Sunday, July 24, 2016

Program baik pulih rumah kediaman lapan beradik yatim piatu......



Tahniah! Kelab Pacuan Empat Roda Sepilok (KPERS) dan Sabah Amateur Radio Society (SARS Sandakan Team) selaku Sukarelawan 4x4 JKM (Support Team) telah menjayakan "Program Baik Pulih Rumah Kediaman lapan beradik Anak Yatim Piatu" pada 24 Julai 2016. Usaha murni ini patut didendang dan dipuji kepada kumpulan sukarelawan yang bersedia meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit bagi merialisasikan impinan membantu lapan beradik ini menjadi kenyataan. 

Rumah kediaman lapan beradik yang berada di kampung Segaliud Sandakan ini sangat usang dan hampir roboh. Adik-beradik yang berumur antara 26 tahun hingga 15 tahun ini telah kehilangan kedua ibubapa akibat komplikasi jantung dan buah pinggang manakala sanak saudara tidak mampu membantu.Keprihatinan kumpulan sukarelawan ini mampu memberi kegembiraan kepada lapan beradik yatim piatu ini dan memberi sedikit keselesaan kediaman tinggalan arwah ibu dan bapa mereka.

No comments: