Friday, March 11, 2016

Pulau Berhala Sandakan.



Terdapat dua buah  bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki dari paras laut. Kawasan curam bukit tersebut merupakan kawasan hutan simpan yang mengandungi pelbagai tumbuhan yang  hanya boleh dijumpai di kawasan pinggir laut. Selain itu, terdapat gua yang sangat unik dan cantik. Tempat ini penuh dengan kesah-kesah anih dan seram namun hingga kini kesah-kesah tersebut tidak terjawab ia tinggal sebagai misteri yang dikenali sebagai Pulau Berhala.

Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Antara yang unik di pulau ini adalah dua buah bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api. Kawasan curam bukit tersebut adalah Hutan Simpanan di mana terdapat banyak tumbuhan tempatan yang hanya boleh didapati di kawasan pinggir laut yang menjadi tumpuan ahli botani. 

Terdapat sebuah kampung di bahagian barat pulau yang bersambung dengan tanah lapang ke pantai yang dilengkapi dengan kemudahan perkelahan. Di hujung bahagian Selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan. Terdapat beberapa gua di tebing karang ini. Sebelum Perang Dunia Ke-2 Pulau Berhala pernah digunakan sebagai penempatan pesakit kusta, manakala semasa Perang Dunia ke-2 pula Orang Jepun menggunakan Pulau Berhala sebagai ‘Pusat Tahanan Perang’. Puan Agnes Keith merupakan salah seorang daripada tahanan perang di antara bulan Mei 1942 hingga January 1943 sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Pada masa ini Pulau Berhala menjadi salah sebuah tempat yang penuh dengan misteri.


No comments: