Dr M: K'jaan mampu kekal subsidi
Syed Jaymal Zahiid Jun 5, 08 8:59pm
Berdasarkan kepada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat minyak negara, Petronas, kerajaan sebenarnya mampu untuk mengekalkan subsidi bahan bakar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Mantan perdana menteri itu yang juga penasihat Petronas menulis dalam blognya hari ini bahawa langkah mengurangkan subsidi secara berperingkat adalah pilihan lebih baik memandangkan beban kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh rakyat."Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong dieksport, yang memberi pulangan RM27 juta."Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang."Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi."Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan kerajaan," tambahnya.Ekoran kenaikan harga tersebut, katanya, semua barangan pengguna yang lain, perkhidmatan dan barangan mewah, akan turut mengalami peningkatan harga.Ini, katanya, akan disusuli oleh peningkatan kos sarahidup, akan tercetus inflasi dan taraf hidup rakyat akan menurun."Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat," katanya.
No comments:
Post a Comment