Monday, June 27, 2016

PR1MA Sim Sim 2 Sandakan, indah khabar dari rupa.....



Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Perbadanan PR1MA Malaysia ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk Bandar berpendapatan sederhana bagi membantu rakyat memiliki rumah mampu milik.

Namun hakikatnya ramai masyarakat Sandakan tidak berpuas hati selepas menghadiri sesi bersama PR1MA Sim-Sim 2 disebuah hotel di Sandakan. Mereka mengeluh kerana apa yang dicanang selama ini berkenaan dengan PR1MA, hanya indah khabar dari rupa yang bukan berkonsep rumah mampu milik tapi hanya sebagai rumah mampu tengok. Harga rumah yang ditawarkan seperti berikut:

            Rumah 3 bilik RM300K   +++
            Rumah 2 bilik RM250K   +++
            Rumah 1 bilik RM150K   +++ ( terhad dan sudah dibooking oleh pembeli misteri)
            *harga rumah kosong

Perbandingan harga rumah PR1MA Sim Sim 2 yang ditawarkan dengan lain-lain rumah teres di Sandakan dianggap sangat mahal dan lari dari konsep sebenar “mampu milik”. Kadar bayaran sebulan mencecah RM 1200K x 30 tahun untuk harga rumah RM250K dan bagi harga rumah 1 bilik bayaran bulanan mencecah RM900. Sebuah perumahan di Sandakan menawarkan Koner Unit, ada tiles, 3 bilik 2 tandas, 850 sq.ft., lokasi strategic, dekat sekolah rendah dan menengah, dekat dengan pejabat persekutuan batu 7 dengan harga RM170K.

PR1MA harus menjadi wadah rakyat bagi memiliki aset pada harga berpatutan memandangkan hartanah yang dibangunkan diperoleh daripada agensi kerajaan.

Sekiranya penetapan harga dibuat mengikut harga pasaran se­perti syarikat hartanah lain, maka tujuan PR1MA diwujudkan dianggap gagal dan mengecewakan rak­yat. PR1MA mesti mengikut terma dan atur kerja yang telah ditetapkan semasa penubuhannya. Demi untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah tapi bukan terus membebankan rakyat.

8 comments:

Florance Enut said...

Sangat2 mengecewakan harga rmh prima yg ditawarkan...baik beli teres dr beli apartment prima tu..

Yg rumah teres rm170K tu area mna cikgu..projek syarikat mna ya...msi ada ka skrg ni. :)

IRIS DHEL said...

Boleh usha2 d taman sri labuk batu8, teres 1tingkat.. 3bilik 2tandas harga rm180k++ masih banyk 0.. Boleh renovate kalu ada rezeki.. Tanah yg lebar dan panjang.. Just info. Sharing is caring.

Lovely Lisz said...

Tq for info cikgu dan iris:)

tinta bayu said...

Siapa tau apa nama pemaju yg kamu ckp rumh teres tu, blh jg try ni drpd prima ni.

tinta bayu said...

Siapa tau apa nama pemaju yg kamu ckp rumh teres tu, blh jg try ni drpd prima ni.

Siti Athirah said...

Cekik darah bkn mampu milik tapi bikin mampus mbyr...makin tinggi tingkat makin dtambah 2k dr harga asal sangat2 mgecewakan durg ingat org2 sabah kaya2 kali

Mohamad Rahim said...

Frust.....btl2 frust.

Unaver Unabia said...

Sy sendiri pun kecewa. Rumah mampu milik apanya. Bila sampai sana ingatkan akan bawa balik berita gembira. Mohon dr tahun 2012 bila dapat jemputan melalui emel. Happy la sda. Bila samapai d pameran tu... hmmm langsung teda beza beli ngan private sector developer. Bagus beli dengan developer swasta yg lain bole dapat murah lagi. Rumah mampu beli la sangat. Memang jelas rumah mampu tengok ja.....