Presiden Cash tunjuk contoh dengan naik bas
6th June, 2008
KOTA KINABALU : Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan Datuk Patrick Sindu berkata beliau akan mula naik bas untuk ke pejabat sebagai satu kaedah mengubah cara hidup bagi mengurangkan beban kesan kenaikan harga petrol dan diesel mulai kelmarin.
“Biasanya,saya memandu kereta kancil ketika bertugas,dan selepas ini ,anda akan lihat saya menaiki bas bagi mengurangkan kos.
“Saya harus memberi contoh kepada pengguna.Jadi saya berharap orang ramai juga akan berbuat demikian.Amalkan langkah berjimat cermat,jangan berlebih-lebihan dan beli berdasarkan keperluan sahaja,” katanya ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Rabu mengenai penstrukturan semula harga petrol dan diesel yang menyaksikan harga petrol dan diesel masing-masing naik kepada RM2.70 dan RM2.58 bagi setiap liter.
Sindu berkata pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana kini tidak mempunyai pilihan selain berbuat demikian kerana kenaikan harga bahan bakar agak tinggi dan akan menjejaskan kuasa beli dan mutu kehidupan harian mereka.
Beliau mencadangkan agar golongan pekerja belajar membawa makanan dan minuman dari rumah bagi menggantikan tabiat mengambil sarapan dan makan tengah hari di kantin atau restoran.
Sindu juga berharap orang ramai bercucuk tanam bagi mengurangkan pembelian.
“Di Sabah ini,tanah kita masih luas.Kalau anda lihat tanah di Papar,Penampang,Kota Belud dan banyak tempat lagi banyak yang terbiar.Jadi mengapa ia tidak diusahakan?” katanya.
Betulkah seperti apa yang dikatakan oleh Presiden Cash ni, saya macam tidak percayalah!Apa tidaknya, kalau dulu dia begitu cepat melenting bila sesuatu perubahan yang dibuat oleh kerajaan.Perubahan seperti ini macam ada yang tidak kena dan saya nak lihat sampai bila beliau nak naik pengangkutan awam.Apa yang kita katakan tidaklah semudah seperti apa yang kita akan laksanakan.Adalah lebih baik untuk kita sentiasa belajar berjimat dan tidak perlu tunggu sehingga kita terpaksa berjimat.Apa yang jelas orang ramai terpaksa bersedia menghadapi kenaikan harga barang tak lama lagi,kenaikan tersebut pasti kenaikan yang menggila.
No comments:
Post a Comment