Monday, July 18, 2016

Penduduk Apartmen Taman Sri Gaya Sandakan sudah tidak tahan dengan bau busuk.......


Sebahagian penduduk yang menetap di Apartmen Taman Sri Gaya di batu 7 Sandakan khususnya mereka yang berada di blok 5 lorong 8 sudah tidak tahan lagi bergelumang dengan bau busuk yang menyelubungi kawasan perumahan mereka setiap hari.
Bukan sahaja terpaksa menghirup udara yang berbau malah pencemaran seumpama ini boleh menjejaskan kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak. Semuanya dikatakan berpunca daripada air kumbahan yang melimpah dengan mengeluarkan bau busuk yang meloyakan serta pandangan tidak sihat bagi mereka yang lalu dikawasan tersebut.
Seorang penghuni yang berada ditingkat bawah berhampiran dengan air kubahan yang melimpah tersebut, berkata, masalah pencemaran bau itu berlaku sejak tahun lalu lagi dan bau busuk akan menjadi bertambah kuat apabila hujan turun. Kita sangat berharap perkara itu dipandang serius oleh pihak berwajib, sebab selepas aduan demi aduan dibuat namun tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana pihak.
“Bayangkan macam mana kami melalui kehidupan seharian dengan bau busuk ini. Keadaan ini menyebabkan kami kurang selesa kerana bau busuk selalu mengganggu dan paling teruk bila hujan.

“rasa mual kerana setiap hari hirup udara busuk. Perkara ini perlu ditangani segera sebab ramai yang tinggal di kawasan ini semua sudah berkeluarga dan ada anak,” katanya. Dia juga bimbang disebabkan pencemaran bau itu bakal mengundang penyakit terutamanya kepada kanak-kanak yang sering bermain di luar kawasan rumah.
Apa yang diharapkan pihak Majlis Perbandaran Sandakan dan Jabatan Kerja Raya agar dapat turun padang untuk melihat sendiri masalah tersebut supaya perkara ini tidak berlarutan. Sementara kita tidur lena dirumah ingatlah ada insan lain terseksa dengan bau busuk sepanjang masa.

No comments: