Tuesday, July 15, 2008

Polis Beri Kata Dua Kepada Anwar


Polis beri kata dua kepada Anwar
Jul 15, 08 2:09pm


Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh sehingga 2 petang esok untuk memberikan keterangan kepada polis atau menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan ditahan. Polis juga memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk penyokong bekas timbalan perdana menteri itu yang cuba menghalang polis menjalankan tugasnya, kata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin. Mohd Bakri mengadakan sidang media di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebentar tadi.Sementara itu Anwar memanggil sidang media di kediamannya jam 3 petang di Segambut Dalam, Kuala Lumpur berhubung isu kerjasama dengan polis.Penasihat PKR itu tidak hadir di IPK tersebut untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu.Peguamnya Sankara Nair berkata keputusan itu diambil sebagai membantah tindakan polis "mengganggu" kakitangan dan ahli keluarganya kelmarin walaupun Anwar bersedia hadir secara sukarela. Dakwaan "gangguan" polis itu sewaktu pihak berwajib itu cuba menyerahkan arahan hadir memberi keterangan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan dalam satu laporan polis yang dibuat pemuda itu pada 28 Jun.Akibat keengganan Anwar, Mohd Bakri semalam berkata polis sedang mengenal pasti langkah-langkah sesuai untuk merakam percakapan tokoh pembangkang itu.

No comments: