Semasa bertugas disalah sebuah sekolah di daerah Kinabatangan
( berbaju gelap paling hujung sebelah kiri )
Suatu malam
yang mengubah hidup seorang guru bernama Cikgu Umbran Bin Salasandi, selepas terbabit
dalam kemalangan di batu 6 jalan Labuk Sandakan pada tahun 2004 jam 12 malam.
Siapa sangka malam itu merupakan malam terakhir bagi cikgu Umbran bersama
rakan-rakan guru berborak, bergurau, gelak dan tawa sambil menonton perlawanan
bola sepak disebuah restoran sebagai insan normal.
Kenangan semasa bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan
Sandakan
Ketika malam
semakin larut, cikgu Umbran dan rakan-rakan mula bergerak pulang. Cikgu Umbran
pandu kereta kancil untuk pulang ke rumah di Taman Sejati, namun ketika berada
dilokasi kejadian semasa hendak keluar simpang untuk ke jalan utama. Tiba-tiba
kereta yang dipandu oleh cikgu Umbran telah dirempuh kuat dari arah belakang,
cikgu Umbran tidak sedarkan diri selepas kemalangan tersebut.
Ketika menggunjungi cikgu Umbran
Sejak itu
hidupnya berubah sepenuhnya, doctor sahkan cikgu Umbran mengalami kecacatan
kekal iaitu lumpuh seluruh badan. Cikgu Umbran bekas guru pelatih di Maktab
Perguruan Sandakan, tapi beliau tidak ingat tahun berapa. Sekolah terakhir
beliau ialah di SK. Sung Siew dan pernah juga bertugas daerah Kinabatangan. Kini
beliau berusia 44 tahun dan hanya mampu terlantar diatas katil sepanjang masa.
Cikgu Umbran kini tinggal bersama ibu dan kakak di Taman Sejati, lot 162,
lorong 9, jalan Airport Sandakan.
Syukurlah masih ada yang sayang, kunjungan rakan-rakan guru dari SK.
Sung Siew Sandakan
Walaupun
menerima pampasan dari pemilik kenderaan yang menyebabkan kemalangan itu, namun
ia tidak boleh kembalikan hidup rutin cikgu Umbran sebagai insan normal. Cikgu
Umbran juga ada menerima wang pencen dan selain itu beliau juga ada menerima
sumbangan dari Badan Kebajikan setiap bulan. Hanya itu yang diguna bagi
menampung hidup seharian beliau, selain berusaha sendiri untuk terus mengumpul
kekuatan dan ketabahan dalam menyudahkan hidup yang ditakdirkan kepadanya. Pada
raut wajah cikgu Umbran tergambar jelas kesedihan hidup yang dilaluinya, apa
yang diharap bukan wang ringgit tapi hanya kunjungan rakan-rakan yang mengenali
beliau. Kunjungan itu akan membuat cikgu Umbran termotivasi untuk meneruskan
hidupnya yang masih jauh dan kelam.
No comments:
Post a Comment