Ketika awal 1870 an, pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu yang turut memerintah kawasan
yang kini merupakan Filipina selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan
ini ditubuhkan oleh William Clarke Cowie ,
seorang penyeludup senjata api berbangsa Scotland dari Glasgow yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang
kecil. Cowie menamakan penempatannya sebagai "Sandakan", iaitu
istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya
tempat ini dikenali sebagai "Kampong German" kerana kehadiran
sebilangan besar orang Jerman yang bertapak di sini.
Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh dari konsul Austria Hungray Baron von Overbeck daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von
Overbeck yang berbangsa British, Alfred Dent, Kampong German teranap pada 15 Jun 1879. Residen British yang baru, William B. Pryer, memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli
Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu
"Elopura", yang bermaksud Bandar yang Indah. Beberapa tahun
kemudian, namanya ditukar kembali ke "Sandakan". Nama Elopura masih
memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan. Populasi
penduduk Sandakan terdiri daripada masyarakat Bajau, Melayu, Kadazan Dusun,
Orang Sungai, Bugis, Suluk dan lain-lain.
Pada tahun 1883, pusat pentadbiran Syarikat Borneo Utara Inggeris dipindahkan dari Kudat ke Sandakan. Pada pertengahan 1930-an, eksport kayu balak Sandakan mencapai
angka rekod 180,000 meter padu, menjadikannya pelabuhan pengeksport kayu balak
tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil balak,
Sandakan menjadi tumpuan jutawan terbesar di seluruh dunia.
Pendudukan Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia II bermula pada 19 Januari 1942 dan bertahan sehingga
sebuah briged Divisyen Ke 9 Australia membebaskannya pada 19 Oktober 1945. Pentadbiran Jepun memulihkan nama Elopura untuk bandar
ini. Antara kezaliman yang berlaku ketika Perang Dunia II ialah Kawat Kematian Sandakan, apabila askar
Jepun hendak memindahkan sekitar 6,000 orang tawanan perang di Sandakan 260 km (160 batu) ke pekan Ranau di pedalaman Sabah.
Tawanan-tawanan yang berjaya menempuh perjalanan ke Ranau hidup-hidup
diasakkan ke dalam pondok-pondok yang kotor; kebanyakan mereka ini mati sama
ada akibat penyakit disenteri atau dibunuh oleh pengawal
penjara. Setelah tamatnya perang, Sandakan ranap keseluruhannya, sebahagiannya
akibat pengeboman Kuasa Berikat dan
sebahagian lagi oleh pihak Jepun. Oleh itu, setelah Borneo Utara menjadi Tanah Jajahan British pada
tahun 1946, ibu negerinya dipindahkan ke Jesselton (kini dikenali sebagai Kota Kinabalu ).
Sandakan masih merupakan pelabuhan kedua terpenting di Sabah, selepas Kota Kinabalu. Pelabuhan ini penting untuk eksport kayu balak, kelapa sawit, tembakau, koko, kopi, gentian manila, dan sagu. Sandakan juga adalah antara bandar-bandar yang paling sibuk di Malaysia Timur.
Tuesday, March 8, 2016
Saturday, March 5, 2016
Apakah itu Sinalau Bakas?
Bagi masyarakat tempatan mungkin sudah tahu dan biasa mendengar perkataan Sinalau Bakas, papan tanda atau gerai yang bertulis dengan perkataan ini banyak terdapat ditepi-tepi jalan di negeri Sabah. Antara jalan yang boleh didapati Sinalau Bakas ini adalah seperti jalan Tenghilan, Tamparuli, Kundasang, Tambunan dan banyak tempat lagi yang boleh kita lihat perkataan Sinalau Bakas.
Terdapat satu gerai di sebelah kiri
yang menjual Sinalau Bakas dan
kebiasaannya pasti ada sahaja pelanggan yang akan berhenti untuk mendapatkan Sinalau Bakas. Namun perlu diingat
makanan ini tidak halal untuk masyarakat beragama islam, ini untuk perkongsian kepada
umum terutama mereka yang berada di luar negeri Sabah.
Apakah itu Sinalau Bakas ? Secara
ringkasnya dalam bahasa tempatan Sabah maksud Sinalau Bakas adalah :
SINALAU : Disalai dengan api, BAKAS : Kinzir/Babi Sinalau atau manalau adalah satu cara tradisional bagi masyarakat Dusun untuk mengawet makanan sama ada babi hutan atau apa saja jenis haiwan. Cara ini digunakan supaya daging yang dipotong tidak rosak dan masih boleh dimakan walaupun disimpan untuk tempoh yang lebih lama. Menyalai dan membakar adalah kaedah yang berlainan, membakar bermakna makanan itu dibakar untuk dimakan dengan segera sementara menyalai adalah proses untuk mengeringkan daging supaya tidak rosak.
SINALAU : Disalai dengan api, BAKAS : Kinzir/Babi Sinalau atau manalau adalah satu cara tradisional bagi masyarakat Dusun untuk mengawet makanan sama ada babi hutan atau apa saja jenis haiwan. Cara ini digunakan supaya daging yang dipotong tidak rosak dan masih boleh dimakan walaupun disimpan untuk tempoh yang lebih lama. Menyalai dan membakar adalah kaedah yang berlainan, membakar bermakna makanan itu dibakar untuk dimakan dengan segera sementara menyalai adalah proses untuk mengeringkan daging supaya tidak rosak.
Wednesday, March 2, 2016
Masjid tertua di Sabah
Merupakan Masjid tertua di negeri Sabah. Dikatakan keujudan Masjid ini telah dibina sejak tahun 1890 lagi. Masjid ini dikenali sebelumnya sebagai Masjid Jamek Bandaran Sandakan. Masjid ini juga tidak pernah dirasmikan oleh mana-mana pihak dan kini masih terus mengalami pembangunan hasil derma para jemaah melalui kutipan Jumaat.
Tuesday, March 1, 2016
Selamat Hari Tentera Darat ke 83
Selamat Hari Tentera Darat ke 83 pada 01 Mac 2016 kepada semua Pegawai dan Anggota yang sedang berkhidmat..tidak lupa juga kepada pesara Tentera Darat Malaysia... dan yg terdahulu meninggalkan kita..JASA MU TETAP DIKENANG. Selamat menyambut hari ulang tahun..sama2 kita mendoakan semoga hidup kita dlm kesejahteraan dan keamana hdkNya. TDM " Gagah Setia"... al fatihah kepada rakan rakan pejuang yang telah gugur. ....
Subscribe to:
Posts (Atom)







