Friday, September 26, 2008

Krisis Kewangan AS Serius...

Krisis kewangan AS serius

Bush cadang bantuan RM245 trilion selamatkan ekonomi WASHINGTON:
Presiden George W Bush semalam memberi amaran bahawa Amerika Syarikat kini menghadapi krisis kewangan serius yang boleh mengakibatkan kemelesetan ekonomi berpanjangan jika kerajaan tidak melakukan sesuatu. Ucapannya disiarkan menerusi televisyen semalam, bertujuan menarik perhatian rakyat supaya menyokong rancangan kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi AS, dengan memberi bantuan kewangan AS$700 bilion (RM245 trilion) yang sedang dirunding dengan Kongres.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga mereka mendapat pengajaran daripada apa yang mereka lakukan selama ini. Dasar peperangan yang mereka amalankan dengan berbelanja berbilion untuk tentera dan senjata serta giat memusnahkan bumi kini mereka juga perlukan wang itu untuk krisis ekonomi mereka. Mereka adalah bangsa yang suka melaga-lagakan sesama sendiri, suka campur tangan dan sangat megah sebagai sebuah negara PEMBULI. Seluruh umat yang kini musnah dan menderita hasil kerakusan dan kesombongan negara PEMBULI ini, berdoa agar golongan ini menerima pembalasan daripada dosa-dosa mereka.

Thursday, September 25, 2008

White Rabbit (tercemar)

White Rabbit (Gula Susu)My Say:

The sweet White Rabbit, which the Philippines Government had banned due to reports that they contains cancer-causing formaldehyde, is on sale in Sabah too. Popularly known as `gula susu', it is being sold in school canteens. I checked this out this morning, almost all Kedai Runcit in Inanam Town (just six miles from Kota Kinabalu) are selling this sweet. Confirmation from parents, school's canteens, too, are selling this brand.As I had mentioned in my posting yesterday, formalhedyde is commonly used to preserve dead bodies.This issue had been raised several months back. Consumers are waiting what the Consumers Association for Sabah and Federal Territory of Labuan Cash) president Datuk Patrick Sindu has to say about this matter.

Wednesday, September 24, 2008

Harga Minyak Turun Lagi 10 Sen

Harga minyak turun lagi 10 sen
Sep 24, 08 2:44pm


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.
Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.
Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.
Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini."Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini," katanya dalam satu kenyataan petang ini.Harga-harga berkenaan, tambah beliau, ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22 September lalu.Abdullah berkata, untuk tempoh sebulan terakhir ini, harga minyak dunia telah mengalami turun naik yang ketara. "Namun secara purata, ia telah menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya. Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama. "Oleh itu, mengaplikasikan formula yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit sebelum ini, pengurangan sebanyak 10 sen ini merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan oleh Kerajaan."Pelarasan harga minyak ini juga merupakan pelarasan harga yang kedua dilakukan oleh Kerajaan setelah pelarasan pertama dilakukan pada 23 Ogos yang lalu," katanya.Sebelum ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen.Sehubungan, perdana berkata, kerajaan berharap penurunan harga minyak yang berkuatkuasa esok, akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut hari raya Aidilfitri.

Pakatan 'Tidak Tergesa-gesa' Tukar Kerajaan

Pakatan 'tidak tergesa-gesa' tukar k'jaan
Sep 24, 08 12:01pm


Setelah gagal dalam projeknya untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September dan semalam, PKR mula mengendurkan langkahnya selepas bertemu tokoh-tokoh utama PAS dan DAP.Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan "terus mengejar matlamat kami dengan berhati-hati" dan "tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa" yang boleh membawa keadaan tidak stabil dan tidak menentu dalam negara.Seperti perdana menteri, penasihat PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi proses penggantian kerajaan pusat.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dilaporkan mengecam kenyataan ketua penerangan PKR Tian Chua yang dipetik sebagai berkata "orang tengah" kini sedang berbincang dalam langkah Pakatan Rakyat menumbangkan BN.Abdullah menyifatkan kenyataan itu "paling gila" pernah didengarnya, Anwar pula berkata beliau "tidak tahu-menahu" tentang rundingan seumpama itu yang menurutnya sebagai "tersalah tafsir".Anwar mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu semalam berhubung projek penggantian kuasa yang digembar-gemburnya akan berlaku menjelang 16 September lalu. Setelah gagal berbuat demikian, mantan timbalan perdana menteri itu menggesa Abdullah mengadakan sidang khas Parlimen semalam untuk membincangkan perkara itu tetapi permohonan itu ditolak mentah-mentah oleh perdana menteri.Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur berhubung perkara yang sama malam tadi."Kami juga berbincang langkah-langkah seterusnya yang sepatutnya Pakatan Rakyat ambil dalam usaha membentuk kerajaan baru yang mencerminkan sokongan majoriti anggota-anggota parlimen," kata Anwar dalam satu kenyataan.Beliau menyifatkan keengganan Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sebagai satu tindakan Umno "mensabotaj dan membantutkan proses demokrasi."Pakatan Rakyat juga merancang menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung projek undi tidak percaya terhadap perdana menteri. Bagaimanapun PKR semalam memberitahu Malaysiakini, surat sedemikian belum diutuskan kepada Istana Negara.

Pindah Kes Anwar: Keputusan 7 Okt

Pindah kes Anwar: Keputusan 7 Okt
Sep 24, 08 10:24am


Hakim SM Komathy Suppiah yang mendengar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan pada 7 Oktober depan sama ada ia akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pagi ini, Hakim SM Komathy Suppiah mendengar hujah dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, pihak peguambela membantah notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mereka membantah kerana Peguam Negara tidak seharusnya memainkan sebarang peranan dalam kes ini kerana beliau sendiri sedang disiasat berhubung aduan mereka bukti dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.
Hakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.
Prosiding pagi ini bermula dengan pihak pendakwa, yang diketuai oleh Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berhujah menyokong kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Mohd Yusof berkata, Abdul Gani tidak mempunyai peranan secara langsung dalam kes ini dan oleh itu, perintah pemindahan kes yang ditandatanganinya, adalah sah.
Menyentuh tentang jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Abdul Gani tidak akan terbabit dalam perbicaraan kes Anwar, Mohd Yusof berkata, perdana menteri boleh berkata apa-apa pun.
Sambil menyebut kes undang-undang, Mohd Yusof memberitahu hakim bahawa beliau (hakim) tiada pilihan kecuali memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Kawalan ditingkatkan
Sementara ini, kawalan keselamatan ditingkatkan di kompleks mahkamah Jalan Duta di mana beberapa buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia manakala anggota polis ditempatkan di pelbagai lokasi.
Mereka yang hendak memasuki bilik mahkamah juga perlu menjalani pemeriksaan polis.
Anwar tiba kira-kira jam 9.50 pagi dan masuk ke bilik mahkamah lapan minit kemudiannya. Kes itu didengar jam 10 pagi.
Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikatjamin.
Bagaimanapun, para penyokongnya bimbang sekiranya ikatjamin tersebut dibatalkan, mengakibatkan Anwar ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraannya - satu proses yang mungkin memakan masa berbulan-bulan.
Bagaimanapun, isu tersebut tidak dibangkitkan dalam prosiding sebelum ini dan ia juga dijangka tidak dibangkitkan hari ini.

Makanan anjing: Teresa akui tersilap


Makanan anjing: Teresa akui tersilap
Fauwaz Abdul Aziz Sep 24, 08 12:42pm


Teresa, yang pada mulanya menafikan membuat kenyataan berhubung 'makanan anjing' tersebut, juga berkata sewaktu ditahan dalam bilik selepas 6 X 8 kaki, beliau hanya diberi air dan roti atau dua biji telur rebus serta kari untuk makanannya.
"Okay, baiklah, Anda temui kesilapan saya dengan bantuan pita video dan segalanya, dan saya boleh menerima kritikan seumpama itu," katanya merujuk kepada rakaman video berhubung komennya mengenai makanannya ketika dalam tahanan.
Sambil menegaskan beliau tidak berapa ingat mengenainya kerana jadualnya yang ketat selepas pembebasannya, Teresa bagaimanapun menuduh pengkritiknya memperbesar-besarkan isu tersebut untuk mencetuskan sensitiviti orang Melayu berhubung haiwan tersebut.
Teresa sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan sengaja menggunakan istilah 'makanan anjing' untuk menyinggung perasaan orang Melayu.
"Mungkin, sepertimana yang dikatakan oleh rakan-rakan, saya sepatutnya berkata makanan yang diberikan kepada saya itu lebih teruk daripada makanan kuching," katanya berseloroh.
Teresa mengulangi hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana membuat kenyataan yang didakwa menyebabkan beliau ditahan.
"Saya akan memfailkan saman terhadap mereka yang menganiaya saya dan menyebabkan saya ditahan di bawah ISA... Khir Toyo dan Utusan Malaysia," katanya.
Secara berseloroh, Teresa berkata barangkali sesuatu yang positif daripada apa yang berlaku ialah mungkin tahanan ISA akan diberi makanan yang lebih baik pada masa depan.
"Sekurang-kurangnya sekarang...sesiapa juga yang masuk dalam, akan dapat makanan yang baik," katanya sambil disambut gelak ketawa para hadirin.

Monday, September 22, 2008

Kes Bunuh Pelajar UMS



Suspek yang sedang dicari (gambar) oleh pihak polis berikutan kes pembunuhan pelajar UMS tahun akhir itu, yang juga dipercayai merogol mangsa sebelum membunuhnya dengan kejam di sebuah kampung di Jalan Sulaman Tuaran pada 22 Ogos lalu. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek dinasihatkan agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Kepayan ditalian 088 450222 atau ASP Mohd. Taufik Maidin di Kota Merudu (019 8307272) atau menghubungi balai polis berdekatan.

Ribut Menyebabkan Kerosakan Di Sandakan

Kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan.

21.09.2008 ( Ahad )

Sandakan, Sabah.

Masjid Datuk Pg. Abdul Rahman di batu 7 jalan labuk Sandakan, telah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung masjid berkenaan. Ribut yang dikatakan berlaku pada pukul 5.20 petang turut melanda beberapa bahagian di Sandakan. Dan telah menyebabkan kerosakan pada bumbung-bumbung rumah, papan-papan tanda dan menyebabkan pokok-pokok tumbang. Orang ramai dinasihatkan selalu mengikuti perkembangan ramalan cuaca sebagai langkah berjaga-jaga.

Sunday, September 21, 2008

2,000 Ahli SAPP Dilapor Keluar Parti

2,000 ahli SAPP dilapor keluar parti
Sep 20, 08 3:30pm


Kira-kira 2,000 ahli dari 15 cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) di Tanjung Papat mengumumkan keluar dari parti itu sebagai menyokong pendirian Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi SAPP untuk keluar dari Barisan Nasional (BN), demikian menurut laporan Bernama. Agensi berita nasional itu melaporkan, mereka membuat keputusan itu dalam satu perjumpaan di Sandakan malam tadi dengan Tan yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat. Dengan tindakan itu, SAPP Tanjung Papat kini hanya mempunyai satu cawangan iaitu Slipway di kawasan Bandar Sandakan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan SAPP, Tanjung Papat Poon Kee Yang. Turut keluar SAPP ialah Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan, Alex Lim Su Chung dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin. Shaiful Bahari Muin yang sebelum ini ialah Ketua SAPP Cawangan Kampung Melayu Bumiputera berkata mereka membuat keputusan keluar parti sebagai tanda menyokong pendirian Tan."Kami sebulat suara menyokong Tan dan bersetuju keluar dari SAPP. Bagi kami Tan adalah pemimpin parti dan wakil rakyat yang memikirkan rakyat dan penyokongnya dalam membuat apa juga keputusan, sudah tentu kami akan menyokongnya," katanya kepada Bernama. Tan yang juga merupakan pengerusi SAPP Zon Sandakan tetapi disebabkan pendiriannya itu termasuk tidak bersetuju dengan cadangan usul tidak percaya SAPP terhadap kepimpinan Perdana Menteri pada 18 Jun lepas, beliau disisihkan dari parti. Jawatan Pengerusi ZON Sandakan kini disandang oleh Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong. Pada 17 September lalu, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengumumkan keputusan parti itu keluar dari BN setelah lebih 13 tahun dalam gabungan tersebut, dengan alasan BN telah hilang "Semangat BNnya".Pada 18 Jun, SAPP mencadangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Guru Dinasihat Jangan Bincang Soal Politik Di Sekolah

Guru dinasihat jangan bincang soal politik di sekolah
Sep 20, 08 3:44pm

Kementerian Pelajaran menasihatkan guru supaya tidak membincangkan isu semasa politik di sekolah kerana dikhuatiri ia akan mengganggu tugas sebenar mereka. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail berkata kementerian tidak mahu guru menjadi seolah-olah penganalisis politik dan mereka sepatutnya menumpukan sepenuhnya kepada tugas mendidik. "Beban kerja guru sudah cukup berat. Kita tidak mahu guru kita terganggu atau terpesong dengan apa yang berlaku dalam keadaan politik sekarang. "Jadi, saya tidak mahu mereka membincangkan isu politik di kawasan sekolah terutama di kantin," katanya selepas menghadiri mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan, di sini hari ini. Razali berkata dengan peruntukan yang besar daripada kerajaan iaitu sejumlah RM31 bilion menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), guru sewajarnya sedar tugas mereka adalah memastikan transformasi murid dalam bidang akademik, kurikulum dan sahsiah benar-benar dapat dijayakan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan kementerian, demikian menurut Bernama. Bagaimanapun, katanya setakat ini kementerian belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan tersebut dan menegaskan seramai 360,000 guru di seluruh negara boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar etika kerja.Sementara itu, Razali berkata bagi memastikan guru tidak terus dibebani dengan tugasan di luar tugas hakiki mereka, kementerian kini menetapkan nisbah 17 guru bagi 10 kelas berbanding 15 guru sebelum ini. Beliau berkata bagi tujuan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan pengambilan 9,000 staf sokongan di sekolah supaya guru tidak lagi dibebani dengan kerja perkeranian atau tugasan di makmal sekolah.Mengenai tragedi pelajar perempuan, Lai Ying Xin, 16, yang mati dibunuh selepas diculik, di Kulaijaya dekat sini, Selasa lepas, Razali berkata Jemaah Nazir sudah diarah untuk membuat pemantauan kejadian itu."Tidak banyak apa yang boleh dilakukan oleh kita kerana kejadian ini berlaku di luar sekolah...kita sudah membuat sesi kaunseling kepada keluarga mangsa," katanya.

Friday, September 19, 2008

Terkini: 42 Kerusi Tambahan Buat Anwar

Terkini: 42 Kerusi Tambahan..!
Terkini : Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya memperolehi 42 kerusi tambahan.

18 kerusi dari IKEA,

14 kerusi dari Courts Mammoth

10 kerusi dari Fella Design

BAYAR SECARA ANSURAN TANPA DEPOSIT 'O'

Isu Masjid Kinrara

Pertengahan Februari lalu, 189 penduduk bukan Islam di kawasan berkenaan mengemukakan petisyen meminta masjid berkenaan memperlahankan pembesar suara dalam ceramah, kuliah dan bacaan al-Quran daripada kaset dan CD. Kenapa? Malaysia sebagai sebuah negara Islam dipersoalkan tentang cara aktiviti-aktiviti keagamaan yang dijalankan ditempat-tempat ibadat. Adakah menjadi kesukaran dalam hidup mereka 189 penduduk bukan islam ini untuk bertolak ansur dalam hal-hal sedemikian. Sebagaimana masyarakat Islam dikebanyakan tempat diserata Malaysia cuba sesuaikan diri dengan terpaksa untuk menghidu bau najis kandang-kandang babi yang terdapat disekitar tempat kediaman mereka. Bau yang meloya dan menjijikkan terpaksa dihidu hampir sepanjang masa walaupun babi tidak memberi faedah langsung kepada masyarakat Islam. MTB bimbang jika suatu masa nanti Malaysia terpaksa memohon permit untuk beribadat di bumi sendiri.

Ahli MT Desak PM Jangan Bertanding

Ahli MT desak PM jangan bertanding...
Muda Mohd Noor Sep 19, 08 1:05pm


Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini.
Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden.
Ini bermakna, Abdullah perlu meletakkan jawatan perdana menteri lebih awal daripada 2010.
Difahamkan, mereka mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini - tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November.
Seramai 193 bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta kerusi MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember depan.
Abdullah memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden. Sebelum ini beliau memegang jawatan presiden tanpa bertanding.
Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, desakan tersebut dibuat oleh sekurang-kurang tiga ahli MT ketika bercakap mengenai pergolakan dalam Umno sekarang.Manakala dua lagi ahli MT difahamkan telah meminta Abdullah meletak jawatan selewat-lewatnya semasa perhimpunan agung tersebut.
Difahamkan ahli-ahli MT yang lain juga mahu menyuara pandangan mereka tetapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencelah dan berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Abdullah.Abdullah kemudiannya berkata, beliau juga akan membincangkan perkara yang sama dengan Najib selepas ini.
Antara yang membangkitkan perkara tersebut termasuk ahli MT yang terdiri daripada menteri kabinet.

Dr M: Pak Lah Tak Mampu Urus Kewangan

Dr M: Pak Lah tak mampu urus kewangan
Sep 19, 08 12:19am


Pertukaran portfolio antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, merupakan satu pengakuan yang Abdullah tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad."Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop," katanya.
Semalam, Abdullah mengumumkan Najib mengambil alih jawatan menteri kewangan manakala beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan.
Namun begitu, kata Dr Mahathir, negara akan menghadapi saat kritikal dalam ekonominya ekoran apa yang berlaku di Amerika Syarikat, terutama kes muflis Lehman Brothers dan langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG membabitkan AS$85 bilion.
Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, beliau mengingatkan bahawa Najib akan dipersalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam Umno, Dr Mahathir menjawab secara sinis."Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun," kata mantan timbalan perdana menteri itu.
Mengenai penahanan ISA, mantan Perdana Menter itu berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang.Teresa dan Raja Petra ditahan pada 12 September lalu. Turut ditahan ialah wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, tetapi beliau dibebasan pada hari berikutnya.Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).Manakala Raja Petra pula ditahan ekoran kenyataannya dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menyertai Umno pada suatu masa yang tepat.

Teresa Kok Dibebaskan

ISA: Teresa Kok dibebaskan
Sep 19, 08 1:19pm


Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang. Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya (foto kiri), peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.

Thursday, September 18, 2008

Mubarak Mahu Peralihan Sebelum Disember

Mubarak mahu peralihan kuasa sebelum Disember
Sep 18, 08 12:39am


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpendapat proses peralihan kuasa perlu diadakan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum perhimpunan agung Umno pada 16 Disember ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat selepas mendengar pandangan dan rumusan 34 daripada 36 anggota Majlis Tertingginya dalam mesyuarat yang diadakan hari ini. Dua lagi anggotanya tidak dapat hadir.Keputusan itu berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui kedua-dua mereka diadakan pada Jun 2010.Menurut Bernama, Abdullah dan Najib hari ini mengulangi komitmen mereka dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini.Kedua-dua mereka juga akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden Umno Disember ini.Abu Zahar berkata peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui itu adalah satu persefahaman tetapi ia perlu dirujuk kepada perhimpunan agung Umno Disember ini."Pemimpin mestilah patuh dan hormati perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibunegara hari ini.

Takziah Kepada Keluarga Lai Ying Xin



MercuTanda Bangsa (MTB) merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa, keluarga dan saudara-mara mangsa diatas kejadian ngeri yang telah menimpa Lai Ying Xin. Lai Ying Xin, 16 (Gambar), diculik, dibunuh dan dibakar sebelum mayatnya ditemui rentung berhampiran Taman Putri Kulai, Kulai Jaya. Semoga penjenayah-penjenayah seperti ini akan menerima hukuman berat yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

Wednesday, September 17, 2008

What is they feel (Iraq)

We are hero in the world...... ha ha ha!



Warrior's Diary of Iraq


What is your feel (USA)




Hurricane Ike, Texas

Najib Kini Menteri Kewangan

Najib kini menteri kewangan, Pak Lah menteri pertahanan
Beh Li Yi Sep 17, 08 2:36pm


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan.Bercakap dalam satu sidang akhbar tengahari ini, Abdullah berkata, pertukaran jawatan itu berkuatkuasa serta merta.Perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada kabinet.Abdullah yang juga presiden Umno berkata, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut tetap berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.Abdullah berkata, beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan Umno Disember ini.Najib turut hadir di sidang akhbar tersebut dan apabila ditanya komennya, menjawab: "Kami telah bersetuju. Saya menyerahkannya kepada parti. Kami menawarkan diri kepada parti dan saya berharap mereka akan menerimanya".Terdapat desakan yang semakin meningkat ke atas Abdullah supaya bersara lebih awal, tetapi kini nampaknya Najib telah mencapai persetujuan dengan bosnya itu untuk menenangkan tuntutan dari akar umbi Umno.Kedua-dua mereka kini berdepan dengan kekalutan politik yang berpunca daripada pergeseran dalam Umno, di tengah-tengah cabaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru.

Saturday, September 13, 2008

Muhyiddin Tak Takut Risiko

Muhyiddin tak takut risiko...
Sep 12, 08 5:07pm


Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan beliau sedia berdepan dengan apa jua risiko ekoran kenyataannya mempersoalkan proses pengunduran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2010 yang dianggapnya terlalu lama. Katanya, pandangan beliau agar pelan peralihan kuasa itu disegerakan adalah satu pandangan ikhlas berdasarkan kepada maklumat balas daripada banyak pihak yang telah menyatakan kebimbangan mereka tentang tempoh peralihan yang agak panjang itu. Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata pandangan itu juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan perdana menteri, sebaliknya beliau merasakan ia adalah satu tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang disuarakan oleh banyak pihak, demikian menurut laporan Bernama. "Sebab itu saya tidak takut untuk menyuarakan walaupun orang kata saya mungkin menanggung risiko. Itu risiko tidak apa, yang penting saya kata apa yang harus kita lakukan. "Saya telah berjumpa dengan banyak pihak, banyak badan setiap hari berhubung dengan saya, bertanya apa yang harus dibuat. Orang bertanya dengan saya apa akan jadi kepada negara kita. Mereka berasa bimbang, rasa takut," katanya kepada pemberita di persidangan perniagaan China Guandong-Malaysia di ibunegara hari ini.Semalam Abdullah melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Muhyiddin itu kerana ia dibuat oleh seorang anggota kabinet beliau sedangkan pelan itu dipersetujui oleh kabinet dan Majlis Tertinggi Umno. Muhyiddin berkata sebagai pemimpin Umno dan pemimpin dalam kerajaan, adakalanya mereka perlu berterus-terang walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan.Satu tanggungjawab "Saya tidak kata saya tidak hormat keputusan Majlis Tertinggi. Saya juga tahu ada ramai pihak yang agak bimbang dan saya agak takut kalau hal sebegitu tidak saya suarakan kerana saya tidak melihat seorang manusia pun di Malaysia yang sanggup untuk menyuarakan sesuatu yang ramai merasakan sebegitu. "Ini satu perkara yang bagi saya, adalah tidak baik. Apakah itu satu kesalahan? Saya serah kepada merekalah," katanya. Muhyiddin berkata banyak usaha telah kerajaan lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat tetapi usaha itu kelihatan seolah-olah tidak diterima malahan situasi tidak bertambah baik. "Ini satu kenyataan yang saya sebutkan, bukan satu pembohongan. Saya nyatakan apa yang betul. Itu terserah kepada pemimpin untuk terima atau tidak. Saya sudah jalankan tanggungjawab," katanya.Muhyiddin berkata tindakannya membuat kenyataan itu ialah kerana beliau bukan seorang hipokrit. "Sepanjang kerjaya politik saya, saya tidak pernah menjadi hipokrit. Saya cakap apa yang benar, dan yang benar itu kadangkala pedih. Tetapi hakikat itu tetap hakikat," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau menyerahkan kepada perdana menteri dan MT untuk menimbang sama ada kenyataan itu tersasar ataupun tidak," katanya. Yang penting, menurut beliau, ialah tanggapan rakyat mengenai perkara (peralihan kuasa) itu, sama ada mereka selesa ataupun tidak.Perlu beri perhatian "Saya rasa ramai yang tidak selesa, dan saya hanya menyuarakan apa yang dirasai oleh kebanyakan rakyat, kebanyakan ahli parti dan kebanyakan anggota Barisan Nasional. "Saya bukannya bercakap sesuatu yang bodoh atau pembohongan, ini adalah hakikat. Kita kena terima hakikat, dan jika kita tidak mahu terimanya, terpulang kepada masing-masing," katanya. Ketika ditanya sama ada beliau akan menemui Perdana Menteri, Muhyiddin berkata: "Saya bila-bila masa tidak menjadi masalah. Dan saya dengar beliau mungkin nak jumpa saya. Perhubungan saya tidak menjadi masalah dengan beliau."Mengenai tarikh yang sesuai untuk peralihan kuasa itu berlaku sekiranya dicepatkan, beliau berkata ia terserah kepada budi bicara presiden parti sendiri. Sambil merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan bahawa tarikh peralihan kuasa bukanlah keputusan yang harus dibuat oleh MT sahaja, Muhyiddin berkata ia penting bagi semua pihak iaitu pemimpin, MT, ahli dan juga rakyat. "Kalau rakyat tidak bersedia menerima pelan itu, mereka melihat tidak ada apa-apa makna, jadi itu satu yang amat saya fikirkan, kita perlu berikan perhatian," katanya. Semasa ditanya sama ada perakuan Najib positif atau tidak, Muhyiddin berkata: "Itu satu pandangan beliau yang saya fikir harus juga diambil kira kerana sebenarnya, pemimpin tidak dipilih oleh pemimpin. Pemimpin ditentukan oleh ahli dan di peringkat negara, kita dipilih oleh rakyat. "Pelan (peralihan kuasa) yang kita buat ini bukan hanya untuk kepentingan parti tapi penerimaan oleh rakyat. Saya bimbang kalau pelan itu kita terima tapi rakyat tidak terima dan menolak kita dan kita kalah, jadi ini satu beban besar. Bahaya bagi parti," katanya.

Peralihan Kuasa: Najib Serah Kepada Ahli UMNO


Peralihan kuasa: Najib serah pada ahli Umno
Sep 12, 08 5:31pm

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada ahli Umno untuk memutuskan bilakah peralihan kuasa daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu dilakukan. Beliau berkata pelan peralihan kuasa itu diputuskan pada Julai lalu oleh Perdana Menteri dan beliau sendiri serta disahkan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno. Najib berkata dalam perjumpaannya dengan ketua-ketua Umno bahagian, beliau telahpun menyatakan bahawa pelan itu mesti mendapat sokongan bahagian-bahagian Umno, khususnya dalam persidangan perwakilan tahun ini, demikian menurut laporan Bernama."Oleh itu, kerana Umno yang merupakan parti yang mengamalkan prinsip demokrasi, perkara ini hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli parti melalui proses dalaman parti, iaitu melalui mesyuarat tahunan dalam bahagian-bahagian," katanya selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Guangdong-Malaysia di ibunegara hari ini. Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010. Rabu lalu, Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kedua-dua pemimpin itu supaya menimbangkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh itu terlalu lama. Semalam, Abdullah berkata beliau terkejut dengan kenyataan Muhyiddin kerana tarikh peralihan kuasa itu difahami dan dipersetujui oleh MT Umno serta Kabinet.

Raja Petra, Tan Hoon Cheng Dan Teresa Kok Ditahan ISA


Raja Petra ditahan bawah ISA
Sep 12, 08 1:37pm


Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Raja Petra ditahan mengikut Seksyen 731 ISA yang membenarkan penahanan sehingga 60 hari.
"Polis akan membuat penilaian dalam tempoh tersebut dan jika mereka merasakan beliau perlu ditahan lebih 60 hari, maka polis akan merujuk kepada saya," katanya seperti yang dipetik oleh The Star.
Bernama pula memetik Syed Hamid sebagai berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW). "Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.
Syed Hamid juga mengesahkan bahawa surat tunjuk sebab telah dihantar kepada Sin Chew Daily, The Sun and Suara Keadilan.
"Mereka mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab," tambahnya.
Menurut isteri Raja Petra - Marina Lee Abdullah - 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.
Raja Petra kemudiannya dibawa polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke lokasi yang tidak diketahui.
Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.




Kemudian, Tan Hoon Cheng, wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ditahan malam tadi selepas melaporkan kenyataan seorang pemimpin Umno yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.Laporan Tan telah mencetuskan pertikaian yang hebat dalam gabungan Barisan Nasional yang dianggotai parti-parti komponen yang berasaskan kaum. Umno - selaku tulang belakang BN - terpaksa bertindak menghukum pemimpin berkenaan."Rakan-rakannya (Tan) dari Sin Chew Daily terperanjat dengan penahanannya," kata akhbar tersebut dalam satu kenyataan. "Sin Chew Daily akan berpegang teguh kepada pendirian editorial kami," tambahnya.

Sementara itu, Teresa Kok, seorang ahli Parlimen dari DAP - sebuah parti dalam barisan pembangkang - Pakatan Rakyat - juga turut ditahan di bawah ISA.Sementara tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenainyha, Teresa berdepan dengan dakwaan yang beliau telah mengadu bunyi bising pembesar suara dari sebuah masjid di Puchong. Teresa telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tuduhan terhadapnya itu "tidak masuk akal".ISA yang ditentang oleh badan-badan hak asasi manusia supaya dimansuhkan, membolehkan seseorang itu ditahan selama dua tanpa bicara dan boleh dilanjutkan tempohnya setiap dua tahun berikutnya. Ia biasanya digunakan untuk menahan suspek keganasan.Pembangkang yang diketui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merancang untuk mengambil kuasa minggu depan, mengecam tindakan menggunakan ISA sebagai "kejam dan tiada justifikasinya".

Thursday, September 11, 2008

Pengerusi vs Ahli Panel

Forum Perdana semalam yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd. Ridhuan Lee Abdullah, dengan tajuk “Antara Impian Atau Realiti”. Terus terang dikatakan bahawa celoteh pengerusi Ridhuan sangat membosankan dan sangat tidak sesuai pada tempatnya. Ahli panel memperkatakan tentang agama dan bangsa tentang masa depan yang penuh dengan kebimbangan tetapi sering disambut serta disampuk dengan gelak ketawa oleh pengerusi forum. Terdapat juga ahli panel yang menyumbangkan sebuah sajak tentang bangsa penuh dengan penghayatan, juga disambut dengan gelak ketawa pengerusi. Sepanjang perjalanan forum tersebut dari awal hingga akhir ianya diiringi dengan gelak ketawa berlebih-lebih oleh pengerusi seorang. Diharapkan dilain masa saudara Ridhuan tidaklah berlebih-lebihan dalam mempengerusikan forum biarlah kita bersederhana dalam menggunakan suara. Kurangkan ketawa kerana ianya boleh mematikan hati kita.

Penubuhan Kerajaan Baru Mungkin Terpaksa Dilewatkan


Penubuhan k'jaan baru mungkin terpaksa dilewatkan
Sep 11, 08 6:31pm

Tarikh sebenar penubuhan kerajaan baru mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September, sebagaimana rancangan awal, akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan, kata Pakatan Rakyat hari ini.Bagaimanapun, katanya, kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan agenda reformasi sedang berjalan lancar. "Kami percaya kerajaan Barisan Nasional akan diganti dalam masa terdekat," katanya kenyataan Pakatan hari ini.Menurutnya, Pakatan yakin mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mempunyai majoriti dalam Parlimen yang membolehkan penubuhan kerajaan baru. "Bagaimanapun tarikh sebenar penubuhan kerajaan mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September sebagaimana rancangan awal akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan," katanya."Umum mengetahui negara kini masih dicengkam permasalahan politik, ekonomi dan sosial yang getir. "Akibat kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno dan BN, timbul percubaan mengalih pandangan kepada isu perkauman sempit.
Kestabilan negara
"Masalah perkauman yang diapi-apikan berterusan sehingga kini menunjukkan formula BN yang dihantui kebejatan rasuah dan korupsi gagal mentadbir negara ini," katanya. Menurut kenyataan itu lagi, api perkauman yang cuba dibakar akan mengancam kestabilan negara dan kebajikan rakyat. "Kepimpinan BN yang semakin lemah juga menyaksikan parti tersebut semakin berpecah dan semakin hilang arah."Melihat kepada perkembangan semasa inilah, ramai Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN dan memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. "Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak perlu membeli atau menyogok Ahli Parlimen berkenaan untuk menyertai kami. "Mereka didorong oleh kesedaran sendiri serta memberikan komitmen menyokong agenda perubahan," tambahnya.

'Rampas hak rakyat'
Kenyataan itu juga mendakwa terdapat segelintir elit pemerintah Barisan Nasional yang diketuai Umno, bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan. "Kami khuatir seandainya masalah sengaja dibiar merebak dan berlarutan untuk memberikan alasan kepada pemerintah bertindak keras, termasuk penangkapan beramai-ramai menggunakan Undang-undang Darurat untuk membendung kemaraan rakyat yang menuntut pembelaan," kata kenyataan itu lagi.Sehubungan itu, Pakatan menyeru kepada rakyat Malaysia, termasuk penyokong Umno untuk bertenang dan tidak terperangkap dengan retorik perkauman. "Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi kita yang semakin teruk dan menyambut perubahan yang akan memberi harapan baru kepada kita semua."Kami percaya apa pun jua usaha BN hanyalah dapat melambatkan proses pertukaran kerajaan tetapi tidak dapat menggagalkannya kerana formula BN telah gagal," kata kenyataan itu lagi.

PM Terkejut Dengan Kenyataan Muhyiddin


PM terkejut dengan kenyataan Muhyiddin
Sep 11, 08 3:13pm


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyuarakan rasa terkejutnya dengan gesaan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddn Yassin supaya beliau menyerahkan kuasa lebih awal daripada 2010.Beliau kelihatan tidak gembira ketika wartawan bertanya kepadanya mengenai gesaan Muhyiddin itu.Perdana menteri berkata, pelan peralihan kuasa itu dipersetujui oleh kabinet.Oleh itu, katanya, kenyataan tersebut lebih merupakan pandangan peribadi Muhyiddin sendiri.Di bawah pelan tersebut, Abdullah akan menyerahkan jawatan perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.Semalam, Muhyiddin berkata Abdullah patut memikirkan semula pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.Menurutnya, peralihan kuasa yang lebih awal akan memberi masa kepada Barisan Nasional membuat persediaan bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Wednesday, September 10, 2008

Kembalilah Tun Demi Umno Dan Bangsa Melayu.

Ada pihak yang tidak suka tetapi sangat ramai rakyat yang tertunggu-tunggu kepulangan Tun dalam UMNO.Semoga bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan, agar kita bersama-sama membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Demi sebuah negara yang bernama Malaysia. Kami rindukan Tun untuk berada dalam barisan UMNO demi suatu kekuatan untuk "Meletak Mercutanda Bangsa". "Melayu Tidak Kecil Hati Dan Jiwanya.......Hanya Mereka Yang Cekal Dan Tabah Dapat Meletak Mercutanda Bangsanya Yang Berjaya".

Monday, September 8, 2008

Anwar Hanya Berkesan Tarik Undi Bukan Melayu


Mat Sabu: Anwar hanya berkesan tarik undi bukan Melayu...
Jimadie Shah Othman Sep 6, 08 9:39pm



Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan di kalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. “Faktor Anwar di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu,” kata Mohamad. “Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan,” katanya ketika diminta mengulas sejauhmana Anwar menjadi faktor kemenangan besar parti-parti dalam Pakatan Rakyat – termasuk PKR dan DAP -- dalam pilihanraya umum lalu. Mohamad berkata, cabaran utama PAS adalah untuk “mempertahankan dasar Islam dan dalam masa yang sama berkawan dengan parti-parti lain”. Isu-isu seperti negara Islam, terutamanya dengan DAP dilihat masih menghantui parti itu. “Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam, dan DAP yang secara terang menyebut dia menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bekerjasama? Ini merupakan cabaran yang besar kepada kami. “Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai,” kata Mohamad yang ditugaskan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berhubung dan “tinjau-tinjau” dengan pimpinan DAP ke arah membentuk kerajaan bersama di empat negeri – selain Kelantan – sehari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu. “Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar,” kata Mohamad kepada Malaysiakini ketika diwawancara di rumahanya, di Shah Alam kelmarin.


'Dominasi PKR'

Ditanya tentang dominasi PKR dan Anwar dalam Pakatan, beliau berkata: “Iyalah, siapa pun mendapat kerusi lebih, jadi mereka berasa hebat. Biasalah itu. Macam dalam BN, Umno kerusi terbanyak.
"Sekarang dalam Pakatan, dalam pilihanraya lepas, PKR yang terbanyak, 31 kerusi, DAP 28 kerusi dan PAS 22 kerusi. “Jadi, kalau orang-orang PKR merasakan begitu (rasa hebat), tidak ada masalah. Sebab mereka sekarang ini mendahului dari sudut jumlah kerusi. Tetapi dominanasi saya tidak nampak, tidak timbul dalam parti ini.” Kenyataan-kenyataan penasihat PKR - Anwar - juga, kata Mohamad, selalunya dibuat atas nama peribadi, bukan mewakili Pakatan. “Tetapi kenyataan misalnya kalau memerintah, harga minyak akan turun, walaupun itu peribadi, tetapi itu boleh diterima akal. Itu tidak ada masalah,” katanya. Bagaimanapun, menurutnya, PKR memainkan peranan sebagai “orang tengah” antara PAS dan DAP disebabkan “persepsi media” dan “ketakutan pengundi Cina” terhadap dasar-dasar PAS yang pro-Islam. Mengulas tentang aliran-aliran dalam PAS yang disebut sebagai “konservatif” dan “moderat”, beliau berkata ia biasa dalam mana-mana parti politik, tetapi keputusan parti didokong bersama. “Macam kita kata, gaya belah rambut sahaja. Sama ada hendak belah tengah atau belah tepi. Sampai peringkat pertarungan ideologi dalam parti, itu tidak ada.” Beliau menafikan terdapat kewujudan Kumpulan Erdogan yang diketuai oleh Datuk Husam Musa.

Hargai Nilai Jalur Gemilang




Apa pun maksud dan tujuan mereka, ianya tidak sepatutnya berlaku kepada Jalur Gemilang. Namun apa yang kita lihat ialah mereka ini adalah dari keturunan pejuang-pejuang kemerdekaan bangsa masa lampau. Betullah seperti satu ungkapan bahawa "Bangsa Itu Musnah Oleh Bangsanya Sendiri". Namun yang malangnya, hingga kini tiada satu pun hukuman yang jelas dan boleh menjadi pengajaran kepada pelaku-pelakunya dalam soal memperlekeh Jalur Gemilang. Kita sangat bimbang jika ada usaha jahat dari luar yang turut mempersenda dan memusnahkan Jalur Gemilang kerana mereka tahu kita adalah satu bangsa yang tidak mampu mempertahankannya. Apa yang kita lakukan kini akan menjadi tontonan dan kesinambungan yang lebih buruk oleh "si kecil" masa kini. Tetapi bila hukum Allah (aurat) pun kita ketepikan apatah lagi hukum manusia.

Saturday, September 6, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarraq

“Sabda Rasulullah saw, Akan datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, difardukan oleh Allah kepadamu puasa dalam bulannya, dibuka pintu langit dan dikunci pintu neraka, dirantai akan syaitan. Demi Allah terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.” (Riwayat An-Nasai dan Baihaqi)


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarraq kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada warga Sabah. Semoga pada bulan yang mulia ini kita dianugerahi kesihatan yang baik agar kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Bersyukurlah dengan nikmat keamanan, kemakmuran dan keharmonian serta rezeki yang melimpah yang kita miliki di bumi Malaysia bertuah ini oleh itu hargailah ia selagi ia masih ada. Janganlah kita saling berbalah antara satu dengan yang lain kerana ia hanya menyumbang kepada kehancuran. Berfikirlah bahawa kita adalah umat islam dan bangsa Melayu yang perlu bersatu jangan kerana kuasa, pangkat dan harta kita saling jatuh menjatuhkan. Setidak-tidaknya sebelum nasi telah menjadi bubur.