Thursday, May 15, 2008

Kalau Babi, Babi Juga....

Parlimen riuh dengan ungkapan "Babi Negara"

Mon May 12, 08 2:26:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Dewan Rakyat hari ini riuh dengan ungkapan "babi negara" apabila Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menolak akronim yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa PKR itu adalah singkatan kepada "projek khinzir raksasa".
"Bukan projek khinzir raksasa (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)," Ahli Parlimen Pokok Sena itu meningkah.
Selepas itu dewan riuh dengan perkataan "BN, babi negara" sehingga menyebabkan timbul cabaran siapa yang menyebut perkataan itu termasuk dari Khairy sendiri yang kedengaran marah dengan perkataan "babi negara" itu.
Selepas keriuhan agak berkurangan, Mahfuz bangun lagi dan menjelaskan bahawa "bukan 'projek khinzir raksasa' (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)".
Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain yang meminta penjelasan.
Ucapan Khairy yang diselang-selikan dengan hentaman terhadap pembangkang diganggu hampir sepanjang masa apabila beliau enggan memberi laluan untuk penjelasan.

Menang jadi abu kalah jadi arang. Bangsaku jerit menjerit pasal babi.....Bangsaku bertengkar bercakar pasal babi....Bangsaku tunding menunding pasal babi.....Bangsaku tikam menikam pasal babi.................TAPI! SI PENGGUNA BABI ASYIK SENYUM SEPANJANG MASA....TAPI TAUKE BABI GELI HATI MELIHAT KITA.............AKHIRNYA RAKYAT MENJADI MANGSA....

No comments: