Thursday, July 31, 2008

Loji Arang Batu Di Sandakan.

Contoh Loji Arang Batu Di China

Pencemaran seperti inikah yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri Sabah, dulu dicadang dibina di Lahat Datu tetapi ramai pihak menentang cadangan tersebut dan Lahat Datu terselamat dari bencana alam sekitar ini. Kini di cadangkan pula di Bandaraya Alam Semula Jadi Sandakan, dan Sandakan akan menjadi mangsa pencemaran dan kerakusan manusia untuk kos yang murah dan pulangan jangka pendek yang menguntungkan. Kenapa kita terlalu memikirkan keuntungan daripada kemusnahan alam ciptaan Tuhan. Sepatutnya loji seperti ini tidak dibenarkan wujud di Malaysia dan kita selalu tunduk kepada pihak-pihak yang sangat berkepentingan. Janganlah rakyat dijadikan mangsa yang berterusan.

MENYERU KEPADA WARGA SANDAKAN KHUSUSNYA UNTUK MENENTANG USAHA PEMBINAAN LOJI ARANG BATU INI DI SANDAKAN. MEREKA HANYA INGINKAN KEUNTUNGAN SEGERA DAN CUKUPLAH DENGAN KEMUSNAHAN YANG KITA LAKUKAN.

Wan Azizah Lepas Kerusi Permatang Pauh



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia.Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.
Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.
Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.Katanya, sejak dari mula-mula bertanding dahulu lagi, beliau sedia mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.
Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS.Katanya, beliau merasakan "inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa".
Reaksi Anwar
Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah."Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif," katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.Menurut, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut, iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok WaiManakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata, ia akan diberitahu minggu depan.

Selamat Hari Pahlawan 2008

Selamat Hari Pahlawan

Perjuangan Belum Selesai
Nukilan Tun Dr. M

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsa ku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina

Airmata tiada ertinya
Sejarah silam tiada makna sekiranya
Bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara, mengharung sejuta harapan

Biarkan bertatih
Asalkan itu yakin dan cermat
Bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
Airmata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar
Dari bermandi darah dan keringat menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Jika bangsa asyik mengia dan menidakkan
Mengangguk dan membenarkan
Kerana sekalipun bangganya negara oleh makmur dan
Mewahnya
Bangsaku masih melata
Dan meminta-minta di negara sendiri
Bukan kecil tugas meneruskan perjuangan kemerdekaan
Kerana rupanya mengisi kemerdekaan itu lebih jauh susah

Bangsaku bukan kecil kati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut
Pengembara malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
Menjadi pedagang dan peniaga,
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudra,

Menjajah dunia yang tak dikenal,
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Dimanakah silapnya hingga bangsaku
Berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam
Dan sejarah gemilang membina empayar?

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdekaan dan mengisinya
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan muda kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercutanda
Bangsanya yang berjaya.

Tuesday, July 29, 2008

Muzakarah UMNO-PAS Bawa Rahmat

Muzakarah UMNO-Pas bawa rahmat

Oleh ZULKIFLEE BAKAR(WARTAWAN UTUSAN)


SEMEMANGNYA tahun 2008 menjanjikan begitu banyak episod-episod menarik dalam arena politik negara.
Terbaru, orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini menyaksikan bagaimana dua buah parti terbesar orang Melayu yang sebelum ini banyak menghabiskan masa dan tenaga bertarung dalam soal-soal politik dan ideologi kini duduk semeja.
Langkah berkenaan sudah tentulah mewujudkan satu kelegaan luar biasa bagi orang Melayu dan umat Islam apatah lagi sebelum ini perpecahan di kalangan orang Melayu sering dikaitkan akibat politik antara UMNO dan Pas.
Tetapi semua itu hanya akan menjadi iktibar yang berguna, apa yang lebih penting sekarang, semua orang Melayu perlu melihat usaha yang dilakukan oleh kedua-dua parti berkenaan sebagai satu rahmat.
Tidak kisahlah hendak menggunakan istilah muzakarah, muqabalah, musyawarah atau hatta mukadimah sekalipun, ia tidak penting kerana semua itu hanyalah sekadar istilah, apa yang lebih penting ialah hasil daripada apa yang diusahakan.
Justeru bagi mereka yang benar-benar sayangkan kepentingan orang Melayu dan Islam terpelihara, mereka perlu menyambut muqabalah antara pemimpin UMNO dan Pas ini dengan gembira dan kesyukuran.
Mereka tidak harus melihat ia melalui pandangan politik yang sempit dan jumud. Orang Melayu sudah tidak ada masa lagi untuk berbalah, orang Melayu perlu bersatu demi memastikan dan hak serta kepentingan mereka tidak terus diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.
Bagi Pensyarah kanan politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mustafa Mohamed Ishak, apa yang dilakukan oleh UMNO dan Pas itu sangat dialu-alukan.
Ini kerana kata beliau, tidak kira apapun nama parti atau pertubuhan yang mewakili orang Melayu mereka hakikatnya mempunyai satu persefahaman iaitu berjuang untuk bangsa dan agama.
''Atas sebab itulah apabila menyentuh soal kepentingan bangsa dan agama, mereka perlu dilihat mempunyai persefahaman bagi mengelakkan mereka berbalah dalam isu-isu asas,'' katanya ketika dihubungi.
Mustafa memberi pandangan itu berasaskan kepada persefahaman yang ditunjukkan oleh parti politik dan pertubuhan yang mewakili bukan Melayu. Golongan ini akan bersedia mengenepikan perbezaan antara mereka jika ada perkara yang memerlukan mereka duduk semeja bagi membincangkan perkara asas mengenai kepentingan mereka.
Justeru kesediaan UMNO dan Pas ini membuktikan bahawa parti-parti politik Melayu kini semakin matang berpolitik dan tidak berbalah sepanjang masa.
Apa yang perlu difahami pertelingkahan dan perbalahan berpanjangan tidak akan menguntungkan orang Melayu.
Sebaliknya ia boleh mengakibatkan kepentingan dan hak mereka terjejas. Ketika ini pun berikutan keputusan pilihan raya umum sudah banyak 'tangan-tangan' mula merayap untuk menggugat satu demi satu kepentingan orang Melayu termasuklah yang sudah termaktub dalam perlembagaan.
Dalam pertemuan penulis sama ada dengan pemimpin UMNO mahupun Pas, mereka sekata dan senada dalam soal menjayakan muzakarah atau muqabalah ini.
''Cukup-cukuplah kita berbalah dalam politik, sekarang masa untuk bersatu, saya yakin kalau semua ikhlas hasrat untuk melihat antara UMNO dan Pas duduk semeja bagi memperjuangkan hak Melayu dan Islam akan tercapai,'' kata seorang pemimpin Pas di Kelantan ketika dihubungi.
Bagi pemimpin Pas bertaraf Yang Berhormat ini, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi menyambut baik muzakarah berkenaan.
''Mungkin ada satu dua orang yang keliru tetapi kita yakin semua kekeliruan itu akan berakhir apabila kita memberi penjelasan dari semasa ke semasa,'' katanya.
Sememangnya mana-mana individu yang mengaku dirinya Melayu tidak akan menghalang muzakarah ini kerana ia juga dituntut dalam Islam.
''Justeru kalau ada yang menentang biarpun sudah diberi penjelasan ertinya mereka mempunyai agenda politik.
''Persoalannya sampai bila kita hendak berbalah dari segi politik sedangkan dari semasa ke semasa kepentingan Melayu dan Islam semakin tergugat,'' kata seorang lagi pemimpin muda Pas ketika dihubungi.
Namun apa pun apa yang pasti muqabalah yang sedang diusahakan oleh UMNO dan Pas ini melegakan majoriti orang Melayu terutamanya mereka yang tidak mempunyai sebarang pendirian politik.
Ia kerana perkembangan di beberapa negeri sejak kebelakangan ini dengan jelas menunjukkan kedudukan orang Melayu seolah-olah tidak selamat lagi.
Ada antara mereka hanya menjadi pemimpin tetapi tidak mampu bersuara kerana kuasa bukan di tangan mereka.
Atas sebab itulah bagi Mustafa, parti-parti politik Melayu tidak boleh berbalah dalam soal berkaitan isu asas kepentingan mereka.
''Kalau mereka terus berbalah ini boleh mengugat usaha bagi memperjuangkan isu itu,'' katanya. Beliau juga menegaskan, orang Melayu perlu sedar bahawa mereka tidak boleh sama sekali berbeza dari segi memperjuangkan perkara asas mengenai orang Melayu biarpun mereka mempunyai asas perjuangan yang berbeza.
Berasaskan kepada perkara itu adalah jelas sudah tiba masanya orang Melayu mempunyai kematangan untuk berpolitik.
Mereka tidak boleh selama-lama berbalah sehinggakan untuk duduk semeja bagi membincangkan soal kepentingan bersama pun tidak boleh.
Justeru pujian harus diberikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sanggup berusaha ke arah itu.
Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan 'penyatuan' ini akan membuat pelbagai andaian dangkal kerana tidak mahu apa yang diusahakan oleh kedua-dua pemimpin itu menjadi kenyataan.
Tetapi apa yang harus diingat segala yang dilakukan oleh UMNO dan Pas hari ini dalam kesediaan mereka bermuzakarah adalah jaminan kepada masa depan kepentingan Melayu.
Janganlah terlalu taksub untuk menyatakan kerana orang itu lemah atau orang ini kuat maka soal muzakarah tersebut dilaksanakan.
Persoalannya apa gunanya menjadi kuat dan sekadar menang kerusi dalam pilihan raya sedangkan hak dan kepentingan orang Melayu semakin terhakis.
Justeru berlapang dada dan bersikap terbukalah dalam menyambut usaha yang dilakukan UMNO dan Pas ini.
Apa yang penting ialah masa depan dan kepentingan orang Melayu serta kehidupan anak cucu kita nanti.
Kalau segala perkara yang baik dilihat dalam konteks politik maka percayalah suatu hari kelak orang Melayu akan menjadi pelarian di tanah ari sendiri.
Semoga apa yang diusahakan oleh UMNO dan Pas akan mencapai kejayaan dan sekali gus memberi petanda bahawa dalam soal menyentuh hak dan kepentingan Melayu serta Islam, perbezaan ideologi bukanlah satu tembok yang tidak boleh dirobohkan.

Sunday, July 27, 2008

Singapura Manipulasi Kelemahan Malaysia

Zee Pulau Batu Putih, Singapura manipulasi kelemahan Malaysia - Salahuddin

KUALA LUMPUR,
26 Julai (Hrkh) -

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius tuntutan Singapura untuk mendapatkan hak zon ekonomi eksklusif (ZEE) di perairan Pulau Batu Putih.
Dalam satu kenyataan mengenai isu tersbeut Ketua Pemuda PAS, Salahuddian Ayub berkata, tindakan itu sekali lagi akan mencabar hak kedaulatan Malaysia.
"Kegagalan Malaysia mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau batuan ini telah digunakan oleh Singapura untuk meluaskan wilayah ekonomi mereka melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Pemuda PAS berpandangan kebiadapan Singapura ini berpunca daripada kelemahan pentadbiran Kerajaan BN yang sering kali mengalah dalam hal-hal yang melibatkan Singapura sehingga negara pulau itu menjadi besar kepala dan meneruskan agenda untuk �menakluk� negara ini seperti yang dirancang oleh pengasasnya semenjak 1960-an," ujar Salahuddin.
Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya tuntutan Singapura melalui ICJ ini kerana ia adalah masalah serantau yang boleh diselesaikan melalui meja rundingan.
Singapura langsung tidak menghormati Asean walaupun baru seminggu menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean, katanya.
Sepatutnya sebarang pertikaian atau tuntutan kecil ini harus diselesaikan secara �adik-beradik� kerana Singapura bukan sahaja sama-sama menganggotai Asean, bahkan jiran terdekat Malaysia, katanya.


Jangan ambil sikap seperti Israel?


Negara itu tidak wajar mengambil sikap Israel di Timur Tengah kerana semangat Asean masih kukuh di rantau ini, katanya lagi.
"Membawa tuntutan seperti ini ke peringkat antarabangsa seolah-olah ingin menunjukkan sikap jagoan Singapura kepada jiran-jiran, sedangkan Singapura sendiri masih bergantung kepada Malaysia dalam banyak perkara," ujar beliau.
Pemudra PAS juga melihat bahawa kedudukan Pulau Batu Putih sebagai pulau batuan tidak layak dijadikan asas untuk tuntutan ZEE, katanya.
"Pulau batuan ini tidak sesuai didiami manusia, apatah lagi untuk kegiatan ekonomi. Mungkin ia sesuai untuk dijadikan tapak rumah api, tetapi tidak sampai memerlukan ZEE," katanya.
Singapura seharusnya menghormati Malaysia sebagai pemilik asal pulau itu dan hak yang diberikan oleh ICJ ke atas beberapa pulau batuan lain di sekitar Pulau Batu Putih kepada Malaysia, katanya.
"Ini bermakna hak ZEE juga dimiliki oleh Malaysia secara bertindan. Maka cara yang paling baik ialah kedua-dua negara harus berunding, bukannya menggunakan saluran mahkamah. Cara yang digunakan ini seolah-olah Malaysia tidak mahu berunding atau enggan bertolak ansur," katanya.
Pemuda PAS melihat perkembangan negatif ini berlaku kerana kecuaian kerajaan BN dalam mentadbir negara, katanya.


PM lemah sebabkan kepentingan Malaysia terlepas


Semenjak 2003, sudah banyak kepentingan negara yang terlepas kepada Singapura ekoran permainan politik lemah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, katanya.
"Semenjak isu jualan pasir, pengambilalihan Hospital Pantai oleh syarikat Singapura, pembatalan projek Jambatan Bengkok, hinggalah dasar-dasar pelaburan pro-Singapura di Iskandar Malaysia, semuanya menguntungkan Singapura.
"Kemudian hak milik Singapura ke atas pulau batuan ini disahkan oleh ICJ, dan hari ini mereka menuntut yang lebih daripada itu. Sedangka Kerajaan BN yang lemah ini terus mengalah dan menikus kepada Singapura.
"Jika keadaan ini berterusan, DPP Pusat percaya bahawa lebih banyak hak kedaulatan negara akan tergadai kepada Singapura, khususnya di Wilayah Iskandar," katanya./wann _

Saturday, July 26, 2008

MB Terengganu Anggap Isu Mercedes Selesai



Berbanggalah dengan barangan kita, kalau tak kita siapa lagi.
Takkan pula nak minta tolong Bush puji buatan kita pula.

MB Terengganu Anggap Isu Mercedes Selesai

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan isu Mercedes Benz Terengganu selesai. Begitu juga dengan MB Terengganu dan meminta supaya isu tersebut tidak diperbesarkan.
Selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kesemua 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli kerajaan negeri Terengganu tidak boleh digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan negeri itu.
Perdana Menteri berkata, kereta-kereta itu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.
Menurut MB Terengganu dan para menteri beranggapan bahawa isu ini sudah selesai. Sebenarnya isu ini tidak akan selesai dipihak rakyat kerana ia adalah satu babak permulaan untuk suatu bentuk pembaziran. Dan rakyat perlu membayar untuk sikap alpa pemimpin supaya bermuzakarah sebelum bertindak.
Kini rakyat perlu menanggung kereta Proton Perdana V6 sedia ada, penyelenggaraan, insuran dan cukai jalan. Begitu juga halnya dengan kereta Mercedes E200, perbelanjaan meningkat untuk menampung kereta-kereta ini.
Rakyat tidak faham kenapa tiada sebarang perbincangan dengan mereka yang layak didalam membuat keputusan. Sebelum ini MB Terengganu beria-ia mempertahankan kebenaran kata-kata beliau tentang kos penyelanggaraan, tetapi akhirnya berhenti sekerat jalan. Apapun keputusannya MB kekal dengan kebesarannya dan rakyat sebagai penerima akibat apa yang mereka buat.

Tahniah DBKL Batalkan Konsert Inul

Ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista
persembahannya ‘Goyang Gerudi’ tidak diterima di Indonesia
kenapa pula Malaysia perlu menerimanya.
Inul perlu melihat dan bertanya pada diri sendiri dimana silapnya.

Tahniah DBKL Batalkan Konsert Inul

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan permit konsert ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista yang dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Ahad ini. Pengarah Urusan IMS Prima Sdn. Bhd., Nasir Abu Bakar berkata, pembatalan yang dibuat sangat mengecewakan syarikat kerana Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) telah meluluskan penganjuran konsert tersebut. Beliau berkata, ekoran pembatalan dua kali berturut-turut persembahan Inul selepas konsert Inul Live In Johor Bahru yang menerima nasib serupa minggu lalu, syarikatnya kini mengalami kerugian terkumpul RM800,000. Jelas sekali penganjuran seperti ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan tidak mementingkan sedikit pun tentang kesan nilai buruk yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia khususnya bagi golongan muda. Bagi syarikat penganjur kerugian mereka hari ini boleh dinilai dengan wang ringgit, tetapi kesan untuk negara adalah jangka masa panjang. Nasir harus terima pembatalan ini kerana menurut DBKL alasan pembatalan tersebut ialah kerana keselamatan dalam negara. Namun yang sebaik-baiknya pembatalan tersebut adalah untuk menghalang nilai buruk yang cuba dimasukkan ke dalam negara oleh bangsa sendiri. Kepada Nasir diharap hentikanlah usaha-usaha yang sedikit pun tidak menguntungkan bangsa.

Thursday, July 24, 2008

Jiwa Yang Tidak Tenang


Hodohnya Saya!!
Hari ini kita menyaksikan dunia artis semakin diseleweng dan terpengaruh dengan budaya-budaya barat, walaupun adakalanya ia hanya direka-reka sendiri oleh anak-anak Melayu. Contohnya pengamalan seluar londeh sehingga menampakkan alur punggung, yang menjadi kebanyakan pengamalan muda mudi. Louisiana , selatan Amerika Syarikat telah menetapkan undang-undang bahawa mereka yang berkelakuan demikian dianggap sebagai salah satu jenayah dan akan dikenakan hukuman.
Malangnya hari ini, inilah yang dikatakan oleh muda mudi Melayu sebagai trend zaman maju. Tak pelikkah? Apa yang dikatakan dengan kemajuan kalau seluar pun dipakai londeh? Inilah peniruan yang tidak sepatutnya menjadi pengamalan dan adakalanya dijadikan budaya yang mesti diikuti, walaupun ia sendiri menggambarkan le”bodoh”an pengamalnya.
Dunia hari ini,
Amani yang telah dirobotkan dan diperkudakan oleh Yasmin Ahmad sehingga dia sanggup membotakkan kepalanya dan menjual maruahnya. Hilang kelembutan wanita di dalam dirinya. Hilang kesopanan gadis Melayu di dalam jiwanya. Hilang adab-adab murni di dalam hatinya. Cukup dia seorang yang dijadikan “duta” untuk memburuk-burukkan Islam dan menjatuhkan imej wanita di mata dunia.
Untuk mereka yang mempunyai akal,
“Fikirlah dengan sentuhan naluri hati, anda akan mendapat kebenaran yang hakiki, jauhilah keinginan nafsu yang membuta, anda akan sesat di dalam kegelapannya”

Mengadai Maruah Bangsa


Inilah gambar gadis litar seksi yang berpakaian amat menjolok mata yang dihalalkan di Malaysia bagi mempromosi sukan permotoran. Adakah berbaloi mengejar impian negara tetapi mengadai maruah bangsa. Tidak terlintaskah pada diri para pemimpin dan ulama untuk menegur keterlanjuran seperti ini kalau pun ini adalah satu keterlanjuran. Berbagai-bagai budaya yang kita perkenalkan di Malaysia ini, sehinggakan ada segelintir rakyat merasa gerun bila melihat jauh kehadapan. Apa akan berlaku satu masa nanti bila perkara ini telah terbiasa oleh kita, siapa yang nak di persalahkan. Kenapa kita tidak mahu melangkah ke depan dengan sedikit kebaikan dan tinggalkan segala keburukan. MANA PERGINYA PARA PEMIMPIN, USTAZ, USTAZAH, IMAM, ULAMA NEGARA, PARA MUFTI...............TIDAK ADA FATWAKAH YANG BOLEH KITA SEMPADANI!!

Malaysia Kekal Juara Dunia


BANGGA: Presiden Kesatuan Antarabangsa Motonautique, Dr Raffaele Chuilli (dua dari kanan) menyerahkan trofi kepada Pengarah Sukan H2O kepada Mejar (B) Mohd Yusof Mohd Noor, kelmarin.
Tiada kata-kata yang dapat diperkatakan selain ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan muda negara kerana berjaya mempertahankan gelaran mahkota kejuaraan di Kejohanan Formula Future Dunia di Ravenna, Itali. Apa yang membanggakan lagi barisan muda ini telah mengetepikan jaguh-jaguh dari enam negara Eropah iaitu Jerman, Itali, Slovakia, United Kingdom, Russia dan Republik Czech.
Antara kata-kata DR. M dulu...
hanya mereka yang cekal dan tabah
akan mencapai mercu tanda bangsanya
yang berjaya.

Isteri Pemimpin No. 2 Negara

Apa yang nak dikata oleh anak dan suami bila melihat
ibu dan isteri bila berkelakuan seperti ini. Apa alasan dan
dimana kewajarannya. Berhati-hati dan bertertib insyaallah kita selamat.
Atau ini tidak membawa sebarang makna....

Tuesday, July 22, 2008

Impian MB Terengganu Yang Tidak Bertempat

Kemewahan yang diimpikan pemimpin

Sebuah impian pemimpin itu boleh membina seribu rumah rakyat seperti ini

Ada rakyat yang merasa sangat marah bila melihat cara Menteri Besar Terengganu berbelanja, berbelanja secara mewah dan tidak bijak. Dengan membelanjakan wang sebanyak RM3.43 juta untuk membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor, dianggap tidak membazir dan boleh mengurangkan kos penyelenggaraan. Sebagai menyedapkan hati rakyat MB mengatakan wang untuk membeli kereta mewah tersebut bukan dari wang royalti minyak, persoalannya sekarang wang siapa yang digunakan untuk tujuan tersebut? Apakah wang itu datang dari simpanan MB sendiri atau Ahli-ahli Exco yang rasa malu untuk menaiki kereta nasional Proton Perdana V6 yang baru digunakan pada tahun 2004. Apapun alasannya wang itu adalah wang rakyat dan rakyat wajar untuk rasa marah. Sepatutnya MB merasa malu untuk berbelanja sedemikian rupa memandangkan Terengganu sendiri tersenarai sebagai negeri ke dua termiskin di Malaysia. Rakyat dituntut untuk berbelanja jimat dan cermat seminima mungkin, bertanamlah itu dan ini dibelakang rumah untuk menampung perbelanjaan. Tetapi pemimpin yang berkata demikian tidak menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi, mereka melakukan disebaliknya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan politik dan ekonomi yang sangat tidak menentu. Sebaik-baiknya pemimpin-pemimpin berdarjat tinggi ini, gunakanlah harta kerajaan seadanya.

Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah hanya 2 tahun 3 bulan. Dalam masa sesingkat itu, beliau berjaya menghapus kemiskinan, sehingga tidak ada orang yang layak menerima zakat, satu kejayaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia bila-bila masa pun.

Saturday, July 19, 2008

Muzakarah Dengan Dr. M Dahulu - Mahfuz


Saturday, July 19, 2008

Muzakarah dengan Dr M dahulu - Mahfuz
KUALA LUMMPUR, 19 Jul (Hrkh) -

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu bermuzakarah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan untuk bermuzakarah dengan PAS, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar. -->
"Banyak perkara yang belum selesai antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab oleh Perdana Menteri.
"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, Perdana Menteri tidak ada kredibiliti untuk bercakap mengenai perbincangan dengan mana-mana pihak," katanya.
Menurut Mahfuz, walaupun Dr Mahathir berusaha bertemu Perdana Menteri untuk menjernihkan keadaan, apa yang berlaku selepas itu ternyata semakin buruk akibat sikap Perdana Menteri yang enggan menangani pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.
"Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengatasinya (persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir), jawab pun tidak," kata beliau.
Keengganan Perdana Menteri untuk menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu menyebabkan beliau disyaki tidak berterima kasih dan tidak menghormati orang yang mengangkatnya ke jawatannya kini sebagai Perdana Menteri, kata Mahfuz.
"Jika orang yang melantiknya ke jawatannya sekarang pun tidak dihormatinya, apa jaminan Perdana Menteri boleh menghormati pihak lain?
"Perbincangan atau muzakarah memerlukan rasa hormat antara satu sama lain," kata Mahfuz.
Menurut beliau, bukan sahaja masalah hubungan dengan Dr Mahathir perlu diselesaikan oleh Perdana Menteri, malah beliau perlu menyelesaikan hubungannya dengan mereka yang dipimpinnya.
"Walaupun Perdana Menteri berikrar mahu berundur dan mengharap diberi peluang dua tahun lagi, namun mereka yang dipimpinnya tetap tidak berpuas hati.
"Baru-baru ini, (Naib Presiden Umno, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berkata, dua tahun terlalu lama. Ketua Pemuda Umno, (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) dan (Datuk) Shahrir (Abdul Samad) pula menolak saranan supaya tidak diadakan pertandingan memandangkan Abdullah sudah hendak berundur sebagai Presiden Umno.
"Kenyataan-kenyataan itu hakikatnya adalah undi tidak percaya kepada Abdullah. Bagaimana hendak berunding dengan orang menghadapi undi tidak percaya?" kata Mahfuz lagi.
Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas kesediaan untuk bermuzakarah itu._
-HarakahDaily

Debat Anwar Menurut Dr. M

DEBAT ANWAR MENURUT DR. M


1. Saya harus mengucapkan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan, khususnya antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Shabery Cheek.

2. Ia bukanlah satu pertandingan yang adil. Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan.

3. Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar.

4. Sebagaimana yang saya katakan, Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya. Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

5. Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. Dato' Seri Abdullah telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah.

6. Tetapi, adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu? Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ianya benar.

7. Mungkinkah pihak yang membuat lapuran kali ini seorang yang cuba meniru? Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat. Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar. Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi dimahkamah. Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parliamen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama.

8. Ada beberapa tabiat yang sukar untuk dibuang. Perokok tegar akan menyatakan sedemikian. Begitu juga penagih dadah.

9. Sudah pasti ini tergantung kepada mahkamah untuk menentukan dan inipun jika kes ini akhirnya sampa kemahkamah. Mahkamah mungkin mendapati Anwar bersalah. Dia kemudiannya boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi malahan kemahkamah-mahkamah khas yang diadakan untuknya.

10. Jika dia berjaya membuat Saiful kelihatan sebagai pasangan yang rela seperti didalam kes Azizan, maka kenyataan Saiful tidak boleh dianggap sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan. Anwar akan dibebaskan.

11. Anwar telah menolak untuk bersumpah diatas Quran untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Tetapi Saiful sanggup untuk melakukannya didalam masjid dan disaksikan oleh alim ulamak.

12. Tetapi ada seorang Mufti yang menentang cadangan ini. Jika seseorang itu tidak bersalah mengapa dia tidak boleh bersumpah untuk membersihkan namanya.

13. Menimbulkan isu "qazaf" hanyalah bertujuan untuk megalihkan tumpuan. Ianya satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.

14. Didalam Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulangkali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru "bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil."

15. Syariah itu bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman. Undang-undang syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas. Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman.

16. Diriwayatkan didalam Quran mengenai Zulaikha yang cintanya kepada Nabi Yusof dan dianya dipercayai mengejar Yusof kerana baju Yusof koyak dibahagian belakang.

17. Amat jelas Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan (circumstantial evidence) walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi. Ini kerana Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan. Proses yang diambil didalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai. Proses itu tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.

18. Kerana itu Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf. Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ianya melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa.

Thursday, July 17, 2008

Anwar Dibogel, Diperiksa Alat Sulit


Anwar dibogel, diperiksa alat sulit
Jimadie Shah Othman Jul 17, 08 3:14pm


kemaskini 5:56pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur apa yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arahan doktor)"."Saya buat pemeriksaan seluruh badan saya, kemaluan saya termasuk mengukur apa yang perlu dan saya ikut semua," kata Anwar di sidang media di kediamannya di Bukit Segambut petang ini.Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambar fizikalnya diambil kerana bimbang ia dibocorkan kepada umum, termasuk di internet."Sudah tentu saya menolak diambil gambar kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya boleh percaya sistem sedia ada," katanya.Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.Anwar berkata beliau enggan membenarkan sampel itu diambil atas nasihat peguam dan doktor."Saya berikan beberapa alasan atas nasihat peguam dan pakar-pakar DNA dalam dan luar negara. Pertama, simpanan DNA memang ada dalam tangan polis. Kedua, yang dituduh dalam simpanan polis. Apa saja mungkin berlaku. Apa perlu DNA daripada saya?" katanya. Lagi pula, tambahnya, simpanan DNA beliau - yang beliau dakwa diambil secara paksa pada 1999 - masih ada dalam simpanan polis.Sampel darahnya 10 tahun lalu diambil dari HKL atas arahan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, waktu itu seorang pegawai penyiasat kesnya."Tilamnya dibawa (dalam perbicaraan kes pertama), percikan darah dan sebagainya disebut. Ada percubaan membuat penipuan besar. Apabila kita bongkar, ditarik balik tuduhan yang berkaitan," kata Anwar."Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.Sebelum dibawa ke HKL, tambahnya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi selepas menjalani pemeriksaan tersebut.Namun, sekembalinya daripada HKL, pengawai penyiasat kesnya DSP Jude Pereira mengatakan bahawa beliau perlu memberi keterangan lanjut pada pagi ini.Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.Polis menahannya semalam untuk merakam percakapannya dan dibebaskan menjelang 10 pagi tadi.Tokoh utama pembangkang itu disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat olehnya.Tambah Anwar, beliau terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu."Saudara tahu lokap apa? Lokap penjenayah besar di Malaysia. Betul, pegawai (polis) layan dengan cukup baik, menyentuh saya pun tidak. Tetapi saya diletakkan berbaring di atas simen sepanjang malam dengan kedudukan (sakit) pinggang saya diketahui," jelas Anwar.Jelasnya lagi, hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau mengalami sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik."Saya tidak pertikaikan layanan (baik) pegawai polis di semua peringkat (jawatan) semasa saya di IPK Kuala Lumpur. Memang saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Pertama, sebab saya tidak dipukul dan sewaktu memberikan keterangan, saya memberikan kerjasama penuh," katanya.Beliau juga mempersoalkan tindakan polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)"."Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya atau ketua polis negara?" katanya di sidang media itu, disambut ketawa pemberita.Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan pengadu kes tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi."Kalau laporan (Mohd Saiful) itu diberikan pada saya tengah hari ini, siapa tahu bahawa itu adalah laporan yang asli? Dipinda, dipinda, dipinda," katanya.Mengulas kaedah penangkapannya semalam, Anwar berkata: "Saya kesal kerana polis bertindak begitu. Terutama kenyataan (pengarah Jabatan Siasatan Jenayah) Datuk Bakri (Mohd Zinin) yang mengingatkan saya gaya dan lagak ketua polis negara pada 1998, Tan Sri Rahim Noor. "(Beliau) cakap dengan angkuh dan tidak benar, umpamanya mengatakan saya enggan untuk ke balai polis."Anwar turut berterima kasih kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bersedia menjamin keselamatannya sepanjang dalam jagaan polis.Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan bahawa beliau dibebaskan atas pertolongan perdana menteri."Saya tidak fikir begitu. Saya tidak harus masuk (lokap) kalau pelaksanaanya profesional," kata Anwar.Selain kehadiran lebih kurang 50 wartawan dan jurugambar, kira-kira 200 penyokong turut berkumpul di perkarangan rumahnya.Beberapa tokoh pembangkang yang hadir di situ termasuklah setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin; ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Dibawa Ke Hospital KL

Anwar dibawa ke hospital KL
Jul 16, 08 8:38pm


Sepuluh kenderaan polis, yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar dari bangunan ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur menuju ke hospital Kuala Lumpur - dipercayai untuk ujian DNA. Konvoi kenderaan dengan kawalan ketat itu keluar dari jam 8:35 malam dan sampai kira-kira 8.45 malam.Anwar sebelum ini memberi keterangan kepada polis enam jam mulai 2.30 petang selepas dibawa ke IPK jam 1.11 petang tadi. Beliau ditangkap sewaktu hampir tiba di kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung isu dakwaan pemalsuan laporan ketua polis negara dan peguam negara.Sementara 500 penyokong penasihat PKR masih lagi berkumpul di pinggir Jalan Hang Tuah. Mereka diketuai ahli parlimen Batu dan juga ketua penerangan parti Tian Chua.Mereka menyalakan lilin dan melaungkan slogan "reformasi."Manakala sekumpulan 50 anggota polis, termasuk berpakaian biasa, berada di seberang jalan - sebelah bangunan IPK.Malaysiakini difahamkan satu mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Anwar Ditahan Polis Bertopeng


Anwar ditahan polis bertopeng
Jul 16, 08 1:15pm


kemaskini 3:59pm Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.
Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.
Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur, sementara lebih 200 orang berada di jalan utama menuju bangunan itu, depan bekas Penjara Pudu.Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.
Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu. Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.Ahli Parlimen PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang.Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara Nair muncul dari bangunan tersebut.Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggal dari bangunan tersebut.Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut".Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar.Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini.Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
"(Pada kira-kira jam 2.40 petang, peguam) Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai tokoh antarabangsa," katanya.(Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam).
Sementara itu, pada jam 5.40 petang, peguam N Sankara Nair memberitahu, Anwar masih lagi memberi kenyataan kepada pihak polis.

Tuesday, July 15, 2008

Y.B. Datuk Ahmad Shabery Cheek ...Tahniah!



Ucapan setinggi-tinggi tahniah!

Setelah mengikuti DEBAT semalam, ternyata Y.B. Datuk Ahmad Shabery Cheek telah berjaya menyampaikan suara kerajaan Malaysia bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada saudara Anwar sendiri. Dimana perlunya sikap berganding bahu disemua peringkat, agar berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Kerana berkata-kata memang mudah bila kita berada diluar sana, namun bila kita berkesempatan untuk melaksanakan apa yang diperkatakan....kita pula tidak pernah melakukannya. Apa yang menarik ialah satu ungkapan dulu "Akan Ku Pintal Awan Nama Tun Dr. Mahathir Dan Dr. Siti Hasmah" Semoga kita tidak mudah lupa akan jasa pemimpin terdahulu, sayangi mereka seperti kita menyayangi kedua ibu bapa kita. Sesungguhnya ramai pihak perlu mengambil iktibar disebalik tragedi ungkapan tersebut, kerana ia mengingatkan kita bahawa suatu masa dulu ramai yang menangis, menghiba dan sedih tak terkata semasa Tun Dr. Mahathir menyatakan hasrat untuk bersara. Dan perkataan yang masih terngiyang-ngiyang ditelinga hingga ke hari ini ialah "Whyyy............" konon!. Hakikatnya hari ini ramai mereka itu tidak ambil peduli tentang Tun......dan "Whyyyy......"pasal beliau bukan PM lagi. Semoga Malaysia kekal menjadi "Mercu Tanda Bangsa".

Fitnah Internet,SMS Perbuatan Khianat PM

Snippets - Fitnah internet, SMS perbuatan khianat PM
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 10, 2008 10:50 AM Comments (334) TrackBacks (0) Previous Blog


Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008.Perdana Menteri mengaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;
1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
2) Keluhuran Perlembagaan
3) Kedaulatan Undang-undang
4) Kesopanan dan Kesusilaan
Dimanakah disebut "Kerajaan" dalam Rukunegara? Atau apakah pada pendapat Dato Seri Abdullah Kerajaan adalah sama dengan Raja dan Negara?Memang dalam sebuah negara demokratik, mengkritik Kerajaan menjadi satu daripada tanggungjawab parti lawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), bahkan rakyat biasa. Jika ini dianggap fitnah dan pengkhianatan, lebih baik lagi Kerajaan isytihar pemerintahan kuku besi.Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?Bohongkah Kerajaan Dato Seri Abdullah berdolak-dalik kata sesuatu hari ini, batalkan hari esok?Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga.

Polis Beri Kata Dua Kepada Anwar


Polis beri kata dua kepada Anwar
Jul 15, 08 2:09pm


Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh sehingga 2 petang esok untuk memberikan keterangan kepada polis atau menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan ditahan. Polis juga memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk penyokong bekas timbalan perdana menteri itu yang cuba menghalang polis menjalankan tugasnya, kata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin. Mohd Bakri mengadakan sidang media di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebentar tadi.Sementara itu Anwar memanggil sidang media di kediamannya jam 3 petang di Segambut Dalam, Kuala Lumpur berhubung isu kerjasama dengan polis.Penasihat PKR itu tidak hadir di IPK tersebut untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu.Peguamnya Sankara Nair berkata keputusan itu diambil sebagai membantah tindakan polis "mengganggu" kakitangan dan ahli keluarganya kelmarin walaupun Anwar bersedia hadir secara sukarela. Dakwaan "gangguan" polis itu sewaktu pihak berwajib itu cuba menyerahkan arahan hadir memberi keterangan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan dalam satu laporan polis yang dibuat pemuda itu pada 28 Jun.Akibat keengganan Anwar, Mohd Bakri semalam berkata polis sedang mengenal pasti langkah-langkah sesuai untuk merakam percakapan tokoh pembangkang itu.

Monday, July 14, 2008

Anwar Nafi Terbabit Dalam Perhimpunan



Anwar nafi terbabit dalam perhimpunan
Jul 13, 08 10:28pm



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen esok. "Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)," katanya. Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu fitnah dan menyalahguna proses undang-undang. Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut. Polis mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut. Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunan esok adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967."Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Perintah mahkamahBeliau berkata sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali. Beliau berkata polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu. Katanya notis itu ditampal di sekitar Kuala Lumpur sejajar dengan arahan bagi memberi amaran kepada orang ramai. Ahmad Sofian berkata beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' di sekitar Kuala Lumpur turut dilakukan bermula petang ini sehingga tengah malam esok. Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum. Difahamkan perhimpunan esok yang dianjurkan oleh pihak tertentu bertujuan membantah kenaikan harga minyak

Saturday, July 12, 2008

Amaran Ezam Pada Anwar


Amaran Ezam pada Anwar...
Jul 12, 08 12:00pm


Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan mantan timbalan perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat. "Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya di dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran Umno bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 malam tadi.Menurut laporan Bernama, Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.Katanya, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam Umno dan di beri habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak. Mohamad Ezam berkata beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.Beliau juga berkata, ahli-ahli Umno juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpin-pemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar. Mohamad Ezam berkata dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lalu, sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja. Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.

Pegawai Kanan Imigresen Ditahan..

Seorang lagi pegawai kanan Imigresen ditahan
Jul 12, 08 12:25pm


Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang lagi pegawai kanan Imigresen bagi membantu siasatan kes rasuah mempercepatkan pengeluaran visa pekerja asing.
Pegawai berkenaan ditahan di rumahnya, awal pagi ini, demikian menurut laporan Utusan Online.
Pegawai kanan itu dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.Semalam, BPR menahan reman tujuh orang termasuk Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don, 55, bagi kesalahan yang sama.Kesemua mereka kini ditahan reman antara empat hingga lima hari untuk membantu siasatan.Kes tersebut terbongkar berikutan aduan yang diterima BPR pada awal bulan ini yang mendakwa seorang ejen meminta bayaran RM350 daripada setiap pekerja asing untuk diberikan kepada pegawai kanan di Jabatan Imigresen.

Thursday, July 10, 2008

Siapa pengintip AS?



'Saya tak kata Anwar pengintip AS'
Jul 8, 08 12:16pm

Datuk Seri Syed Hamid Albar mendakwa sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suka meminta bantuan Amerika Syarikat dan negara luar mendorong kuasa besar itu sanggup mencampuri urusan Malaysia."Saya tidak pernah mengatakan dia pengintip. Dia yang melaporkan dan memang benar Amerika suruh kita (Malaysia) berhenti penyiasatan (tuduhan liwat). Inilah buktinya dan kalau dia fikir betul itu hak dialah," kata menteri dalam negeri. "Hak saya menyuarakan pendapat dan jangan kita ingat semua pandangan yang diberikan Anwar mesti betul." Syed Hamid kepada pemberita selepas menerima kunjungan penasihat luar Bangladesh Dr Iftekhar Ahmed Chowdhury dipejabatnya di Bangunan Parlimen semalam.Beliau berkata tindakan Anwar yang keresahan membuktikan bahawa sememangnya penasihat PKR menjadi pelapor kepada AS, lapor Bernama."Kita belum ada apa-apa lagi bukti yang mengatakan Anwar bersalah. Pasal apa yang dia bising dan menggelabah, seolah-olah dah ada bukti yang dia bersalah."Kita tak buat apa-apa. Saya kata biarlah polis siasat... bila polis selesai buat kerja mereka, kita akan tahu apa yang sebenarnya," Syed Hamid dipetik sebagai berkata.Jurucakap Jabatan Negara AS Tom Casey dalam kenyataannyabaru-baru ini berkata negara itu menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar jika ia bermotifkan politik.Anwar dalam laporan Malaysiakini menafikan dakwaan beliau pelapor kepada AS dan mencabar kerajaan membuktikan tuduhan itu.
Suka berselindung dengan kuasa-kuasa ini, walau berada dibumi sendiri....

Wednesday, July 9, 2008

Inilah penyebab mereka terus jadi pembuli........





Lihatlah kekuatan mereka,terbayangkah kita jika jet-jet pejuang ini berlegar di ruang udara Malaysia. Apa yang dapat kita lakukan? Dan apa pula kekuatan kita? Mereka tanam besi tapi kita tanam padi. Mereka sentiasa mampu mempertahankan negara, tapi mampukah kita? Jika hanya masih membeli senjata dari bekas penjajah dunia!

Isu Solat: Presiden Cuepacs...


Isu Solat : Presiden Cuepacs wajar letak jawatanDilulus terbit pada Wednesday, July 09 @ 18:50:52 MYT oleh greenboc Oleh pemudawilayah"
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal diatas kecetekan buah pemikiran yang dilontarkan oleh Presiden Cuepacs, Omar Osman (foto)terhadap cadangan Kerajaan PAS Kelantan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam dinegeri itu.Hujah beliau bahawa syarat itu akan menafikan hak kaum lain dalam menjawat jawatan di agensi Kerajaan di negeri itu membuktikan bahawa beliau sendiri tidak faham tentang dasar baru yang ingin diperkenalkan itu.
Pemudawilayah menasihatkan beliau agar tidak melatah sedemikian rupa dalam membahaskan isu ini. Apa yang diperkenalkan oleh Kerajaan PAS ini bukanlah perkara baru kerana hal ini telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat terdahulu dan Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa;
"Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan". [Al- Bukhari]
Hadis di atas menyebut dengan jelas tentang solat yang menjadi komponen kedua terpenting dalam Rukun Islam. Perkara pertama yang akan disoal diakhirat kelak adalah tentang solat, ianya tiang agama, dan bagaimana seseorang pekerja itu dapat bermanfaat pada majikan jika tiang agamanya sudah tiada.
Soal solat ini juga adalah pembuktian penting umat Islam terhadap kepercayaan mereka kepada Allah (Tuhan). Bila sebut kepercayaan maka ia juga terkandung dalam perkara pertama dalam rukun negara iaitu kepercayaan pada Tuhan.
Perkara ini bukanlah suatu gurauan kerana setiap penjawat awam wajib patuh pada rukun negara ini. Bagi mana-mana penjawat awam yang tidak patuh maka mereka boleh dipecat. Bagaimana jika seseorang penjawat awam atau pemohon itu enggan mengiktiraf kesetiaan pada Raja dan Negara, enggan memperdulikan keluhuran perlembagaan dan tidak kisah tentang kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan. Layakkah beliau untuk menjadi pegawai awam yang bekerja untuk negara dan negeri?
Arahan Kerajaan PAS ini juga adalah sebahagian dari usaha membasmi masalah rasuah dan disiplin kalangan penjawat awam yang gagal di atasi melalui kaedah semasa. Tindakan ini juga dibuat berpandukan keyakinan pada janji Allah bahawa:
"Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar". [Al-Ankabut ayat 45]
Kalau kita selidiki, kebanyakkan penjenayah yang beragama Islam atau golongan yang bermasalah di negara ini adalah dari kalangan mereka yang tidak menjaga solat.
Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ada menjelaskan bahawa;
"Mereka yang tidak menunaikan sembahyang itu menunjukkan bahawa mereka sudah tidak takut kepada Tuhan, Tuhan yang maha berkuasa, apatah lagi kepada manusia, yang sememangnya kurang berkuasa".
Maka apalah sangat yang perlu dikecohkan jika usaha ini diteruskan. Omar tidak perlu risau kerana peraturan ini hanyalah sebahagian dari peraturan yang boleh dimasukkan dalam senarai peraturan tatatertib kakitangan awam.
Jika Kerajaan sebelum ini melalui JPA menguatkuasakan arahan yang tidak logik dalam peraturan berkenaan seperti tidak membenarkan pegawai Pengurusan dan Profesional terlibat dalam politik dalam negara 'demokrasi' ini, apa salahnya jika Kerajaan PAS memasukan arahan yang lebih logik seperti solat ini.
Peraturan ini juga hanya terhad kepada kakitangan yang beragama Islam dan mereka yang bukan beragama Islam masih tertakluk pada peraturan sedia ada.
Diharapkan Omar sedar bahawa beliau masih lagi seorang muslim dan wajib untuk menyokong cadangan ini dengan akal fikiran bukan membantah membuta tuli hanya kerana ingin jadi hero kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Beliau seharusnya meminta maaf dan meletakkan jawatan sebagai Presiden Cuepacs kerana apa yang beliau ucapkan itu adalah sesuatu perkara yang amat memalukan ramai penjawat awam, khususnya dari kalangan mereka yang beragama Islam.
Berhubung persoalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam yang khuatir tentang mekanisma perlaksanaan peraturan ini. Perkara tersebut tidaklah terlalu sukar. Sekiranya peraturan itu dikuatkuasakan, dengan sendirinya mereka yang solat akan solat. Mereka yang tidak solat sudah awal-awal lagi tidak diambil bekerja.
Bagi kakitangan sedia ada, mereka akan ikut kerana ianya sudah jadi peraturan. Setiap kali azan, ketua jabatan akan bertanggungjawab memastikan kakitangannya berada di surau dan masjid.
Kalau susah juga, kad perakam waktu solat boleh diperkenalkan sebagaimana kad perakam waktu kehadiran. Tetapi itu adalah pilihan yang mungkin tidak akan digunakan kerana di kelantan sekarang ini kebanyakkan kakitangannya adalah mereka yang solat 5 waktu.
Kewujudan peraturan ini hanyalah sebagai penegasan dan mendidik disiplin kakitangan, khususnya bagi mereka yang baru berhasrat menyertai kakitangan awam di Kelantan.
Pemudawilayah secara keseluruhannya menyokong cadangan ini dan berharap ianya dapat dilaksanakan dengan segera dan menjadi contoh bagi negeri lain.

Herman SamsudeenKetua PeneranganDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Monday, July 7, 2008

Kesempatan Dalam Kehancuran


Semakin ramai peserta maka semakin banyak baju yang terjual.

Perhimpunan rakyat di Kelana Jaya
Jul 6, 08 10:22am



Perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak bermula kira-kira jam 10.15 tadi dengan ucapan penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.
Pada jam 10.20 pagi tadi, terdapat kira-kira 5,000 dalam Stadium Kelana Jaya. Jumlahnya semakin bertambah kerana orang ramai sedang masuk ke dalam stadium.
Jumlah orang ramai meningkat kepada kira-kira 10,000 pada kira-kira jam 12.30 tengahari.
Mereka memakai baju-T berwarna merah yang tertera dengan tulisan Protes sampai turun dan gambar pam minyak.

Kita sibuk bergaduh dan bertelagah ada pihak yang sibuk mengaut untung dan menggumpul harta, andaikan kemenangan dipihak kita tetapi rupanya kita hanya menang sorak hakikatnya kampong tergadai...........




Penonton Mengamuk Penyanyi Tunjuk Punggung

Penonton 'mengamuk' penyanyi tunjuk punggung
Abdul Rahim Sabri & JImadie Shah Othman Jul 6, 08 7:58pm


Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Carburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya.Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka.Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.


Sangat berharap agar penganjuran seperti itu dihentikan terus di Malaysia ini, sebab tiada sedikit pun akan menyumbang kepada pembangunan bangsa. Sepatutnya banyak pihak yang sedar akan situasi ini, masa 7 malam sepatutnya kita nak bersiap untuk solat magrib. Tetapi perkara ini berlaku disebaliknya khususnya kepada penonton yang seramai kira-kira 2000 orang, tertanggungkah dosa itu oleh pihak penganjur kerana membawa sikap leka dan alpa. Kepada Hishammuddin Rais, apakah tindakan dan kesanggupan untuk bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Sangat mudah untuk untuk berkata "bertanggungjawab di atas apa yang berlaku" walaupun kita adalah penganjur kerosakan untuk bangsa dan agama sendiri........


INI ADALAH PETUNJUK BAHAWA ALLAH TIDAK MERESTUI CARA KITA MENYELESAIKAN MASALAH SEPERTI INI..........

Saturday, July 5, 2008

Boikot Produk Amerika!!!

BOIKOT PRODUK AMERIKA
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
KERANA DASARNYA YANG SUKA CAMPUR TANGAN
DAN SUKA MENGHANCURKAN UMAT DAN BUMI ISLAM.

JANGAN MAKAN!!!


JANGAN MINUM!!!

KERANA KITA AKAN MENOLONG MEREKA

MEMUSNAHKAN ISLAM.....

Friday, July 4, 2008

Memang Bala...........

Riak wajah mencerita kan segala gala nya .....
Imej di bawah adalah pada Hari pertama, ketika Akuan Sumpah bersama Anwar Ibrahim,




Hari ke 2, Akuan bersumpah bersama peguam, menolak akuan pertama ....

Korang nilai kan lah ..... Hanya Bala dan mereka mereka yang tertentu yang tahu apa masalah yang di hadapi ketika itu. Politik malaysia sudah di tahap kritikal.

Adalah lebih baik untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka yang membuat akuan bersumpah palsu, kerana ini akan dijadikan contoh dengan lebih ramai yang tampil untuk memperlekehkan akuan bersumpah itu.

Thursday, July 3, 2008

Wajah Pemimpin Yang Dirindui........


SEMOGA ADA PENGGANTI UNTUK WAJAH INI.

Kontrak Sosial

KONTRAK SOSIAL
Tun Dr. Mahathir Mohamad

1. Banyak yang diperkatakan berkenaan Kontrak Sosial di Malaysia2. Mungkin ada baiknya kita cuba faham akan konsep ini sebelum kita berbahas dengan lebih lanjut.

3. Jika kita kaji asal usul kontrak sosial kita akan dapati bahawa ianya adalah satu konsep bangsa Eropah yang diketengahkan para falsafah Eropah. Yang termasyhur adalah Socrates, ahli falsafah berbangsa Greek yang telah dipenjarakan dan disabitkan hukuman bunuh.

4. Beliau enggan lari dan berhijrah ke bandar Greek yang lain kerana beliau percaya bahawa ia terikat dengan kontrak sosial untuk hidup berlandaskan undang-undang Athens di mana dianya dilahir dan dibesarkan dan mendapat manfaat daripada undang-undang tersebut.

5. Sebelum adanya kontrak sosial ini, manusia dikatakan hidup di dalam Keadaan Semulajadi, dimana tidak ada undang-undang untuk mentadbir perhubungan antara individu dalam masyarakat primitif yang kecil. Yang ada hanyalah undang-undang "belantara" dimana yang kuat selalunya benar.

6. Apabila masyarakat berkembang terdapat keperluan undang-undang bagi mentadbir perilaku sesuatu masyarakat. Setiap warganegara komited terhadap perlunya hormat dan akur pada undang-undang. Pemahaman ini merupakan kontrak sosial walaupun tidak terdapat apa-apa pengakuan untuk hormat dan akur terhadap undang-undang secara lisan mahupun bertulis. Ini pandangan Socrates. Para falsafah selepasnya memperluaskan konsep ini tetapi tidak pernah ada keperluan untuk kontrak secara formal.

7. Bangsa Greek dikatakan mengamalkan bentuk Kerajaan demokratik. Tetapi rakyat yang behak menyertai Kerajaan dihadkan kepada lelaki dewasa yang waras. Wanita, kanak-kanak, hamba abdi, tahanan, penjenayah dan warga asing tidak diberi hak sebagai warganegara dan tidak boleh memain peranan dalam kerajaan.

8. Sebahagian besar tamadun Eropah berasas kepada tamadun Greek. Tetapi apabila masyarakat berkembang besar adalah mustahil untuk mereka membuat penyertaan secara langsung didalam Kerajaan.

9. Pada satu peringkat, demokrasi ditolak dan sistem feudal diterima di mana raja memerintah dengan penuh hak ketuhanan. Ini merupakan bentuk Kerajaan yang terdapat di Asia. Bagaimanapun, ketaatan rakyat kepada Raja juga merupaka satu bentuk kontrak sosial.

10. Kemudian feudalisme digantikan dengan sistem republik iaitu mengembalikan kepada rakyat kuasa Kerajaan.

11. Pelbagai bentuk republik telah wujud, setiap satunya dengan undang-undang dan peraturannya tersendiri berkenaan kerajaan Negara tersebut. Walau apa pun bentuknya, undang-undang dan peraturan-peraturan, setiap warganegara terikat dengannya. Tidak ada kontrak bertulis tetapi bagi orang asing yang menerima hak warganegara, pada lazimnya akan ada perakuan formal untuk menturuti sistem dan undang-undang Kerajaan Negara itu.

12. Selepas menjadi warganegara, anak mereka akan secara automatik dianggap sebagai warganegara dan sebagai warganegara mereka tidak perlu bersumpah kesetiaan kepada Negara berkenaan secara formal. Hak ini adalah melalui jus sanguinis, iaitu melalui pertalian darah.

13. Kewarganegaraan juga boleh diperolehi dengan cara dilahirkan didalam Negara itu atau jus soli. Ini boleh disediakan oleh undang-undang Negara itu.

14. Samada kewarganegaraan diperolehi melalui jus sanguinis atau jus soli, kontrak sosial masih diguna pakai walaupun tiada pengakuan sumpah secara formal.

15. Yang jelas, kontrak sosial adalah kefahaman secara umum seseorang warganegara untuk menghormati dan akur kepada undang-undang dan institusi sesebuah negara. Kontrak Sosial ini tidak terhad kepada mengurus perhubungannya dengan negara, Kerajaan dan institusi, tetapi juga perhubungannya dengan rakan senegaranya yang lain.

16. Saya akan menulis berkenaan kontrak sosial dan kesannya terhadap Malaysia selepas menerima komen terhadap rencana saya yang ini.

Pemuda Sokong Forum Kontrak Sosial

Pemuda sokong forum kontrak sosial
Jul 2, 08 8:40pm


Pemuda MCA menyokong penuh dan mengucap tahniah kepada Majlis Peguam kerana menganjurkan dengan jayanya forum kontrak sosial hujung minggu lalu. "Forum rasional seumpama itu memberikan maklumat dengan objektif untuk menerangkan sejelas-jelasnya kandungan dan semua mengenai perkara itu seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan," kata pengerusi Biro Undang-undangnya, Gan Ping Sieu.Beliau juga berkongsi pandangan bahawa "semua rakyat Malaysia berpengetahuan dan cukup matang untuk membincangkan secara terbuka sebarang perkara berkaitan dengan perlembagaan"."Sesiapa yang mahu menghalang atau membantah forum seumpama itu sebenarnya bertindak bertentangan dengan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sehubungan itu, Gan berkata, biro tersebut kecewa dengan kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang ingin mengambil tindakan terhadap Majlis Peguam sebagai penganjur forum tersebut pada 28 Jun lalu.Gan mengulas kenyataan Syed Hamid itu di akhbar kelmarin."Syed Hamid juga dilaporkan berkata bahawa polis boleh memulakan siasatan jika aduan mengenai hasutan dibuat terhadap Majlis Peguam," katanya.
Ketuanan MelayuGan berkata, kedudukan istimewa orang Melayu jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa "membincangkan proses mendraf perlembagaan, termasuk latar belakang sejarahnya, dan sebab-sebabnya, tidak harus ditafsirkan sebagai mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu"."Rakyat dinasihatkan supaya memahami dengan jelas kandungan Artikel 153," tambahnya.Gan menegaskan, Artikel 153 mesti dibaca bersama dengan Artikel 153 (7) "Tiada apa-apa dalam Perkara ini boleh berkuatkuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak" dan Perkara 153 (8) yang berbunyi "tiada undang-undang sedemikian... melucut atau memberi kuasa melucut apa-apa hak...".Menurut Gan lagi, apabila sesebuah pertubuhan atau badan mengadakan forum untuk membincang Perlembagaan Persekutuan dan ikhlas dalam perbincangan itu yang dibuat secara objektif dan rasional serta tidak memutarbelitkan fakta, maka forum seumpama itu mesti diterima oleh setiap orang.Berhubung kenyataan-kenyataan yang mengkritik forum tersebut seperti dilaporkan media, beliau berkata, ia bukan sahaja menunjukkan kurangnya semangat bertolak-ansur, tetapi ia juga tidak membantu negara mencapai matlamat keharmonian kaum."Ia juga tidak menghormati perbincangan rasional dalam kalangan ahli akademik dan masyarakat perundangan dan juga gagal mendidik masyakarat," katanya.Katanya, dakwaan bahawa forum kontrak sosial itu seperti mahu mengetepikan ketuanan Melayu menunjukan bahawa mereka kurang yakin dan tidak faham sepenuhnya matlamat ia diadakan.

Najib Dituduh Bersama Altantuya



Najib dituduh bersama Altantuya
Jul 3, 08 12:40pm

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu, yang dibunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda bahawa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hasaan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan Abdul Razak.Dan beliau turut mendedahkan bahawa bahagian yang mengaitkan Najib dalam kes tersebut, telah dibuang oleh pihak polis dari kenyataan beramarannya, untuk melindunginya.Hantar SMSBalasubramaniam adalah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya, yang datang ke Malaysia pada tahun 2000 untuk menyelesaikan beberapa isu dengan Abdul Razak.Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor.Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam berkata, beliau diberitahu oleh Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari dia ditahan berhubung pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan dari Najib yang menyatakan beliau telah bercakap dengan KPN.Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa perkara itu akan diuruskan oleh KPN.Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberiahu semua itu kepada pihak polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.Laporan polisBalasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib.Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa.Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama KPN Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut dan ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya mereka-reka bukti dalam perbicaraannya 10 tahun yang lalu.Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan sebarang kaitan dengannya.