Monday, January 5, 2009

87 Kanak-kanak Terkorban di Gaza

















87 kanak-kanak terkorban di Gaza
Berpuluh-puluh keluarga menaiki kereta dan trak meninggalkan bandar Gaza dan pekan-pekan kecil di utara - di mana pertempuran hebat berlaku antara tentera Israel dan pejuang Hamas.Menurut Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Gaza mengesahkan bilangan penduduk bandar itu yang terkorban kini mencecah kira-kira 512 orang sejak Israel melancarkan serangan sejak 27 Disember lalu.Serangan di Gaza yang berlarutan lapan hari lalu dihalakan untuk melumpuhkan jentera serangan Hamas - sebuah pergerakan Islam yang turut melancarkan serangan roket terhadap Israel.Pihak hospital turut mengesahkan serangan awal pagi Isnin itu mengakibatkan kira-kira 87 kanak-kanak terkorban. Tidak kurang juga ada penduduk teraduk wanita mengalami kecederaan dalam serangan udara yang dilancarkan.Ketua Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Gaza, Moawiya Hassanein, menjelaskan kemusnahan berlaku dengan teruk sehingga menyukarkan ambulan memberi bantuan kepada mangsa yang cedera atau terkorban.Bekalan makanan semakin berkurangan, malah kedai-kedai yang menjual makanan di bandar telah kehabisan makanan menyebabkan rakyat terpaksa keluar daripada tempat perlindungan untuk mencari makanan.Program Makanan Sedunia menumpukan untuk menghulurkan bantuan makanan seperti biskut dan makanan bertin kerana kebanyakan penduduk kehabisan bahan bakar.



No comments: