Sunday, May 11, 2008

Tak Elok.....


Kita faham sesekali mereka perlu menjamu selera beramai-ramai di kedai makan. Memanglah seronok dapat pula bersembang dengan kawan-kawan. Tapi elokkah kalau dilihat oleh orang awam, apa pula tanggapan mereka terhadap golongan beruniform ini. Mereka tidak sepatutnya berada disitu bersama-sama orang awam, lebih-lebih lagi bila orang awam semua sudah tahu bahawa orang yang duduk dipenjuru kedai tu adalah si penjual rokok seludup. Si penjual rokok seludup tersebut sedikit pun tak bimbang dengan kehadiran pasukan beruniform disebelahnya. Adakah ini perkara biasa? Perkara ini sudah menjadi kebiasaan dan kerap berlaku lebih-lebih lagi pada waktu minum pagi. Sedih juga melihat situasi seperti ini, bila nak selesai atau berkurang aktiviti-aktiviti penyeludupan. Kalau didepan mata pun kita tak dapat dan tak nak buat apa-apa......

No comments: