Thursday, July 3, 2008

Najib Dituduh Bersama Altantuya



Najib dituduh bersama Altantuya
Jul 3, 08 12:40pm

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu, yang dibunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda bahawa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hasaan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan Abdul Razak.Dan beliau turut mendedahkan bahawa bahagian yang mengaitkan Najib dalam kes tersebut, telah dibuang oleh pihak polis dari kenyataan beramarannya, untuk melindunginya.Hantar SMSBalasubramaniam adalah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya, yang datang ke Malaysia pada tahun 2000 untuk menyelesaikan beberapa isu dengan Abdul Razak.Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor.Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam berkata, beliau diberitahu oleh Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari dia ditahan berhubung pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan dari Najib yang menyatakan beliau telah bercakap dengan KPN.Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa perkara itu akan diuruskan oleh KPN.Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberiahu semua itu kepada pihak polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.Laporan polisBalasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib.Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa.Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama KPN Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut dan ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya mereka-reka bukti dalam perbicaraannya 10 tahun yang lalu.Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan sebarang kaitan dengannya.

Saturday, June 28, 2008

Nazri vs BNBBC?



BNBBC, Nazri diminta berhenti bertelingkah
Jun 28, 08 2:41pm

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pertelingkahan dan perang mulut antara Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen Selasa lalu, dihentikan. Najib yang juga Ketua Whip BN di Parlimen dan Timbalan Pengerusi BN berkata, perbalahan dalam mana-mana kumpulan dalam BN bukanlah merupakan perkembangan yang sihat. "Saya harap ia tidak berterusan. Kita mesti mencari usaha untuk meredakan dan mendamaikan keadaan ini supaya kita memberi fokus kepada tanggungjawab kita dalam Parlimen iaitu membahas isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat dan membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa "Meeting of Minds: Developing the Malaysia Master Brand" di Kuala Lumpur hari ini. Ditanya sama ada beliau akan mengeluarkan arahan supaya perkara itu dihentikan, Bernama memetik Najib sebagai berkata:"Tak apalah, saya akan bisik (kepada mereka yang berkenaan)." Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perang mulut itu yang bermula apabila Nazri melabelkan BNBBC sebagai kelab samseng kerana telah bertindak membuka penghadang yang diletakkan di lobi Parlimem bagi membataskan pergerakan wartawan ketika di bangunan Parlimen.
Pihak BNBBC perlu berhati-hati bila berhadapan dengan Nazri, sebab beliau adalah pahlawan UMNO diabad ini. Itulah gelaran yang diciptanya sendiri semasa mempertahankan UMNO bila diserang oleh Dr. M dulu.......konon. Saya mohon sangat-sangat pada Nazri, saya sebagai rakyat yang hina ini mengharapkan tidaklah kita terlalu seronok untuk melebalkan seseorang yang lain.Takkan pula seluruh ahli kelad BNBBC tu samseng dan Nazri berada dipihak yang baik belaka. Bagi rakyat yang melihat situasi ini terasa betapa para menteri ini tidak bijak selesaikan masalah yang sekecil itu, sehingga perlu teguran dan campur tangan TPM. Berharap Nazri tidak terlalu emosilah bila untuk hanya berhadapan dengan rakan-rakan sebumbung. Tapi memilih untuk berdiam diri bila Singapura mendapatkan Pulau Batu Putih secara mudah dengan meludah maruah bangsa...........gunakanlah emosi itu pada situasi seperti ini.

Siapa Nak Pimpin Siapa?

Siapa nak pimpin siapa?
Inilah watak kita yang sebenar, kita tidak akan mampu terus berselindung daripada kebenaran kerana ianya akan terserlah jua..............

Anwar Amal Nepotisme?

Anwar amal nepotisme?


KUALA LUMPUR 26 Jun – Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) digesa memberi penjelasan tentang dakwaan terdapat ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu.
Bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau amat terkejut apabila diberitahu tentang perkara itu dan jika benar bermakna tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah melanggar prinsip reformasi.
"Selama ini, Anwar sering katakan bahawa tidak patut wujudnya nepotisme dalam politik, namun kini, dia sendiri yang mengamalkannya dengan melantik ahli keluarga menjawat jawatan tersebut.
"Pihak pengurusan KDEB harus tampil untuk memberi penjelasan tentang perkara ini dan mengesahkan kebenaran dakwaan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaannya sebelum ini mengenai ahli keluarga Anwar yang dilantik sebagai penasihat KDEB, baru-baru ini.
Menurut Mohamad Ezam, beliau mendapatkan maklumat tentang dakwaan itu daripada sumber, tetapi tidak dapat mengesahkan kebenarannya.
Sehubungan itu, Mohamad Ezam menggesa KDEB agar mengeluarkan kenyataan umum untuk menjelaskan dakwaan itu.
"Kini, hanya KDEB dan juga pengerusinya yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mengesahkannya. Saya berharap, pihak berkenaan dapat mengesahkannya dengan secepat mungkin," katanya.

Friday, June 27, 2008

DAP Bawa Usul Altantuya


DAP bawa usul tergempar kes Altantuya
Jun 23, 08 2:02pm

kemaskini 11:38pm Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang menyerahkan usul tergempar bagi membincangkan dakwaan terbaru penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu.Dalam notisnya kepada Yang dipetua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, wakil Ipoh Timur berkata perkara itu perlu disegerakan dan mempunyai kepentingan umum untuk dibahaskan. Dalam usul itu, Lim berkata akuan bersumpah penulis sensasi itu mengaitkan tuduhan serius itu terhadap perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak. Yang dipetua dewan dijangka memutuskan esok sama ada usul tersebut, yang diserahkan semalam, akan dibentangkan atau ditolak.Raja Petra, dalam akuannya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah Mansor bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.Sementara itu, di mahkamah berkenaan, pihak pendakwaan baru sahaja menutup kes selepas membawa 84 saksi selama 124 hari.Perbicaraan akan disambung 23 Julai untuk membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin dilaporkan berkata beliau menulis hingga 4,000 muka surat sepanjang tempoh perbicaraan.
Menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan kebenaran, berdoalah semoga kejahatan itu tidak dapat disembunyikan..........

Wakil Sabah Tinggalkan BN Jika.........


Wakil Sabah tinggalkan BN jika...
Muda Mohd Noor Jun 23, 08 8:56pm


Ahli parlimen BN Sabah akan melompat parti jika kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat negeri itu, kata Datuk Anifah Aman.Ahli parlimen BN Kimanis menambah, jika kerajaan tidak memberi respons terhadap kehendak dan permintaan rakyat, mereka tidak teragak-agak akan meninggalkan kerajaan yang diketuai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Bekas timbalan menteri persekutuan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan meninggalkan BN pada ketika ini kerana tidak guna berbuat demikian."Tetapi kepimpinan perlu respons kepada rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.Beliau juga mengulas mengenai tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) ingin membentangkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri.Anifah berkata, presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee hanya mahukan suara rakyat Sabah didengar oleh kerajaan kerana sebelum ini suara mereka tidak diberikan perhatian."Saya tidak fikir Yong berbuat demikian kerana hendakkan jawatan, sebaliknya semata-mata untuk bersuara bagi rakyat Sabah."Memberi jawatan kepada Yong tidak akan menyelesaikan masalah rakyat Sabah. Suaranya itu telah sampai ke peringkat terdesak."Tanpa jawatanpun, Yong boleh bercakap kerana beliau merupakan presiden SAPP," katanya. Anifah mendakwa, beliau mengenali isi hati Yong kerana sama-sama berada dalam kelab Persatuan Pelajar Sabah di London.Beliau berkata, rakyat Sabah bersuara kerana mahukan kerajaan membantu menyelesaikan masalah di negeri mereka termasuk isu pendatang haram.Katanya, rakyat Sabah bimbang kerana semakin ramai pendatang haram di negeri itu dan masalah itu sudah berlanjutan puluhan tahun lalu.--

PKR Selangor: Gelora Tak Sudah

PKR Selangor: Gelora tak sudah


Oleh NURUL AIN HUSSAIN, MSTAR
Rabu, 25 Jun 2008

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kini sudah mula bergolak hanya kerana isu kepimpinan dan rebutan jawatan?Berdasarkan perkembangan hari ini, mStar Online difahamkan sudah mula wujud keretakan dalam sokongan kepada kepimpinan PKR Selangor.
"Pihaknya memang ada meminta Khalid meletakkan jawatan itu kerana ia bercanggah dengan jawatan eksekutif sebagai Menteri Besar," dakwa MPT PKR, Dr Badrul Amin Bahron
Sejurus selepas kembali daripada menunaikan umrah petang ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui bekas pegawai petugas-petugas Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri di satu lokasi yang dirahsiakan.Yahya yang dihubungi lewat petang memberitahu mStar Online, beliau tidak akan menarik balik pendiriannya yang tidak percaya dengan kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Selepas meletakkan jawatan sebagai pegawai petugas khas, saya akan tumpukan jentera parti sahaja."Hasil perbincangan saya dengan Anwar petang ini adalah positif," kata beliau sambil menambah, Anwar juga telah mengadakan pertemuan dengan Khalid selepas pertemuan itu.Yahya yang digantung tugas selama dua bulan meletakkan jawatan melalui suratnya yang telah dikirim melalui faks kepada Khalid semalam.Sementara itu, di pekarangan pejabat PKR di sini, kira-kira 17 Ketua Bahagian PKR Selangor hadir bagi menyerahkan tuntutan berkaitan rasa tidak puas hati mereka berhubung soal pengagihan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri oleh Khalid."Tidak dinafikan bukan hanya masalah pengagihan jawatan yang dipertikaikan, tetapi mereka mahu kebajikan ahli-ahli PKR yang setia dengan parti sejak mula ia ditubuhkan dibela," kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrul Amin Bahron ketika ditemui pemberita.Badrul yang juga Ketua PKR Bahagian Sabak Bernam memberitahu, selepas pertemuan itu Anwar telah menemui Khalid bagi menyampaikan tuntutan dan hasrat ahli parti peringkat akar umbi."Kita cuma mahu hasrat ahli parti yang setia dengan perjuangan dibela... itu sahaja. Berilah mereka peluang untuk memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri daripada memberikan jawatan tersebut kepada golongan profesional semata-mata. "Tegas Badrul, setiap bahagian telah mencadangkan calon-calon yang dirasakan sesuai untuk jawatan dalam kerajaan negeri.Malangnya, jelas beliau, hampir 80 peratus senarai calon yang dikemukakan telah ditolak Khalid."Perkara tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana Khalid meletakkan syarat hanya golongan profesional dengan kelayakan sekurang-kurangnya diploma dilantik.""Ini tidak adil kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan tetapi berjuang atas nama parti sejak 10 tahun lalu," katanya.Ketika ditanya sama ada tuntutan itu termasuk meminta Khalid meletak jawatan sebagai Ketua Perhubungan PKR Selangor, beliau memberitahu, pihaknya memang ada meminta Khalid meletakkan jawatan itu kerana ia bercanggah dengan jawatan eksekutif sebagai Menteri Besar.