Sukan Tahunan Kali Ke17 Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan Sabah, telah diadakan pada 15 Oktober 2009 hari khamis bertempat di Kompleks Sukan Sandakan Sabah. Majlis sukan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan yang diwakili oleh En. Ali Rahman Haji Arsad. Banyak acara yang telah dipertandingkan antaranya termasuklah acara 100 meter, 200 meter, 4 x 100 dan dan 4 x 200 meter. Acara kemuncak bagi sukan kali ini ialah acara guru iaitu 4 x 100 meter dan tarik tali, tahniah kepada semua guru rumah sukan Biru kerana telah mengungguli untuk kedua-dua acara tersebut. Johan keseluruhan bagi Sukan Tahunan Kali Ke17 kali ini jatuh kepada Rumah Sukan Merah yang diketuai oleh Cikgu Saliah, naib johan pula jatuh kepada Rumah Sukan Biru yang diketuai oleh Cikgu Normitah dan bagi tempat ketiga jatuh kepada Rumah Sukan Kuning yang diketuai oleh Cikgu Nurbiah. Tahniah kepada yang berjaya dan jangan sedih kepada yang kalah......Wednesday, October 21, 2009
Sukan Tahunan Kali Ke17, Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan....
Sukan Tahunan Kali Ke17 Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan Sabah, telah diadakan pada 15 Oktober 2009 hari khamis bertempat di Kompleks Sukan Sandakan Sabah. Majlis sukan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan yang diwakili oleh En. Ali Rahman Haji Arsad. Banyak acara yang telah dipertandingkan antaranya termasuklah acara 100 meter, 200 meter, 4 x 100 dan dan 4 x 200 meter. Acara kemuncak bagi sukan kali ini ialah acara guru iaitu 4 x 100 meter dan tarik tali, tahniah kepada semua guru rumah sukan Biru kerana telah mengungguli untuk kedua-dua acara tersebut. Johan keseluruhan bagi Sukan Tahunan Kali Ke17 kali ini jatuh kepada Rumah Sukan Merah yang diketuai oleh Cikgu Saliah, naib johan pula jatuh kepada Rumah Sukan Biru yang diketuai oleh Cikgu Normitah dan bagi tempat ketiga jatuh kepada Rumah Sukan Kuning yang diketuai oleh Cikgu Nurbiah. Tahniah kepada yang berjaya dan jangan sedih kepada yang kalah......Sukaneka 2009 Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan Sabah....
Sukaneka adalah aktiviti yang dinanti-nantikan dengan penuh teruja oleh para pelajar khususnya palajar tahap 1 di semua sekolah rendah. Sehubungan dengan itu guru-guru Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan, Sabah, telah menjayakan Sukaneka 2009 dengan serba sederhana tetapi tetap meriah. Sukaneka tersebut diadakan pada 13 Oktober 2009 hari selasa yang bermula pada 7.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Cadangan awal ianya dijalankan di padang Kampung Sim-Sim Sandakan, namun memandangankan cuaca tidak mengizinkan maka ia diadakan di dewan serbaguna sekolah.Sukaneka ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar tahun satu, dua dan tiga berkaitan dengan sukan. Sukaneka ini bakal melakarkan satu kenangan yang indah dikalangan pelajar itu sendiri tentang betapa seronoknya bersukan. Sukaneka ini akan menjadi titik tolak memupuk minat dan mencungkil bakat dalam acara-acara sukan yang mesra pelajar. Apa yang diharapkan ialah agar program seperti ini dapat dikekal dan dilaksanakan sepanjang tahun.
Friday, September 25, 2009
Tuesday, September 22, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri....
Kepada saudara mara dan keluarga, rakan-rakan seperjuangan, warga guru, warga Persatuan Pencipta dan Pemegang Rekod Sabah, warga Menara KL, petugas sukarelawan "Berdiri Di Puncak Menara KL", warga Centre Point dan Pan Pasific Kota Kinabalu, Warga Kompleks Karamunsing Kota Kinabalu, Sawit Kinabalu, Warga DBKK khususnya kepada Mayor Kota Kinabalu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Sabah, Yayasan Perdana Putrajaya, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah, Kementerian Belia Dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Institut Kemahiran Belia Negara, Para Pemimpin Negara khususnya kepada Tun Dr. Mahathir, Warga RTM, Sandakan FM, Sabah FM, Selangor FM, Warga NSTP, New Sabah Times, Utusan Borneo, Daily Express, The Star, Berita Harian, Malaysia Book Of Records, warga Rainforist Discevery Centre (RDC), Warga KDP IP Gaya, Warga OUM SMP, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Zon Sandakan, kekawan dari Tagged, kekawan dari Facebook dan mereka yang mengenali saya dan keluarga. Halalkan apa yang termakan dan terminum, apa-apa yang boleh menyinggung atau mencuit perasaan. Sebagai insan lemah sekali lagi saya dan keluarga mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki............Salam Aidilfitri.

Wednesday, September 16, 2009
Berdiri Di Puncak Menara KL...
Happy Birthday.......to me!
Bergambar beramai-ramai dengan pelajar 6 Bijak, sempena hari jadi saya yang ke 44.........nak kata gembira tak juga pasal umur kita tiap tahun akan berkurang bukannya bertambah. Umur tu dibagi pinjam saja lepas tu dipulangkan semula.........Apa pun terima kasihlah kepada pelajar dan kekawan yang memberi ucapan hari jadi, semoga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....AminThursday, September 10, 2009
UPSR di Sk. Pulau Sanghai.....
Suasana dalam bot tak sunyi lebih-lebih lagi bila ada seorang dua guru-guru yang mempunyai bakat sebagai Tok Dalang atau tukang cerita. Keadaan menjadi riuh rendah dengan berbagai cerita dan antara ceritanya ialah bagaimana nak tahu perbezaan antara buaya darat dengan buaya laut.............. hehehe... cikgu-cikgu fikirlah sendiri !
Inilah jeti menuju ke sekolah SK. Pulau Sanghai, tapi menurut orang kampong pulau ini bukanlah pulau Sanghai. Tetapi kenapa pula sekolah ini diberinama sempena nama Pulau Sanghai, nama pulau ini ialah Pulau Trunglit.
Inilah pemandangan di hadapan pulau Trunglit...
Inilah sebenarnya Pulau Sanghai yang terletak hanya bersebelahan dengan Pulau Trunglit.

Pintu utama sebelum masuk ke sekolah SK. Pulau Sanghai dan sekolah ini telah menjangkau usia hampir 30 tahun....
Kami akan berada di sini selama 3 hari dan berakhir pada 10 Sept 2009
Kelihatan sebahagian daripada 20 orang calon UPSR... Inilah saat yang ditunggu-tunggu iaitu balik ke bandar Sandakan. Dengan berbekalkan ikan Kerapu yang segar dan masih hidup lagi. Banyak kenangan yang menarik selama kami di sini khususnya kepada mereka yang tidak biasa dengan suasana kehidupan di laut. Apapun kami sangat-sangat berterima kasih kepada orang kampong dan guru-guru sekolah ini yang begitu perihatin dan peramah sehinggakan kami rasa tidak terasing...........Terima kasih sekali lagi.
.png)























