Saturday, July 26, 2008

Tahniah DBKL Batalkan Konsert Inul

Ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista
persembahannya ‘Goyang Gerudi’ tidak diterima di Indonesia
kenapa pula Malaysia perlu menerimanya.
Inul perlu melihat dan bertanya pada diri sendiri dimana silapnya.

Tahniah DBKL Batalkan Konsert Inul

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan permit konsert ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista yang dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Ahad ini. Pengarah Urusan IMS Prima Sdn. Bhd., Nasir Abu Bakar berkata, pembatalan yang dibuat sangat mengecewakan syarikat kerana Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) telah meluluskan penganjuran konsert tersebut. Beliau berkata, ekoran pembatalan dua kali berturut-turut persembahan Inul selepas konsert Inul Live In Johor Bahru yang menerima nasib serupa minggu lalu, syarikatnya kini mengalami kerugian terkumpul RM800,000. Jelas sekali penganjuran seperti ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan tidak mementingkan sedikit pun tentang kesan nilai buruk yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia khususnya bagi golongan muda. Bagi syarikat penganjur kerugian mereka hari ini boleh dinilai dengan wang ringgit, tetapi kesan untuk negara adalah jangka masa panjang. Nasir harus terima pembatalan ini kerana menurut DBKL alasan pembatalan tersebut ialah kerana keselamatan dalam negara. Namun yang sebaik-baiknya pembatalan tersebut adalah untuk menghalang nilai buruk yang cuba dimasukkan ke dalam negara oleh bangsa sendiri. Kepada Nasir diharap hentikanlah usaha-usaha yang sedikit pun tidak menguntungkan bangsa.

No comments: