Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh
pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu
menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi
(monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada
perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan
ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan
yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat
Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan
paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun
ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH
(National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1
juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 –
50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah,
tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua
(akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat,
manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau
juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat
interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin
berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout
mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan
pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap
serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap
masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam
kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang
ginjal boleh juga terjadi.
PENGEMPULAN CECAIR PEMBENTUKAN KRISTAL DIAMBIL DARI PESAKIT
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh
peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini
terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik”
pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit,
sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi
pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan
RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia
mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan
diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan
diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian
sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat
remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7
mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati
apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl,
kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam
darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk.
Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu
bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi
dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney
stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney
failure).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada
tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan
najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat
dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat
dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah
dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer),
mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat
Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan
kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid
urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan
kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot.
Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar
memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang
diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat
keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas
pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya
ia adalah “racun” yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini
kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan
kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan
lagi rahsia di kalangan doktor.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin
rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari
tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan
ubat bengkak dalam menangani gout.
Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu
mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah
disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan
pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.
Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu
menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh
pakar perubatan bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan
segera serta makanan rapu boleh merosakkan buah pinggang.
TANDA DAN GEJALA
Ghout pada sendi jari kaki.
Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut,
bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin
juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan.
Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang
terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan
kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut;
umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua
serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan
sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut,
pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout
boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan
kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur
asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks
telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis
karang ginjal.
1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dgn kuantiti yg banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Stress yg tak terkawal.
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.
Pencegahan
Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi
antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet
itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya
menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina,
seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan
sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks
dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan,
kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), daun bayam, pucuk asparagus, dan
kubis bunga, harus dielakkan.
Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri
daripada bilberi, Acai berry, beri biru, ceri.atau manggis. Bahan-bahan
antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut
menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan
yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout,
disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh
ubat penindas keimunan.
Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri
dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah
pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan
Gout. Untuk ini sila laksanakan cadangan berikut:
2) Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
3) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
5) Elak memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
6) Elak memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
7) Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8) Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
9) Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10) Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11) Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12) Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
13) Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja).
14) Elakkan tembikai dan tembikai susu.
15) Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16) Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17) Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
18) Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19) Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20) Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21) Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22) Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23) Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24) Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25) Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26) Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27) Elakkan jering, petai dan kerdas
28) Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan.
29) Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
30) Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
31) Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih.
32) Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
33) Elakkan sayuran jeruk
34) Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
35) Elakkan telur masin36) Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
37) Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb.
38) Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
39) Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
40) Kurangkan makanan bersantan
41) Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
42) Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
43) Kurangkan makanan bersantan
44) Wajib dihindari: Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
45) Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) — (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
46) Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL), hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
47) Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
48) Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
49) Elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing.
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki
melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan
penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum
mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan
biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran
asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan
memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan
merawat gout dengan kehangatan.
Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain
ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan
bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin
(pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu diantaranya ialah:
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. amalkan permakanan Cendawan/GANODERMA
16. Acai Berry
17. Penggambilan HABBATUSSAUDA
18. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
Rawatan Tradisional
1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.
2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.
3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
4) betik muda dan green tea.Apa yang
perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi di
dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam
betik tersebut sehingga kembang. Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian
betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air
green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan
sakit semakin kurang.Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang
warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.
5)
mengambil sekitar 20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang
fresh anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang
telah dibekukan.
Sebagai
pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur
hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun
perlu diambila pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.
6)
mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang
baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan
perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati
ikan (fish liver).
Penyakit gout adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.
Sumber : herbadantumbuhan.blogger.com
2 comments:
Air klape ke minyak kelape?😁
Batang kelapa...
Post a Comment