Thursday, July 31, 2008

Selamat Hari Pahlawan 2008

Selamat Hari Pahlawan

Perjuangan Belum Selesai
Nukilan Tun Dr. M

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsa ku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina

Airmata tiada ertinya
Sejarah silam tiada makna sekiranya
Bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara, mengharung sejuta harapan

Biarkan bertatih
Asalkan itu yakin dan cermat
Bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
Airmata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar
Dari bermandi darah dan keringat menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Jika bangsa asyik mengia dan menidakkan
Mengangguk dan membenarkan
Kerana sekalipun bangganya negara oleh makmur dan
Mewahnya
Bangsaku masih melata
Dan meminta-minta di negara sendiri
Bukan kecil tugas meneruskan perjuangan kemerdekaan
Kerana rupanya mengisi kemerdekaan itu lebih jauh susah

Bangsaku bukan kecil kati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut
Pengembara malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
Menjadi pedagang dan peniaga,
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudra,

Menjajah dunia yang tak dikenal,
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Dimanakah silapnya hingga bangsaku
Berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam
Dan sejarah gemilang membina empayar?

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdekaan dan mengisinya
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan muda kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercutanda
Bangsanya yang berjaya.

No comments: