Saturday, March 5, 2016

Apakah itu Sinalau Bakas?


Bagi masyarakat tempatan mungkin sudah tahu dan biasa mendengar perkataan Sinalau Bakas, papan tanda atau gerai yang bertulis dengan perkataan ini banyak terdapat ditepi-tepi jalan di negeri Sabah. Antara jalan yang boleh didapati Sinalau Bakas ini adalah seperti jalan Tenghilan, Tamparuli, Kundasang, Tambunan dan banyak tempat lagi yang boleh kita lihat perkataan Sinalau Bakas.

Terdapat satu gerai di sebelah kiri yang menjual Sinalau Bakas dan kebiasaannya pasti ada sahaja pelanggan yang akan berhenti untuk mendapatkan Sinalau Bakas. Namun perlu diingat makanan ini tidak halal untuk masyarakat beragama islam, ini untuk perkongsian kepada umum terutama mereka yang berada di luar negeri Sabah.

Apakah itu Sinalau Bakas ? Secara ringkasnya dalam bahasa tempatan Sabah maksud Sinalau Bakas adalah  :
SINALAU : Disalai dengan api, BAKAS : Kinzir/Babi Sinalau atau manalau adalah satu cara tradisional bagi masyarakat Dusun untuk mengawet makanan sama ada babi hutan atau apa saja jenis haiwan. Cara ini digunakan supaya daging yang dipotong tidak rosak dan masih boleh dimakan walaupun disimpan untuk tempoh yang lebih lama. Menyalai dan membakar adalah kaedah yang berlainan, membakar bermakna makanan itu dibakar untuk dimakan dengan segera sementara menyalai adalah proses untuk mengeringkan daging supaya tidak rosak.

No comments: