Saturday, June 28, 2008

Nazri vs BNBBC?



BNBBC, Nazri diminta berhenti bertelingkah
Jun 28, 08 2:41pm

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pertelingkahan dan perang mulut antara Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen Selasa lalu, dihentikan. Najib yang juga Ketua Whip BN di Parlimen dan Timbalan Pengerusi BN berkata, perbalahan dalam mana-mana kumpulan dalam BN bukanlah merupakan perkembangan yang sihat. "Saya harap ia tidak berterusan. Kita mesti mencari usaha untuk meredakan dan mendamaikan keadaan ini supaya kita memberi fokus kepada tanggungjawab kita dalam Parlimen iaitu membahas isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat dan membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa "Meeting of Minds: Developing the Malaysia Master Brand" di Kuala Lumpur hari ini. Ditanya sama ada beliau akan mengeluarkan arahan supaya perkara itu dihentikan, Bernama memetik Najib sebagai berkata:"Tak apalah, saya akan bisik (kepada mereka yang berkenaan)." Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perang mulut itu yang bermula apabila Nazri melabelkan BNBBC sebagai kelab samseng kerana telah bertindak membuka penghadang yang diletakkan di lobi Parlimem bagi membataskan pergerakan wartawan ketika di bangunan Parlimen.
Pihak BNBBC perlu berhati-hati bila berhadapan dengan Nazri, sebab beliau adalah pahlawan UMNO diabad ini. Itulah gelaran yang diciptanya sendiri semasa mempertahankan UMNO bila diserang oleh Dr. M dulu.......konon. Saya mohon sangat-sangat pada Nazri, saya sebagai rakyat yang hina ini mengharapkan tidaklah kita terlalu seronok untuk melebalkan seseorang yang lain.Takkan pula seluruh ahli kelad BNBBC tu samseng dan Nazri berada dipihak yang baik belaka. Bagi rakyat yang melihat situasi ini terasa betapa para menteri ini tidak bijak selesaikan masalah yang sekecil itu, sehingga perlu teguran dan campur tangan TPM. Berharap Nazri tidak terlalu emosilah bila untuk hanya berhadapan dengan rakan-rakan sebumbung. Tapi memilih untuk berdiam diri bila Singapura mendapatkan Pulau Batu Putih secara mudah dengan meludah maruah bangsa...........gunakanlah emosi itu pada situasi seperti ini.

No comments: