Tuesday, June 10, 2008

Peraduan Kereta



Jakim minta Celcom henti sementara peraduan kereta

PUTRAJAYA:


Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bermesyuarat hari ini meminta syarikat telekomunikasi, Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom), menghentikan sementara peraduan `100 Hari 100 Kereta' sehingga keputusan muktamad dibuat pada 17 Jun ini. Pengerusinya yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata pemberhentian itu wajar sementara panel itu meneliti terma dan syarat peraduan yang dikemukakan Celcom sama ada ia menyalahi hukum syarak atau tidak.






Bagaimana pula dengan perjudian berbentuk seperti ini.....




atau seperti ini........



Atau banyak lagi..........

Adakah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hendak memperkatakan sesuatu tentang perkara ini. Persoalannya ialah adakah perjudian ini tidak menyalahi hukum syarak, jika menyalahi hukum syarak kenapa tiada sebarang tindakan. Atau perjudian seperti ini sah pada perundangan manusia meskipun ianya kekal haram dalam agama islam. Seperti yang diperkatakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi "Bagi saya unsur-unsur perjudian meletakkan bahawa jika wang yang disumbangkan itu tidak kembali kepada orang itu, dan tidak memberi faedah, maka hukumnya judi dan judi itu haram". Kenapa kita tidak mempersoalkan unsur judi yang nampak lebih terang dan nyata yang berada di sekeliling kita setiap hari. Tidakkah kita tahu bahawa si pengguna untuk judi-judi seperti ini peratusnya sangat besar untuk satu bangsa yang beragama islam. Dan pendapatan lumayan hasil perjudian tadi akan disalurkan kepada pendapatan negara melalui cukai kerajaan serta kerajaan salurkan pula hasil haram ini kepada kakitangan awam dan rakyat melalui gaji dan pembangunan. Apa yang perlu direnungkan ialah hasil yang haram akan kekal haram walau dalam apa bentuk sekalipun kepenggunaannya.Kecuali jika kita selalu bersandarkan kepada sebuah negara majmuk dan bangsa kita akan hilang nilainya.

No comments: