Tuesday, July 22, 2008

Impian MB Terengganu Yang Tidak Bertempat

Kemewahan yang diimpikan pemimpin

Sebuah impian pemimpin itu boleh membina seribu rumah rakyat seperti ini

Ada rakyat yang merasa sangat marah bila melihat cara Menteri Besar Terengganu berbelanja, berbelanja secara mewah dan tidak bijak. Dengan membelanjakan wang sebanyak RM3.43 juta untuk membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor, dianggap tidak membazir dan boleh mengurangkan kos penyelenggaraan. Sebagai menyedapkan hati rakyat MB mengatakan wang untuk membeli kereta mewah tersebut bukan dari wang royalti minyak, persoalannya sekarang wang siapa yang digunakan untuk tujuan tersebut? Apakah wang itu datang dari simpanan MB sendiri atau Ahli-ahli Exco yang rasa malu untuk menaiki kereta nasional Proton Perdana V6 yang baru digunakan pada tahun 2004. Apapun alasannya wang itu adalah wang rakyat dan rakyat wajar untuk rasa marah. Sepatutnya MB merasa malu untuk berbelanja sedemikian rupa memandangkan Terengganu sendiri tersenarai sebagai negeri ke dua termiskin di Malaysia. Rakyat dituntut untuk berbelanja jimat dan cermat seminima mungkin, bertanamlah itu dan ini dibelakang rumah untuk menampung perbelanjaan. Tetapi pemimpin yang berkata demikian tidak menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi, mereka melakukan disebaliknya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan politik dan ekonomi yang sangat tidak menentu. Sebaik-baiknya pemimpin-pemimpin berdarjat tinggi ini, gunakanlah harta kerajaan seadanya.

Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah hanya 2 tahun 3 bulan. Dalam masa sesingkat itu, beliau berjaya menghapus kemiskinan, sehingga tidak ada orang yang layak menerima zakat, satu kejayaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia bila-bila masa pun.

2 comments:

INTAN said...

harth, yg sy fhm berkaitan pembelian mercedez ni sbb 3-4 thn lps kerajaan ada kua pekeliling tentang larangan menggunakan kete import utk urusan rasmi.

soal kemampuan kerajaan negeri tu, no2 tp betul la, baik guna utk hapuskan kemiskinan di tganu kan.

harthono said...

Sebaiknya perkara ini dikaji terlebih dahulu,lepas tu barulah buat keputusan.Negari ke dua termiskin di Malaysia tentunya kadar kemiskinan rakyat adalah tinggi..so kesian rakyat hanya melihat pemimpinnya hidup bermewah-mewah...