Saturday, July 23, 2016

Tahniah! tindakan pantas Pemuda UMNO Bahagian P.183 Beluran meringankan beban ibu tunggal Pn. Sungkit Binti Kamat.......

Selepas berita mengenai seorang ibu tunggal berasal dari Beluran yang hidup serba daif di Telipok, tersebar di media sosial beberapa hari lalu. Telah menarik perhatian Pemuda UMNO Bahagian P.183 Beluran yang diketuai oleh En. Jamri Samad@Erik dibawah kepimpinan YB Datuk Dr. Ronald Kiandee untuk menghulur tangan meringankan beban. Hasil usaha dan kerjasama banyak pihak termasuklah Pusat Khidmat Parlimen Beluran, Pemuda PBS Beluran, Majlis Daerah Beluran serta Jabatan Kebajikan Kota Kinabalu telah memperlihatkan sikap ambil berat dalam mensejahterakan rakyat. 
Pemuda Umno Beluran telah menjemput Pn. Sungkit pulang ke Beluran untuk memudahkan proses bantuan dilaksanakan. Hari ini penyerahan kunci rumah PPR di Taman Sungai Labuk Beluran telah berlangsung disamping penyerahan barang keperluan harian. Jabatan Kebajikan Am Kota Kinabalu telah mengambil tindakan untuk membantu dengan meluluskan bantuan tabung segera RM 300, meluluskan bantuan am RM 180 sebulan bermula September 2016 dan perkhidmatan kaunseling. Apa yang diharapkan agar lebih ramai masyarakat yang perihatin dan bersedia menjadi mata serta telinga untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berwajib dalam usaha membela nasib rakyat.

No comments: