Thursday, June 16, 2016

Hujung penghadang jalan yang terdedah boleh meragut lebih banyak nyawa……

Hujung penghadang jalan yang terdedah

Penggunaan penghadang jalan dengan hujung penghadang yang terdedah boleh jadi alat untuk membunuh kepada pengguna jalanraya. Ia bagai senjata tajam yang menyiat kulit dan tubuh manusia. Kes  besi penghadang jalan menjadi pembunuh bukan baru kita dengar. Ramai pengguna jalanraya maut bila besi penghadang jalan tertusuk dan masuk ke dalam kenderaan untuk membunuh sesiapa saja yang ada didalamnya. Lebih malang lagi bila kenderaan yang terbabas sepatutnya boleh diselamatkan dari terbunuh jika tidak terlanggar hujung  penghadang jalan yang terdedah. 
Hujung penghadang jalan yang ditanam ke bumi

Penggunaan hujung penghadang jalan yang terdedah perlu diubah kepada hujung penghadang jalan yang ditanam kebumi. Ia Nampak lebih selamat walaupun akan menyebabkan kenderaan terbalik atau melambung. Peratusan selamat lebih tinggi berbanding jika ada sesuatu yang masuk kedalam kenderaan dan tembus hingga keluar kenderaan.







Penggunaan penghadang jalan penting dipasang di lokasi tertentu kerana ia boleh melindungi pengguna kende­raan daripada terlanggar objek atau terjatuh ke dalam gaung jika berlaku kemalangan. Memang tidak dinafikan dan perlu diperbanyakkan tetapi patut diberi perhatian pada pemasangan hujung penghadang yang terdedah atau ditanam kebumi .

No comments: