Monday, January 5, 2009

Korban di Gaza






Korban di Gaza meningkat lebih 500 orang
Abdul Rahim Sabri Jan 5, 09 6:31pm

Pertempuran sengit antara tentera Israel dan pejuang-pejuang Hamas dan dentuman bom yang memecah kesunyian awal pagi Isnin, dilaporkan berlaku di Zeitun, sebuah bandar Gaza menuntut penduduknya mencari tempat perlindungan.Bekalan elektrik di jalan raya dan rumah penduduk diputuskan telah menimbulkan ketakutan kepada penduduk sehingga memaksa mereka mencari tempat perlindungan yang lebih selamat."Kehidupan kami dipenuhi dengan ketakutan," kata Abdelrahim Malaka, seorang penduduk di bandar ini."Kami merayu bantuan dari seluruh dunia dan selamatkan kami daripada kekejaman Israel. Apa dosa anak-anak Palestin sehingga rumah mereka di bom?".Manakala seorang lagi penduduk di bandar itu Abu Abed al-Safadi turut melahirkan rasa ketakutan penduduk di situ kerana mereka berhadapan dengan kematian bila-bila masa."Kami nampak seorang jiran wanita mengibarkan bendera putih tetapi askar Israel masih menembak mereka. Kami tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka," tambah Abu Abed.Dalam serangan kira-kira seminggu lalu, ribuan rumah kediaman penduduk dilaporkan mengalami kemusnahan dan kerosakan apatah lagi mereka terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk.

No comments: