Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi."Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan kerajaan," tambahnya.Ekoran kenaikan harga tersebut, katanya, semua barangan pengguna yang lain, perkhidmatan dan barangan mewah, akan turut mengalami peningkatan harga.Ini, katanya, akan disusuli oleh peningkatan kos sarahidup, akan tercetus inflasi dan taraf hidup rakyat akan menurun."Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat," katanya.

Harga Minyak


Harga Minyak



Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga. Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun. Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat. Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat. Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika. Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industriOleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia. Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import. Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing. Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun. Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian. Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang. Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi. Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan. Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima. Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur. Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong. Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun. Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini. Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.

Wednesday, June 4, 2008

Tujuan Baik Tidak Halalkan Jenayah

Tujuan baik tidak halalkan jenayah

YB Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri.

Peguam ini tidak faham bahawa tujuan baik tidak menghalalkan jenayah.

Takut kerana salah?

Ahli-ahli dan pemimpin cawangan dan bahagian UMNO tidak dibenar mendengar ucapan saya. Apakah pemimpin tertinggi UMNO takut kerana mereka punyai banyak kesalahan yang mungkin dibongkar oleh saya?

Karpal percaya Pak Lah

Karpal Singh menyatakan ia tidak percaya Dato Seri Anwar Ibrahim akan dapat memujuk Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional lompat masuk Parti Keadilan – {sekutu kepada parti Karpal (DAP)} supaya Anwar dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

Karpal betul-betul sayang kepada Dato Seri Abdullah dan hendak dia kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ahli-ahli UMNO boleh berbangga kerana bukan mereka sahaja yang setia kepada Dato Seri Abdullah tetapi Karpal Singh yang dahulu musuh ketat UMNO sekarang setia kepada Dato Seri Abdullah sekaligus setia kepada UMNO.

Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 lebih terjamin sekarang.

Harga Petrol Naik............

Harga petrol naik 78 sen
Jun 4, 08 5:04pm


Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.
Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.
Difahamkan rebet teresbut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus.
Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.