Wednesday, July 20, 2016

Ibu tunggal dari Beluran hidup serba daif di Telipok.........



Seorang ibu tunggal Pn. Singkit Binti Kamat  yang berasal dari Beluran, kini hidup disebuah pondok buruk dengan keadaan serba daif bersama dua orang anak dengan menumpang ditanah seseorang yang perihatin sejak 3 tahun lalu berdekatan Taman Hartamas Telipok Kota Kinabalu. Ibu tunggal yang sebenarnya mempunyai anak seramai 6 orang terpaksa hidup terpisah dengan anak-anak tersayang disebabkan faktor kehidupan yang mendesak. 
Menurut cerita pemilik tanah tempat ibu tunggal ini menumpang, suami ibu tunggal ini telah pergi kembali ke negara asal dan tinggalkan mereka 7 beranak tanpa rumah dan tanpa apa-apa. Untuk makluman suami pemilik tanah pernah membantu ibu tunggal ini membuat permohonan bantuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Kinabalu yang berpejabat di bangunan MAA tetapi permohonan tersebut ditolak. 
Tuan tanah memang telah banyak membantu ibu tunggal ini sejak mereka dihalau keluar dari rumah sewa sebab tidak lagi dapat membayar sewa. 
Kita sangat berharap kepada warga perihatin, kerajaan dan NGO untuk dapat membantu menghulurkan tangan dan meringankan beban. Kita memang tidak dapat menerima dan rasa terkilan bila melihat ada warga rakyat tempatan yang terpaksa hidup merempat di bumi sendiri. Sedangkan negara kita antara negara yang begitu perihatin dan antara penyumbang terbesar dikalangan mana-mana negara untuk bantuan kemanusiaan di dunia ini. 

Semoga keperihatinan negara kita ini tidak pula sehingga mengabaikan kebajikan rakyat sendiri dan pihak yang bertanggungjawab dengan zakat agar dapat melihat perkara ini diluar kotak pejabat. Kepada yang ingin menyumbang bolehlah terus menyalurkan sumbangan kepada ibu tunggal ini di akaun BSN no. 12100-41-00024771-7 Singkit Binti Kamat atau hubungi pemilik tanah di talian 0138839329 / 01113369311. Semoga usaha kita yang kecil ini dapat membantu memudahkan hidup sebuah keluarga untuk hidup seperti insan yang lain.

No comments: