Tuesday, December 9, 2008

Riba Punca Krisis Kewangan

Riba punca krisis kewangan

PADANG ARAFAH - Seorang ulama Arab Saudi semalam memberitahu jemaah-jemaah haji dalam khutbahnya bahawa krisis kewangan global berlaku kerana manusia mengabaikan arahan Tuhan dengan melakukan riba yang diharamkan oleh ajaran Islam.
"Hari ini kita menyaksikan krisis kewangan ini berlaku dan sebahagian syarikat serta bank bankrap," kata ulama itu, Abdul Aziz al-Sheikh di Masjid Namera.
""Ini merupakan kesan akibat mengabaikan peraturan Tuhan.
"Umat Islam perlu mematuhi peraturan Tuhan dan membentuk ekonomi berdasarkan ajarannya," katanya.
Beliau juga meminta umat Islam di seluruh dunia bersatu bagi menghadapi keganasan dan mengekalkan kestabilan.
"Dunia perlu menjadikan keganasan sebagai jenayah.
"Kita perlu berwaspada dengan keganasan dan memerangi kumpulan bersifat permusuhan yang memusnahkan negara dan orang ramai," jelasnya.
Bank-bank yang beroperasi menggunakan peraturan Syariah Islam mengelak mengenakan kadar faedah terhadap peminjam.
Kadar faedah itu dianggap sebagai riba oleh umat Islam. - AFP

No comments: