Friday, May 23, 2008

Mubarak Pujuk Dr. Mahathir

Mubarak pujuk Dr M kembali ke Umno


Abdul Rahim Sabri May 21, 08 3:13pm


Tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno kelmarin menunjukkan bahawa krisis dalaman Umno sudah sampai ke tahap yang amat serius, kata Persatuan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (Mubarak).Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang menyeru Dr Mahathir dan perdana menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk berbincang masalah yang melanda parti itu kini.Bagi memulihkan keadaan, Abu Zahar menegaskan perlunya kepimpinan Umno diperbetulkan dari peringkat atas hinggalah ke peringkat akar umbi."Terutama perubahan dari segi sikap, budaya dan perangai seluruh kepimpinan Umno," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Untuk itu, beliau menggesa agar Dr Mahathir dapat memikirkan semula keputusannya itu dan kembali semula bersama Umno.Abu Zahar berkata, Umno memerlukan Dr Mahathir kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang matang dan banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara."Segala silap dan kelemahan harus kita muhasabah dan bersama-sama mencari jalan untuk memperbetulkannya.Pikul tanggungjawab"Kita juga perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memenuhi tanggungjawab kepada parti dan negara," tambahnya.Abu Zahar berkata, Dr Mahathir dan Abdullah harus mengambil kira kesan daripada tindakan mereka terhadap generasi akan datang.Menurutnya, selaku tonggak Barisan Nasional (BN), kepimpinan Umno mesti nampak unggul, mantap dan bijaksana.Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang Melayu supaya mengambil iktibar daripada peribahasa yang berbunyi "menang sorak kampung tergadai.""Oleh itu, orang Melayu mesti kembali bersatu padu dan membina balik kekuatan, ketepikan kepentingan peribadi dan kelompok untuk kebaikan bersama," katanya.Mengenai prestasi buruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu yang menjadi punca ketegangan dalam Umno kini, Abu Zahar berkata, kemerosotan itu tidak harus dipersalahkan ke atas Umno semata-mata.Sebaliknya, tambah beliau, tanggungjawab tersebut harus dipikul bersama oleh semua parti komponen BN.


Kepada pemimpin-pemimpin muda dalam UMNO jangan pula melebih-lebih pula mengeluarkan kenyataan. Sehingga ada yang menilai kita sebagai pemimpin yang tak berwibawa, orang-orang lama ni banyak jasa pada kita..............jangan jadi Melayu Mudah Lupa!

No comments: