Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar
Rashid berkata, “ komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam
setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi
produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan
transformasi kepuasan pelanggan”. Beliau juga pernah berkata “kami ingin
menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan
kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan
kami," katanya.
Malangnya apa yang dikata oleh Presiden Perodua dan Ketua
Pegawai Eksekutif, tidak menggambarkan seperti apa yang berlaku di atas jalanraya semasa kemalangan. Apa yang diharapkan oleh pengguna supaya pihak
pengeluar kenderaan tempatan untuk mengkaji semula dan meningkatkan ciri-ciri
keselamatan kenderaan keluaran mereka. Semoga usaha mereka dapat menyumbang
kepada berkurangnya kadar kehilangan nyawa di atas jalanraya.
No comments:
Post a Comment