Sunday, June 22, 2008

Ekspedisi Pakatan Rakyat ke P. Pisang

Ekspedisi Pakatan Rakyat ke P. Pisang
Jun 19, 08 3:44pm


Seramai 30 orang, termasuk pemimpin PAS, PKR dan DAP serta enam ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat akan menyertai ekspedisi memacak bendera Malaysia di Pulau Pisang dan Pulau Merambong, Sabtu ini.Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, ekspedisi tersebut diadakan untuk mempertegaskan pendirian Pakatan Rakyat dalam mempertahankan kedaulatan Pulau Pisang dan Pulau Merambang yang dibimbangi akan senasib dengan Pulau Batu Putih."Meskipun Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman memberi jaminan bahawa Pulau Pisang adalah hak Malaysia, tetapi ianya tidak mutlak kerana itulah juga jaminan yang pernah diungkap oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (ketika menjadi menteri besar dahulu) pada 1992 mengenai masa depan Pulau Batu Putih.Ekspedisi ini adalah sebahagian daripada "Kempen Selamatkan Johor" anjuran Pakatan Rakyat, untuk memberi kesedaran kepada kerajaan dan rakyat agar patriotik dalam soal kedaulatan negara."Terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura adalah tragedi malang yang memberi banyak pengajaran agar kerajaan tidak boleh cuai dalam perkara yang begitu penting," katanya.

Perkara seperti ini perlu kita lakukan selagi kita bernama rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan kedaulatannya. Perkara ini tidak boleh terbatas oleh fahaman politik, kerana nilai patriotik itu adalah milik semua.

No comments: