Tuesday, June 17, 2008

Bantah Konsert"Ego Orang Agama"



Bantah konsert 'ego orang agama'
Jimadie Shah Othman Jun 17, 08 4:59pm

Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik."Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam. Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.Menurut Roslan (foto), bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik."Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik. "Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul. "Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri."Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa."Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.Dihubungi Malaysiakini berhubung memorandum Pemuda PAS itu, setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya. Tindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS.""Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella. Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.
Begitu terserlah kepahlawanan kita,nampak sangat berani di dalam mempertahankan sesuatu yang diperjuangkan. Kita mempertahankan hak, kita mempertahankan maruah dan kita mempertahankan kebebasan.Namun perjuangan kita hanyalah mempertahankan sebuah "Konsert.....".Kita mengatakan orang lain itu ego,orang lain itu tak suci,orang lain itu bongok,kesimpulannya hanya kita yang tak ego,hanya kita yang suci,hanya kita tak bongok.Kita melenting kita melata,kita mencaci kita menghina seolah olah perjuangan kita ini menuntut pengorbanan hingga ke titisan darah yang terakhir.........HANYA KERANA KONSERT.Nilai apa yang kita dapat dari sebuah konsert,selain menyumbang kepada keruntuhan moral bangsa sendiri.Kita terlalu taksub dengan nilai untung semata-mata,pasal bangsa,pasal agama kita letak nombor 2.Kita telah tersalah letak semangat juang itu sebab bila Junjungan Nabi dihina oleh bangsa asing............Golongan seperti AWAK hanya berdiam diri dan terus bernyanyi.

No comments: