Saturday, November 8, 2008

Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat

Surat terbuka untuk pakatan rakyat


Pembeli-Pembeli Rumah Terbengkalai,
Desa Kerayong IndahMukim JeramKuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.e-mail :desakerayongindah@gmail.comURL :


http://desakerayongindah.blogspot.com
Dato’ Seri Anwar IbrahimKetua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)Dato’ Seri Paduka Wan Azizah Wan IbrahimPresiden,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)Dato’ Seri Haji Abdul Haji Bin Haji Awang,Presiden,
Parti Islam seMalaysia (PAS)


Blogger-Blogger,


Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan



Per : Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat


Merujuk kepada perkara di atas, kami seramai lebih daripada 321 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah. Jeram, Kuala Selangor, Selangor ingin melahir rasa terkilan yang teramat di atas keengganan dan kegagalan pihak Pakatan Rakyat untuk meyelesaikan masalah kami ini.


Berikut adalah Kronologi ringkas tentang permasalahan yang kami alami :-


  • 1999 – Mendapat surat tawaran Pemilikan Rumah Terancang (Desa Wawasan) daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.
  • 2002- Pemaju gagal menyerahkan kunci rumah seperti yang dijanjikan.
    24 April 2007 – Kumpulan Pertama seramai 130 orang Pembeli Desa Kerayong Indah memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • 28 April 2007- Pilihanraya kecil Ijok dengan isu saman ini digunakan di dalam kempen pilihanraya sama melalui ceramah mahupun internet (Blogger).
  • 8 Mac 2008 – Pakatan Rakyat memenangi Piliharaya di Negeri Selangor.
  • 13 Julai 2008 – Menyerahkan surat rasmi di kediaman DSAI di Segambut, meminta untuk berjumpa dengan DSAI untuk merayu agar mempertimbangkan serta menyelesaikan masalah kami.
  • 13 Ogos 2008 – Menghubungi pejabat DSAI. Pembantu menjawab untuk menyiasat samada DSAI telah menerima surat tersebut.
  • 28 Ogos 2008 – Menghubungi Pejabat DSAI sekali lagi. Kali ini jawapan yang diberikan adalah tidak tahu dan meminta saya terus menghubungi PA DSAI Sdr Ibrahim Yaacob untuk bertanyakan tentang penyelesaian yang telah dibuat.
  • 2 September 2008 - PA DSAI meminta agar saya menghantar e-mail sekali lagi tentang isi kandungan surat tersebut.
  • 30 Oktober 2008 – Selepas menghubungi PA DSAI lebih dari sepuluh kali, serta janji-janji manis bahawa kami akan ditemukan dengan DSAI, SMS dihantar kepada PA Sdr Ibrahim Yaacob dan membatalkan sahaja pertemuan yang dicadangkan memandangkan telah terlalu lama (3 bulan) masa yang diambil untuk satu pertemuan antara rakyat dengan pemimpin.

Kami Pembeli yang 100% Melayu Islam ini masih tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan YB Iskandar di dalam jawapan bertulisnya melalui e-mail kepada saya memaklumkan bahawa kerajaan negeri (PR) memerlukan sebanyak RM70 juta jika memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.


Kami amat kesal kerana Pakatan Rakyat sejak mula memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu terlalu asyik menumpukan kepada perkara-perkara untuk menonjolkan diri dan mencari populariti sehinggakan tidak langsung menampakkan tanda-tanda untuk membantu rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.


Kalau dahulu, janji yang dicurahkan untuk memegang kuasa pemerintahan barulah boleh membantu rakyat jelata. Sekarang apabila telah memerintah di Negeri Selangor ini, kami merasakan seolah-olah tertipu dengan janji-janji manis untuk membantu rakyat.


Umpama pepatah mengatakan, terlepas dari mulut harimau, masuk pula mulut buaya.


Mengapa terlalu sukar untuk berurusan dengan bangsa Melayu Islam seperti kami ini? Mengapa isu babi, isu pasir, isu PKNS, isu air dan sebagainya yang melibatkan bangsa lain cukup cepat untuk diselesaikan oleh Pakatan Rakyat?


YB EXCO Selangor Sdr Ronnie Liu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saman terhadap kerajaan negeri Selangor akan diselesaikan di meja rundingan. Kami merasakan ianya amat berbaloi dengan sokongan yang diberikan selama ini terhadap Pakatan Rakyat. Namun ianya berakhir disitu sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan.


Malahan YAB Menteri Besar Selangor sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan semasa salah seorang pembeli yang hadir ke pejabat beliau semasa sessi bertemu rakyat dahulu dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan projek tersebut dan meminta supaya kami yang teranaiya ini menarik balik saman yang dikemukakan.


Apakah erti semua ini? Dimanakah janji-janji Pakatan Rakyat yang selama ini heboh memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti untuk merakyatkan ekonomi Selangor. Susah sangatkah untuk seorang pemimpin untuk bertemu dengan rakyat?Perlukah kami menjemput media dan kemudian barulah Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk bertemu dengan rakyat?Kalau di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu di Negeri Selangor ini, Pakatan Rakyat sering mencanangkan kepincangan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tetapi kini apabila telah memegang tampuk pemerintahan, kami seolah-olah tidak lagi bermakna dan ingin melarikan diri daripada menyelesaikan masalah rakyat.


Malahan semasa Penamaan Calon PRU-12 di Stadium Sukan Kuala Selangor kami telah mengadakan demontrasi aman dan diberikan ruang di kem Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional menyelesaikan masalah kami.Namun begitu apabila telah memenangi Piliharaya Umum ke-12 yang lalu bermula dari Mac 2008 sehingga Oktober 2008 (10 bulan) ini, kami langsung tidak nampak apakah jalan penyelesaian yang telah dan akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Malahan kami seolah-olah disekat untuk bertemu dengan pemimpin atau memang itulah amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.


Kami tambah terkilan apabila YAB MB Selangor telah sanggup hadir di Lobi Parlimen pada 6:15 petang 4 November 2008 yang lalu, walaupun sidang Dewan Rakyat telah berakhir dengan kesemua Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. Mengapa beliau sanggup berada di Lobi Parlimen (sidang telah tamat)? Sedangkan untuk bertemu dengan rakyat beliau tidak mempunyai masa?
Seringkali alasan yang diberikan adalah Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor. Berikan kami (Pakatan Rakyat) masa untuk menyelesaikan masalah ini. DSAI sibuk dengan urusan 16 September. Kemudian selepas itu, DSAI sibuk di Parlimen, DSAI ada temu janji yang lebih penting. Janji sebegini telah lapuk.


Bagaimana dengan hutang kami kepada pihak bank yang perlu dijelaskan pada setiap bulan? Bergolok bergadai, suami isteri bergaduh telah lama kami alami akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami.


Andai inilah kaedah dan kesombongan yang diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bukanlah salah untuk kami semua rakyat untuk menyesali memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.



Wassalam


Rakyat yang teranaiya.
Desa Kerayong Indah.


Link :-

1. No2umno

2. Tranungkite

3. Pas Bukit Sentosa 2

Posted by Cik Lee at 8:13 PM
Labels: ,

No comments: