Tuesday, February 24, 2009

Islam Terus Ditekan.........

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?


Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...


....tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"


Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya


...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?


Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...

...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
BEGITULAH TAKUTNYA MEREKA KEPADA KEBANGKITAN ISLAM.......

Monday, February 9, 2009

Awas ! ' Bible ' Versi Arab

DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR .....

Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih..... rambut yang tersisir rapi.... membela sedikit janggut dan bertali leher.. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam. Sekian..

SILA SEBARKAN RISALAH INI

Sunday, February 8, 2009

Pembakaran Bunga Api..??

video

Tanpa rasa bersalah atau segan silu pada pihak berkuasa, aktiviti pembakaran bunga api secara terbuka dan terang-terangan oleh sebilangan masyarakat yang menyambut Tahun Baru Cina tahun 2009. Setiap malam hampir berpuluh tempat yang melakukan aktiviti ini, dapat dilihat di mana-mana khususnya di bandar Sandakan Sabah. Walaupun hakikatnya memiliki, mengedar atau menjual bunga api, adalah menjadi kesalahan di negara ini. Namun kelihatan seperti ada ruang atau peluang untuk menghalalkan apa yang diharamkan oleh pihak berkuasa. Undang-undang diperlekeh oleh pihak-pihak tertentu khususnya bagi mereka dari golongan berada yang mampu menangkis undang-undang melalui jumlah Ringgit Malaysia. Penguatkuasaan hanya bermusim yang menyebabkan ada rakyat merasa muak, undang-undang yang tak telus untuk semua peringkat lapisan masyarakat. Apa yang dijangkakan, tangkapan kerana kesalahan sebarang aktiviti bunga api ini akan dilakukan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti. Ini hanyalah ramalan tetapi mungkin ada kebenarannya.