Thursday, July 3, 2008

Pemuda Sokong Forum Kontrak Sosial

Pemuda sokong forum kontrak sosial
Jul 2, 08 8:40pm


Pemuda MCA menyokong penuh dan mengucap tahniah kepada Majlis Peguam kerana menganjurkan dengan jayanya forum kontrak sosial hujung minggu lalu. "Forum rasional seumpama itu memberikan maklumat dengan objektif untuk menerangkan sejelas-jelasnya kandungan dan semua mengenai perkara itu seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan," kata pengerusi Biro Undang-undangnya, Gan Ping Sieu.Beliau juga berkongsi pandangan bahawa "semua rakyat Malaysia berpengetahuan dan cukup matang untuk membincangkan secara terbuka sebarang perkara berkaitan dengan perlembagaan"."Sesiapa yang mahu menghalang atau membantah forum seumpama itu sebenarnya bertindak bertentangan dengan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sehubungan itu, Gan berkata, biro tersebut kecewa dengan kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang ingin mengambil tindakan terhadap Majlis Peguam sebagai penganjur forum tersebut pada 28 Jun lalu.Gan mengulas kenyataan Syed Hamid itu di akhbar kelmarin."Syed Hamid juga dilaporkan berkata bahawa polis boleh memulakan siasatan jika aduan mengenai hasutan dibuat terhadap Majlis Peguam," katanya.
Ketuanan MelayuGan berkata, kedudukan istimewa orang Melayu jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa "membincangkan proses mendraf perlembagaan, termasuk latar belakang sejarahnya, dan sebab-sebabnya, tidak harus ditafsirkan sebagai mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu"."Rakyat dinasihatkan supaya memahami dengan jelas kandungan Artikel 153," tambahnya.Gan menegaskan, Artikel 153 mesti dibaca bersama dengan Artikel 153 (7) "Tiada apa-apa dalam Perkara ini boleh berkuatkuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak" dan Perkara 153 (8) yang berbunyi "tiada undang-undang sedemikian... melucut atau memberi kuasa melucut apa-apa hak...".Menurut Gan lagi, apabila sesebuah pertubuhan atau badan mengadakan forum untuk membincang Perlembagaan Persekutuan dan ikhlas dalam perbincangan itu yang dibuat secara objektif dan rasional serta tidak memutarbelitkan fakta, maka forum seumpama itu mesti diterima oleh setiap orang.Berhubung kenyataan-kenyataan yang mengkritik forum tersebut seperti dilaporkan media, beliau berkata, ia bukan sahaja menunjukkan kurangnya semangat bertolak-ansur, tetapi ia juga tidak membantu negara mencapai matlamat keharmonian kaum."Ia juga tidak menghormati perbincangan rasional dalam kalangan ahli akademik dan masyarakat perundangan dan juga gagal mendidik masyakarat," katanya.Katanya, dakwaan bahawa forum kontrak sosial itu seperti mahu mengetepikan ketuanan Melayu menunjukan bahawa mereka kurang yakin dan tidak faham sepenuhnya matlamat ia diadakan.

No comments: