Monday, April 4, 2016

Kembalikan Kegemilangan Pantai Pasir Putih Sandakan



Pantai Pasir Putih pastinya mempersonakan orang ramai dengan pemandangan persekitaran yang menarik sekali gus menggamit tumpuan pelancong asing berdasarkan potensinya mampu menjadi kawasan pelancongan popular.

Pantai ini terletak kira-kira enam kilometer dari pusat bandar Sandakan, Pasir Putih dulunya dikenali sebagai ‘Sandy Plain’ yang menjadi tempat bermandi-manda dan menjalankan aktiviti riadah terutama pada hujung minggu sebenarnya tidak asing lagi kepada penduduk setempat.


Malahan mereka yang tinggal jauh sanggup berkunjung ke pantai berkenaan untuk beriadah bersama rakan mahu pun keluarga kerana satu-satunya pantai yang berada dalam kawasan bandar masih boleh dilawati sehingga ke hari ini.




Tapi itu semua cerita masa lalu, hari ini keadaan Pantai Pasir Putih Sandakan sangat mendukacitakan. Tiada sudah yang indah, tiada sudah yang menarik, tiada sudah yang mempersonakan tinggal hanya panorama indah waktu senja dikaki langit. Pantai itu kini dipenuhi dengan sampah, pantai yang tidak putih lagi seperti dulu, terdapat kesan minyak yang datang dari bengkel dan pengusaha restoran yang berada disekitar pantai. Pantai Pasir Putih kelihatan tidak diurus dengan baik, banyak kesan-kesan kerosakan yang perlu dibaik pulih, rumput yang panjang, longkang yang tidak bertutup serta menggeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan kemudahan yang terdapat di sana tidak diselenggara dengan baik. Sudah sampai masanya pantai berkenaan perlu diberi perhatian atau dinaik taraf sebagai sebuah pantai yang terurus.










Kerjasama daripada semua pihak serta masyarakat setempat sangat diperlukan, demi bersama menggekalkan keindahan pantai yang memang sesuai untuk riadah dan bersantai yang menarik. Kesedaran menjaga kebersihan pantai adalah tanggungjawab bersama apatah lagi potensi pantai Pasir Putih yang dilihat boleh berkembang maju memandangkan daya tarikannya yang menggamit tumpuan sesiapa saja.

No comments: