Saturday, July 12, 2008

Pegawai Kanan Imigresen Ditahan..

Seorang lagi pegawai kanan Imigresen ditahan
Jul 12, 08 12:25pm


Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang lagi pegawai kanan Imigresen bagi membantu siasatan kes rasuah mempercepatkan pengeluaran visa pekerja asing.
Pegawai berkenaan ditahan di rumahnya, awal pagi ini, demikian menurut laporan Utusan Online.
Pegawai kanan itu dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.Semalam, BPR menahan reman tujuh orang termasuk Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don, 55, bagi kesalahan yang sama.Kesemua mereka kini ditahan reman antara empat hingga lima hari untuk membantu siasatan.Kes tersebut terbongkar berikutan aduan yang diterima BPR pada awal bulan ini yang mendakwa seorang ejen meminta bayaran RM350 daripada setiap pekerja asing untuk diberikan kepada pegawai kanan di Jabatan Imigresen.

1 comment:

harthono said...

Pada kebiasaannya masyarakat akan dipersalahkan bila berlaku kebanjiran PTI kononnya mendapat perlindungan daripada orang ramai.Namun yang menjagi keutamaan sepatutnya adalah daripada penguatkuasa itu sendiri sebab bila kuasa ada ditangan banyak perkara yang tak betul berlaku....