Monday, February 29, 2016

Tun Dr. Mahathir Mohamad umum keluar UMNO

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta merta bersama isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, di sini, hari ini.
Beliau yang pernah membuat pengumuman sama pada 2008 berkata, keputusan itu dibuat kerana berpandangan UMNO sebagai parti sudah tidak wujud, sebaliknya untuk kepentingan seorang individu sahaja.
"Saya tidak boleh menjadi ahli bagi parti macam ini. Dari dulu UMNO bersusah payah untuk membangunkan negara, bukan untuk kepentingan seorang individu sahaja.
"Dalam hati saya masih UMNO. Saya sayangkan parti ini dan saya tidak akan menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baru," katanya.
Dr Mahathir berkata, keputusan itu diambil tanpa perbincangan dengan mana-mana pihak dan ia adalah keputusan beliau sendiri.
Menurutnya, surat rasmi mengenai tindakan keluar parti itu akan diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119065#sthash.MWbtRgus.dpuf

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta merta bersama isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, di sini, hari ini. Beliau yang pernah membuat pengumuman sama pada 2008 berkata, keputusan itu dibuat kerana berpandangan UMNO sebagai parti sudah tidak wujud, sebaliknya untuk kepentingan seorang individu sahaja."Saya tidak boleh menjadi ahli bagi parti macam ini. Dari dulu UMNO bersusah payah untuk membangunkan negara, bukan untuk kepentingan seorang individu sahaja."Dalam hati saya masih UMNO. Saya sayangkan parti ini dan saya tidak akan menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baru," katanya. Dr Mahathir berkata, keputusan itu diambil tanpa perbincangan dengan mana-mana pihak dan ia adalah keputusan beliau sendiri. Menurutnya, surat rasmi mengenai tindakan keluar parti itu akan diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta merta bersama isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, di sini, hari ini.
Beliau yang pernah membuat pengumuman sama pada 2008 berkata, keputusan itu dibuat kerana berpandangan UMNO sebagai parti sudah tidak wujud, sebaliknya untuk kepentingan seorang individu sahaja.
"Saya tidak boleh menjadi ahli bagi parti macam ini. Dari dulu UMNO bersusah payah untuk membangunkan negara, bukan untuk kepentingan seorang individu sahaja.
"Dalam hati saya masih UMNO. Saya sayangkan parti ini dan saya tidak akan menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baru," katanya.
Dr Mahathir berkata, keputusan itu diambil tanpa perbincangan dengan mana-mana pihak dan ia adalah keputusan beliau sendiri.
Menurutnya, surat rasmi mengenai tindakan keluar parti itu akan diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119065#sthash.MWbtRgus.dpuf
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta merta bersama isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, di sini, hari ini.
Beliau yang pernah membuat pengumuman sama pada 2008 berkata, keputusan itu dibuat kerana berpandangan UMNO sebagai parti sudah tidak wujud, sebaliknya untuk kepentingan seorang individu sahaja.
"Saya tidak boleh menjadi ahli bagi parti macam ini. Dari dulu UMNO bersusah payah untuk membangunkan negara, bukan untuk kepentingan seorang individu sahaja.
"Dalam hati saya masih UMNO. Saya sayangkan parti ini dan saya tidak akan menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baru," katanya.
Dr Mahathir berkata, keputusan itu diambil tanpa perbincangan dengan mana-mana pihak dan ia adalah keputusan beliau sendiri.
Menurutnya, surat rasmi mengenai tindakan keluar parti itu akan diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119065#sthash.MWbtRgus.dpuf

Sunday, February 28, 2016

Kita akan rebah jika kita dikelilingi SI PENGAMPU.....

Pemimpin apabila membiarkan rakyat yang baik dalam kesusahan, sementara golongan yang tamak lagi mengampu ‘penuh kantong’ dan kekenyangan lagi mewah, maka negara akan rosak. Penentangan terhadap pemimpin akan berlaku dari rakyat bawahan yang tertindas dan golongan tamak yang mula ‘besar kepala’.
Dengarlah apa nasihat Khalifah Mu’awiyah r.a. kepada ‘Amr bin al-As yang sedang berangkat menuju ke Mesir untuk menjadi pemimpin di sana. Kata Mu’awiyah:  
“Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yang kenyang. Sesungguh yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang”
(Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).

Lebih buruk lagi para pengampu ini apabila melihat seseorang pemimpin akan jatuh atau rebah, mereka akan lari mencari dahan baru untuk berpaut. Maka, pemimpin yang diampu akan menjadi raja telanjang berseorangan, sementara yang mengampu akan menyembunyikan diri di belakang atau melarikan diri dan meletak jawatan. Maka berhati-hati wahai pemimpin dengan para pengampu anda. Seakan perangai syaitan seperti yang disebut dalam al-Quran:
(maksudnya) (Sikap kaum munafik) itu samalah seperti syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “kufurlah kamu!” setelah orang itu kufur, berkatalah syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!
(Surah al-Hasyr: 16).

Dalam ayat lain Allah berfirman:
(maksudnya) Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”
(Surah al-Anfal: 48).

Saturday, February 27, 2016

Taklimat " Projek Rintis Menternak Kambing Berkelompok"


Asalam dan salam sejahtera, makluman tuan/puan yang berkelapangan dijemput hadir untuk sesi taklimat dan penyerahan dokumen perjanjian "Projek Rintis Menternak Kambing Berkelompok" pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 28.02.2016
Masa : 10.00 am
Tempat : Dewan Serbaguna Perpustakaan Cawangan Sandakan.

Juga diadakan sesi dialog antara peserta dengan Bumi Hijau. Semoga usaha kecil kita hari ini dapat menghasilkan kejayaan di masa hadapan.....terima kasih.




Friday, February 26, 2016

PESANAN TERAKHIR MR. STEVE JOBS


MR. STEVE JOBS Pengasas Apple (iPhone, iPad, iPod),

"Saya sudah pun mengecapi semua kejayaan dalam dunia perniagaan.

Pandangan orang lain, hidup saya adalah SEMPURNA!
Walau bagaimanapun, selain dari bekerja setiap hari, sebenarnya saya mempunyai hanya SEDIKIT kegembiraan. Akhirnya, "kekayaan" hanyalah yg saya kejar dalam kehidupan saya.

Pada ketika ini, saya berbaring di atas katil sebagai pesakit dan mengimbas kembali seluruh hidup saya, saya sedar bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang saya sangat bangga selama ini telah sebenarnya akan menjadi sia-sia ketika menghadapi kematian.

Masa untuk "pergi" semakin tiba,..
Sekarang baru saya sedar!, apabila saya telah mengumpul kekayaan (Billion Ringgit) yang sangat mencukupi untuk menyara seumur hidup keluarga saya, saya terlepas pandang bahawa, realitinya dalam kehidupan kita perlu meneruskan perkara-perkara lain yang TIDAK berkaitan dengan KEKAYAAN semata-mata .... TIDAK SALAH MENJADI KAYA, TAPI HARUS SEIMBANG

Jika anda Tanpa henti mengejar "kekayaan" semata-mata, anda hanya akan bertukar menjadi seorang makhluk seperti saya.

Tuhan telah memberikan kita deria untuk merasa rasa cinta dan kasih sayang ikhlas dengan orang disekeliling kita, dan itu lah yang kita perlu hargai.

Ya, saya memang kaya! Dan saya SUKSES dalam hidup saya, namun semua ini saya tidak boleh dibawa ke akhirat bersama saya!

Apa yang saya boleh bawa hanyalah kenangan , dan peristiwa yang dicetuskan oleh "CINTA & KASIH SAYANG"

Itulah harta yang sesungguhnya yang akan BERSAMA ANDA, menemani anda, memberi anda kekuatan dan HARAPAN untuk HIDUP!
"DENGAN CINTA DAN KASIH SAYANG" anda boleh melakukan perjalanan jauh walaupun seribu batu. Hidup anda tidak mempunyai Batas! Pergi sahaja di mana anda mahu pergi. Mencapai ketinggian yang anda ingin kecapi!

Tahukah anda, Apakah katil yang paling mahal di dunia? - jawapannya "Katil Pesakit" ...

Anda boleh mengambil pekerja untuk memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda, TETAPI anda TIDAK BOLEH membayar seseorang untuk menanggung penyakit itu untuk anda.

Jika anda hilang sesuatu Kebendaan, anda boleh mendapatkannya semula. Akan Tetapi ada satu perkara yang tidak boleh didapati apabila ia hilang, iaitu - "Kehidupan Sebenar".

Apabila seseorang masuk ke dalam bilik pembedahan, dia akan sedar bahawa terdapat satu perkara yang masih belum lakukan , iaitu "Kehidupan yang Sihat".

Mana-mana peringkat dalam kehidupan kita sejajar dengan peredaran masa, anda perlu tahu, kita akan Pergi juga suatu hari nanti

"HARGAILAH KASIH SAYANG" keluarga anda, cinta kepada pasangan anda, AKRAB untuk rakan-rakan anda ...
Belai diri anda dengan baik. Hargailah orang lain"

-Steve Jobs

Thursday, February 25, 2016

Pemain Negara pertimbang untuk saman Ola Bola kerana menukar fakta.


Pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow mengugut akan menyaman Ola Bola atas dakwaan filem popular itu menukar fakta.

Khalid Ali berkata tindakan undang-undang itu akan dibuat terhadap penerbit filem itu, yang mengaut kutipan belasan juta ringgit, selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa bekas pemain.

“Mana boleh fakta sejarah ditukar sewenang-wenangnya. Contohnya watak Ali (dalam filem) adalah saya dan dalam filem itu saya menjaringkan gol kemenangan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

“Walhal bukan saya, tetapi James Wong serta kita menang dengan 2-1 bukannya lain daripada itu. Mereka mesti menghormati sejarah dan perlu bertanggungjawab ke atasnya.”

Seorang lagi pemain negara zaman itu Hassan Sani juga mendapati beberapa fakta berkenaan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan pada ketika itu telah diubah.
Jaringan gol ketika Malaysia menumpaskan Korea Selatan dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 ialah dua gol berbalas satu tetapi dalam Ola Bola keputusannya 3-2.

Tambahnya, pemain yang menjaringkan gol kemenangan memakai jersi nombor 9 dan bukannya pemain jersi nombor 10 seperti dipaparkan dalam filem.



Gol itu dihasilkan melalui rembatan Wong setelah menerima hantaran lintang dari Hassan di kotak penalti Korea Selatan.

Wong juga dilaporkan berkata fakta sejarah pasukan Malaysia tahun itu tidak boleh diubah kerana ia boleh mengelirukan generasi muda.

Sejak ditayangkan pada 28 Januari lalu, Ola Bola dilaporkan mengutip RM12 juta setelah 18 hari tayangan.

Jumlah kutipan filem arahan Chiu Keng Guan yang masih ditayangkan dijangka bertambah. Filem arahannya The Journey mengutip RM17.3 juta pada 2014.

Datuk Mohd Kazim Elias memohon maaf


Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memohon maaf kepada isteri dan anak-anaknya kerana kurang mempunyai masa untuk bersama dengan mereka hingga beliau terlantar sakit.

“Buat keluarga saya minta maaf, buat anak-anak ayah minta maaf sebab sangat kurang masa kita bersama. Harap anak-anak ayah faham,” luahnya menerusi status terbaru di Facebook milik beliau.

Sambil meluahkan perasaan rindu untuk kembali berjumpa dengan orang ramai seperti majlis ceramahnya sebelum ini, Mohd Kazim turut memaklumkan mengenai perkembangan terbaru kesihatannya.

Katanya, beliau kini sedang mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital di Ipoh, Perak selepas diserang sakit jantung di Kelantan dan mengaku keadaan dirinya sekarang tidak berapa baik.

“Semalam sekitar jam 1 petang saya sangat tidak selesa, penat sangat-sangat, dada pedih dan berdebar dengan kuat. Sampai saat ini saya masih tidak boleh bercakap dengan baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap.

“Selepas kena serangan jantung di Kelantan, doktor memaklumkan tiga saluran arteri tersumbat 99 peratus, 90 peratus dan 50 peratus.

“Ada dua lagi saluran arteri yang belum diletakkan stent. Angiogram akan dibuat selepas jantung saya stabil,” katanya.

Dalam pada itu Mohd Kazim mahu agar pusat pengajian agamanya, Al Barakah tetap diteruskan sekiranya berlaku apa-apa kepadanya.

Katanya, pusat itu merupakan jiwanya dan berharap ia akan tetap diteruskan dan tidak ditutup...

Bunga Ratu Pari





Bunga Mukmin juga dipanggil Bunga Ratu Pari tumbuh di kawasan pergunungan Nepal. Ianya telah digunakan sebagai penawar sejak berkurun dahulu dan air rendamannya telah menjadi penawar pada pelbagai penyakit. Bunga ini bukanlah satu jenis ubat, tetapi lebih merupakan minuman penawar yang boleh diamalkan sebagai satu  alternatife kepada ubat-ubatan moden hari ini.



Jika diamalkan minum rendaman Bunga Ratu Puri sebanyak 3 kuntum dan diminum sebanyak 2 hari sekali, insyaAllah mereka yang mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis, gaut dan masalah berat badan akan dapat merasa perubahannya. Khasiatnya  juga membantu membuang toksid dalam badan, membantu memulihkan tenaga, menghilangkan bias-bisa dalam tubuh dan menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit urat, lenguh dalam badan, lemah tenaga batin, kebas, sakit kepala, pitam, melancarkan pembuangan air kecil, batu karang, gestrik, demam kuning, wanita lepas bersalin dan buasir.