Thursday, July 7, 2016

Hiba warga emas bila rumah rebah ke bumi di akhir Ramadan......




Pada 3 Julai 2016 merupakan tarikh sedih bagi seorang warga emas Pn. Palidai Bt. Malari bila rumah kesayangan beliau rebah ke bumi saat sedang bersiap hendak berbuka puasa. Rumah yang berada di Kampong Tabah Baru Sandakan berupa sumbangan dari Program Bantuan Rumah Tahun 2012 Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah jatuh dalam air walaupun baru diserah pada Jun 2012.

Warga emas ini tidak dapat menahan sebak bila bercerita pasal musibah yang menimpa mereka, rumah itu dihuni seramai tujuh orang termasuk anak, menantu dan empat orang cucu. Banyak harta benda yang rosak disebabkan kejadian itu, termasuk barang-barang keperluan untuk menyambut 1 syawal. Menurut beliau untuk menggumpul dan mendapatkan harta benda yang rosak itu memakan masa bertahun-tahun sebab mereka datang dari golongan orang yang tidak mampu. Beliau kini menumpang teduh dengan anak sulungnya juga berada dikawasan terdekat sementara anak dan menantu juga 4 orang cucu kini menumpang di bangunan Kelas Al Quran yang berada dekat Masjid kampong tersebut. 

Kepada masyarakat dan orang ramai yang ingin menyumbang bagi meringankan beban warga emas ini, bolehlah terus menghubungi beliau di talian 0178147233 atau 0178563383. Apa yang diharapkan kepada pihak berkenaan agar sentiasa memastikan kualiti terbaik untuk membina rumah bantuan bagi rakyat yang tidak berkemampuan dan difahamkan juga bahawa rumah bantuan ini tidak dibekalkan kemudahan elektrik dan air.

No comments: