Tuesday, May 27, 2008

Batalkan JK Bersama Malaysia-Singapura


Batalkan JK bersama M'sia-S'pura

May 26, 08 2:16pm



Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa kerajaan Malaysia membatalkan niat membentuk jawatankuasa bersama dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia susulan jatuhnya Pulau Batu Putih ke tangan negara jiran itu minggu lepas.Presidennya Hassan Abdul Karim berkata tidak ada rasionalnya republik itu terlibat dalam pembangunan Malaysia dan tidak mahu kejadian yang sama "berulang seperti yang terjadi pada Pulau Batu Putih"."Pengajaran yang perlu diambil kini ialah kerajaan Malaysia perlu membatalkan niat untuk membentuk jawatankuasa bersama peringkat menteri-menteri antara Malaysia dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia," katanya.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan penubuhan jawatankuasa bersama itu dalam pertemuan tidak rasmi dengan perdana menteri Singapura di Langkawi tahun lepas. Susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Jumaat lepas, PRM juga mendesak kerajaan mengambil alih kuasa mentadbir rumah api di Pulau Pisang di perairan Selat Melaka dalam daerah Pontian, Johor.Sementara itu, peguam terkenal Karpal Singh menyifatkan tindakan Malaysia merujuk kes Pulau Batu Puteh ke ICJ tanpa dokumen kukuh sebagai "bodoh sombong"."Bodoh sombong bagi Malaysia mengemukakan kesnya di ICJ tanpa surat penting ini," kata pengerusi DAP, mengulas kenyataan duta besar Tan Sri Abdul Kadir Mohamad yang mengakui kegagalannya mengesan sepucuk surat tentang kedaulatan pulau itu yang terletak di luar pantai tenggara Johor.Malaysia gagal mendapatkan naskhah surat permohonan gabenor British, waktu itu yang berpangkalan di Butterworth, untuk membina rumah api Horsburgh di pulau itu kepada Temenggong Johor walaupun naskhah jawapan Sultan Johor pada 1884 dalam simpanan negara."(Pasukan) Malaysia harus menyalahkan diri sendiri atas sikap tidak cekap menyediakan kes ini di depan ICJ," katanya."Tanpa dokumen ini, tiada sebab ICJ akan menganugerahkan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Malaysia."
Kita selalu terlambat untuk menjadikan sesuatu itu sebagai pengajaran, masih nak bekerjasama dengan bangsa yang selalu diragui kejujurannya.Sanggupkah kita melihat anak cucu kita berputih mata bila Wilayah Iskandar pula bakal dituntut untuk dimiliki oleh bangsa lain, atas kesilapan kita hari ini............Hanya semudah ABC Singapura memiliki Pulau Batu Putih,tapi apa kita kata ialah situasi "menang-menang".Apa yang kita lakukan dalam keadaan sekarang, hanya angguk-angguk geleng-geleng.

No comments: