Monday, January 12, 2009

Boikot USA / Israel


USA / ISRAEL
Dua buah negara pembunuh dan pemusnah
nombor satu dunia. Boikot mereka
demi sebuah dunia yang aman.

Thursday, January 8, 2009

Tanah Perkuburan Runtuh di Sandakan

Tanah perkuburan orang-orang islam yang runtuh pada
05 Januari 2009. Tanah perkuburan ini terletak di kampong Sim Sim
Sandakan serta melibatkan hampir 100 buah kubur.
Orang ramai serta waris-waris yang terlibat turut berada di lokasi.
Antara batu nisan yang berada di atas jalan raya selepas
terjadinya tanah runtuh.

Apa yang di kenal pasti selain faktor hujan yang menyebabkan
kejadian tanah runtuh ini ialah faktor kepadatan.
Kepadatan yang berlebihan telah menyebabkan struktur tanah menjadi tidak setabil,
kedudukan tanah seperti ini memudahkan berlakunya tanah runtuh.
Runtuhan seperti ini telah menyukarkan prosas mengenal pasti
oleh waris-waris.

Runtuhan tersebut hampir menutup keseluruhan jalan sebelum ianya ditutup
sepenuhnya oleh pihak berkuasa bagi memudahkan kerja-kerja
pembersihan dilakukan.
Ini antara perkuburan yang masih baru dan
tidak lebih dari 15 hari.

Bas sekolah yang rosak akibat runtuhan tersebut.








Wednesday, January 7, 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL



Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan menyenangi engkau,sehinggalah engkau mengikut agama mereka.Katakanlah,sesungguhnya petunjuk Allah itu ialah sebenar-benar petunjuk.Demi,jika engkau mengikut kemahuan mereka,setelah engkau mendapat pengetahuan tiada bagi engkau pelindung dan pelindung dari seksa Allah.(Al-baqarah:120)


Monday, January 5, 2009

Krisis Kemanusiaan di Gaza









'Krisis kemanusian' di Gaza
Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendakwa terdapat hanya 10 kedai roti yang masih beroperasi di bandar itu kerana kekurangan tepung gandum dan petrol.Menurut seorang koordinator kemanusiaan agensi dunia itu berkata generator tambahan untuk menerangi wad-wad elektrik di hospital Shifa akan berakhir dalam masa lima hari lagi kerana kekurangan bahan bakar tersebut. Agensi itu mendakwa telah menghantar bantuan 75,000 ribu liter minyak ke Gaza. Namun kurang separuh daripada jumlah tersebut dapat dihantar kerana pemandu lori tangki takut membawanya di atas jalan raya.Bagaimanapun kerajaan Israel menolak dakwaan bahawa Semenanjung Gaza berada dalam "krisis kemanusiaan".Pemangku perdana menterinya, Ehud Olemert memberitahu selepas mesyuarat kabinet bahawa negaranya tidak akan membenarkan krisis tersebut berlarutan.Sementara itu, menurut laporan AFP, serangan Israel di Gaza mendapat bantahan dan kecaman daripada penduduk seluruh dunia termasuk di Turki, Maghribi, Beirut dan Iraq serta di negara-negara Eropah seperti Greece, Perancis, Norway dan di Kanada.Ahad lalu, di Istanbul, kira-kira 700,000 penunjuk perasaan membantah serangan Israel terhadap penduduk Gaza. Pelbagai bentuk kecaman dilahir oleh penunjuk perasaan mengecam tindakan zalim tersebut.






87 Kanak-kanak Terkorban di Gaza

















87 kanak-kanak terkorban di Gaza
Berpuluh-puluh keluarga menaiki kereta dan trak meninggalkan bandar Gaza dan pekan-pekan kecil di utara - di mana pertempuran hebat berlaku antara tentera Israel dan pejuang Hamas.Menurut Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Gaza mengesahkan bilangan penduduk bandar itu yang terkorban kini mencecah kira-kira 512 orang sejak Israel melancarkan serangan sejak 27 Disember lalu.Serangan di Gaza yang berlarutan lapan hari lalu dihalakan untuk melumpuhkan jentera serangan Hamas - sebuah pergerakan Islam yang turut melancarkan serangan roket terhadap Israel.Pihak hospital turut mengesahkan serangan awal pagi Isnin itu mengakibatkan kira-kira 87 kanak-kanak terkorban. Tidak kurang juga ada penduduk teraduk wanita mengalami kecederaan dalam serangan udara yang dilancarkan.Ketua Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Gaza, Moawiya Hassanein, menjelaskan kemusnahan berlaku dengan teruk sehingga menyukarkan ambulan memberi bantuan kepada mangsa yang cedera atau terkorban.Bekalan makanan semakin berkurangan, malah kedai-kedai yang menjual makanan di bandar telah kehabisan makanan menyebabkan rakyat terpaksa keluar daripada tempat perlindungan untuk mencari makanan.Program Makanan Sedunia menumpukan untuk menghulurkan bantuan makanan seperti biskut dan makanan bertin kerana kebanyakan penduduk kehabisan bahan bakar.



Korban di Gaza






Korban di Gaza meningkat lebih 500 orang
Abdul Rahim Sabri Jan 5, 09 6:31pm

Pertempuran sengit antara tentera Israel dan pejuang-pejuang Hamas dan dentuman bom yang memecah kesunyian awal pagi Isnin, dilaporkan berlaku di Zeitun, sebuah bandar Gaza menuntut penduduknya mencari tempat perlindungan.Bekalan elektrik di jalan raya dan rumah penduduk diputuskan telah menimbulkan ketakutan kepada penduduk sehingga memaksa mereka mencari tempat perlindungan yang lebih selamat."Kehidupan kami dipenuhi dengan ketakutan," kata Abdelrahim Malaka, seorang penduduk di bandar ini."Kami merayu bantuan dari seluruh dunia dan selamatkan kami daripada kekejaman Israel. Apa dosa anak-anak Palestin sehingga rumah mereka di bom?".Manakala seorang lagi penduduk di bandar itu Abu Abed al-Safadi turut melahirkan rasa ketakutan penduduk di situ kerana mereka berhadapan dengan kematian bila-bila masa."Kami nampak seorang jiran wanita mengibarkan bendera putih tetapi askar Israel masih menembak mereka. Kami tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka," tambah Abu Abed.Dalam serangan kira-kira seminggu lalu, ribuan rumah kediaman penduduk dilaporkan mengalami kemusnahan dan kerosakan apatah lagi mereka terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk.