“Legasi 1 Agenda 1 Impian” kata-kata keramat yang patut
diteruskan, Selamat Bersara YBhg Datuk
Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Warga pendidik seperti kehilangan seorang pemimpin, seorang bapa, seorang
abang dan seorang kawan yang sangat dedikasi. Beliau seorang pegawai kerajaan yang
begitu pro akif dalam soal pembangunan pendidikan di negeri di bawah bayu ini,
pegawai yang sering turun padang melihat sendiri masalah-masalah yang di hadapi
oleh warga pendidik dan murid-murid sekolah. Amanat beliau kepada warga guru
yang bergelar pemimpin dalam pendidikan "Zaman sekarang kita
tidak boleh lagi duduk sahaja di pejabat. Kita kena mendekati masyarakat
melalui konsep turun padang,". Ungkapan yang pernah dijadikan anjakan
motivasi bagi warga pendidik suatu masa dahulu, KALAU BUKAN KITA SIAPA
LAGI? KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI?.....DAN KALAU BUKAN DI DAERAH TUAN,......DI SEKOLAH
TUAN DI MANA LAGI? ......DAN KALAU BUKAN DI NEGERI SABAH DI MANA LAGI?...SIAN
BANI MANANG!!!!. Semoga YBhg Datuk terus dikurniakan kesejahteraan, umur yang
panjang, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik disamping keluarga
tersayang.
Wednesday, March 30, 2016
Dulu Tongodo Kini Tongod
Sejarah
Tongod Sejak 1880
Berdasarkan
sejarah awal penduduk Pulau Borneo tergolong dalam kelompok Austronesia, iaitu
daripada kelompok Negrito dan Austroloid. Kelompok ini telah meninggalkan Tanah
Melayu bersama-sama penduduk Austronesia yang lain selepas zaman air batu,
iaitu kira-kira 2,500 - 5,000 tahun yang lalu. Mereka memulakan penghidupan
baru dan berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain disamping
mengamalkan pertanian pindah (shifting cultivation) dalam menyara hidup
seharian mereka. Amalan ini telah dilakukan untuk beberapa lama sehinggalah
mereka sampai di Utara Pulau Borneo. Perubahan hidup masyarakat ketika itu
telah bermula dengan petempatan secara kekal dan bertumpu di tebing sebuah
tasek yang dikelilingi oleh pokok-pokok Ara di ulu Sungai Labuk yang dikenali
dengan nama Nunukragang. Tidak dapat dipastikan samada Kampung Nunukragang yang
terletak tidak jauh dari Jambatan Tampias ketika ini adalah kampung yang
dimaksudkan dalam sejarah penghijrahan awal ini. Salah satu suku etnik yang
terdapat disini adalah suku kaum Orang Sungai.
Dari segi catatan sejarah, asal usul mengenai Orang Sungai adalah bermula pada
1881, apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan
ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih
wujud pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah
terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan kebolehan
mendirikan petempatan di tebing sungai serta pandai bercucuk tanam yang
dicirikan dengan imej berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan.
Disebabkan masalah komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-usul
masyarakat tersebut dan untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan
masyarakat ini dengan panggilan the river people.Selepas peristiwa
tersebut dan semasa pemerintahan The British North Borneo Chartered Company
(BNBCC) panggilan ini telah dialihbahasakan kepada Orang Sungai dan telah kekal
digunakan bukan saja terhadap masyarakat yang mendiami Sungai Kinabatangan
tetapi juga masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang lain juga turut digelar
sedemikian.
Masyarakat yang tinggal di pinggir sungai yang dirujuk sebagai Orang Sungai
terus berkembang dan petempatan mereka sering tertumpu di tebing-tebing sungai
utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan,
Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini boleh dikaitkan
dengan cara hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam dan sentiasa mencari
kawasan yang subur terutama kawasan lembangan sungai.Sistem Kepercayaan dan
Adat Resam. Orang
Sungai menganut fahaman yang berbeza-beza, ada yang beragama Islam, Kristian
dan ada yang masih mengamalkan fahaman Animisma. Mereka yang menganut agama
Islam pada asasnya adalah terdiri daripada mereka yang berkahwin campur dengan
peniaga Suluk.
Nama Asal Tongod
Pada
awalnya EN.KANGI (
tidak diketahui siapa dia ) telah menamakan tempat ini sebagai “TONGODO”,iaitu bersempena dengan nama
poko-pokok kayu yang banyak terdapat ditempat ini ketika itu.Tetapi pada hari
ini akibat peredaran masa,arus sungai deras bila musim hujan(banjir) dan juga
kebanyakkan generasi sekarang tidak lagi mengenali pokok tersebut maka pokok
ini sudah jarang ditemui.
Nama TONGODO tersebut tidak kekal lama,ini kerana apabila DATO RABBANA(Saudagar berbangsa
Suluk)telah sampai di tempat ini beliau telah meminta agar nama tersebut
ditukar kepada “TONGOD” yang
membawa erti “TEMPAT” dalam
bahasa Suluk.Sememangnya pedagang –pedagang Suluk pada ketika itu sangat
dihormati,ini kerana dikatakan bahawa mereka ini adalah wakil daripada Kerajaan
Sulu datang berniaga sambil meninjau kawasan berkenaan.Seterusnya pangkal
nama Tongod ditambah dengan perkataan“KUALA”(Alung-Bahasa
Sungai)maka jadilah nama tempat ini “KUALA TONGOD”(ALUNG TONGOD-Bahasa Sungai).Ini adalah disebabkan
oleh kedudukan tempat ini sendiri terletak di Muara (Kuala Sungai Tongod) yang
mengalir ke Sungai Kianabatangan.
Penemuan Tongod
Menurut
catatan yang ditulis oleh En.Roslan Lampakas (Bekas ADO Pejabat Daerah Kecil
Tongod)dalam buku aturcara Perayaan Pesta Kaamatan 1990 berpusat di
Tongod.Orang yang mula-mula sekali datang di tempat ini ialah “AKI
RANDAM”,beliau ini keturunan Suku Makiang berasal dari Kg.Bangkulat.
Keterangan ini disokong oleh En.Abd.Kadir Bin Abdullah,menurut beliau nama lain
atau sebelum memeluk agama islam AKI RANDAM ini bernama “AKI SALAP”.
Menurut cerita pada zaman dahulu satu wabak penyakit yang dipanggil
“PANGKOT”telah melanda beberapa buah kampung di sebelah bawah termasuklah
Kg.Bangkulat.Wabak tersebut telah banyak mengorbankan nyawa ramai penduduk.Disamping
mencari penempatan baru faktor yang mendorong penghijrahan beberapa penduduk
ialah penyakit tersebut.Diceritakan juga bahawa pada zaman tersebut belum ada
penduduk yang mempunyai agama,mereka semua pada ketika itu adalah “Animisme”.
Seorang pedagang Islam daripada Brunei bernama “IMAM KAHAR”telah sampai di
Kg.Bangkulat tersebut.Banyak keajaiban yang dimiliki oleh pedagang tersebut
,walaubagaimanapun AKI SALAP ini sebagai orang yang paling gagah pada
ketika itu tidak mempercayai pedagang berkenaan.Digambarkan bahawa pada ketika
itu AKI SALAP ini adalah seorang BAANI yang paling disegani bukan sahaja oleh
Sukunya tetapi juga oleh pihak msuh “TINGGALAN”.Pada satu masa ada acara
menangkap ikan beramai-ramai “MENUBA” menggunakan racun akar kayu “TUBA” di kawasan
tersebut.Imam Kahar telah menggaris Sungai Kinabatangan ini dengan
tongkatnya.Apa yang menghairankan “semua ikan sebelah bawah hidup cergas,tetapi
ikan sebelah ulu semuanya mati”sedangkan racun dibuang sebelah ulu sungai.
Keajaiban seterusnya yang ditunjukkan oleh’Imam Kahar’ ialah sewaktu wabak
“Pangkot”melanda kawasan tersebut sesiapa yang mendapat suntikan beliau akan
sembuh.Dikatakan bahawa “Aki Salap”ini tidak lut oleh apa-apa senjata
tajam,tetapi dengan jarum suntikan ‘Imam Kahar’dengan senang sahaja melukai
kulit seterusnaya isi beliau.Maka dengan itulah beliau ini “Aki Salap” telah
memeluk agama islam seterusnya berguru dengan Imam tersebut.Apabila ketua
mereka telah memeluk agama islam maka sebilangan besar penduduk telah mengikut
jejak langkah beliau ini.
Setelah sampai di tempat ini beliau
“AKI RANDAM” telah bertemu dengan “EN.KANGI”yang berasal daripada
Kg.Talibu.Menurut orang ini tiada orang yang berani pergi ke tempat ini kerana
takut dengan “Seekor Harimau/Mondou” yang tinggal dalam lubang batu di bukit
“OPOS MATO”(boleh dilihat dari Kuala Sungai Tongod).Sebagai seorang yang gagah
berani (Gumbilaan) beliau telah mengarahkan beberapa orang mencari batang
pisang monyet dan damar seterusnaya dikumpulkan dilubang batu tersebut.Setelah
itu damar tersebut telah dibakar,akhirnya Harimau/Mondou tersebut telah mati
hangus.Selepas itu barulah ramai orang yang telah berhijrah seterusnya membuat
penempatan di tempat ini.
Saturday, March 26, 2016
ASAL USUL BULUDAN ATAU BELURAN
Beluran merupakan sebuah daerah yang terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah. Ia terletak kira-kira 88 kilometer dari bandar Sandakan. Telupid yang merupakan sebuah daerah kecil bagi Beluran, terletak kira-kira 100 kilometer dari pekan Beluran. Daerah ini mempunyai sebuah kawasan Parlimen (Parlimen Beluran) dan dua kawasan DUN, iaitu Labuk dan Sugut.
Daerah Beluran terletak di Timur-Utara Sabah, bersempadan dengan daerah Pitas dan Kota Marudu di Utara, Ranau dan Tongod di Barat, Kinabatangan di Tenggara dan Sandakan di Selatan. Dengan keluasan 7,717 km persegi Daerah Beluran merupakan daerah kedua terbesar di Sabah selepas Daerah Tongod. Di sebelah Barat Daerah ini merupakan dataran tinggi dan berbukit bukau, ia merupakan unjuran Banjaran Crocker manakala di sebelah Timur merupakan dataran rendah, sebahagiannya hutan paya bakau di pesisir pantai dan muara sungai. Sungai utama yang melalui Daerah Beluran ialah:- Sungai Labuk,Sungai Sapi,Sungai Tongod,Sungai Sugut,Sungai Lingkabau,Sungai Paitan,dan Sungai Tangkarason.
Beluran dahulunya adalah lebih dikenali sebagai
Daerah Labuk-Sugut dan dicatatkan telah wujud sejak awal Pentadbiran British
North Borneo Charterd Company, ia juga dinyatakan sebagai antara Daerah yang
terawal di Negeri Sabah.
Nama bagi Beluran diambil sempena nama bukit yang
menjadi “Land Mark” pekan tersebut, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan
Tidong disebut “Buludan” Pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan
dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggris yang tidak fasih menyebut
perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan Buludan bertukar kepada Beluran dan
kekal sehingga kini.
Buludan adalah kata dalam bahasa Dusun yang diberi
penambahan “an” dihujung kata “bulud” penambahan kata “an” kepada Buludan
tersebut adalah bagi menggambarkan makna kata tersebut sebagai ‘hanya dapat
sampai dengan berjalan kaki bertongkatkan tulang betis‘, perkataan “bulud”
adalah merupakan kata dasar kepada perkataan “Buludan”. “Bulud” adalah kata
nama di bahagian kaki manusia mahupun binatang atau dalam bahasa Dusun
Talantang bermaksud tulang betis, perkataan ini adalah yang
menterjemahkan kata nama “betis” dalam bahasa Melayu. Jadi secara mudahnya kata
“Buludan” ini dapatlah di seertikan sebagai “MEMBETIS” dalam bahasa Melayu atau
dalam konteks pemaknaan dalam bahasa Dusun Sugut adalah “Hanya dapat sampai
dengan berjalan kaki bertongkatkan tulang betis”.
Menurut kalangan tua-tua dari masyarakat Dusun di
Sugut khususnya di Kaingaran atau pun di Kg. Iran Baru Beluran dan juga oleh
sebahagian masyarakat Dusun setempat sekitar sungai Sugut bahawa kononnya sejak
pihak penjajah membuka Pejabat Pentadbirannya di kawasan ini maka ramai
kalangan penduduk tempatan khususnya yang tinggal atau berasal dari pedalaman
berdatangan, kedatangan penduduk pedalaman tersebut adalah untuk
memperdagangkan hasil hutan dan tani mereka, selain daripada itu sebahagian
besarnya adalah untuk mendapatkan pekerjaan seperti buruh balak mahupun buruh
(mencari) rotan.
Masyarakat pedalaman khususnya dari pedalaman
Sugut dan Paitan tidak mempunyai banyak pilihan untuk ke tempat terbabit selain
daripada berjalan kaki, sungguh pun sebenarnya mereka dapat ke tempat tersebut
dengan perahu namun bahaya lebih banyak jika mereka menggunakan perahu ke
tempat itu kerana perahu yang mereka gunakan adalah perahu bulat dan mudah
terbalik apabila sampai di laut, selain itu ia juga akan memakan masa lebih
lama berbanding dengan berjalan kaki. Sebenarnya, bagi masyarakat pedalaman
dari Sugut mereka akan berperahu sehingga ke Lingkabau (kalau mahu menggunakan
laluan laut akan tembus ke Terusan Sugut) kemudian mereka akan berjalan kaki
atau dengan memikul perahu (sa'non talud) sehingga ke sungai Tongod, perjalanan
tersebut memakan masa lebih kurang 3 hari 2 malam (ke Buludan) malahan ada yang
lebih dari itu manakala semasa pulang pula memakan masa hampir 4 hari 3 malam.
Dari sungai Tongod mereka akan berperahu jika ada
perahu (jangkar boleh/dapat juga digunakan namun sangat dikhuatiri kerana mudah
terdedah dengan bahaya ancaman buaya- selalunya mereka membuat perahu dan/
menyimpannya di tempat tersebut yang mereka panggil “Wasai“). Alternatif lain
ialah berjalan kaki selepas menyeberangi sungai Tongod. Apabila mereka
dekat/hampir sampai ke destinasi petanda pertama mereka kenalpasti adalah bukit
yang digelar “buludan” tersebut dan selalunya mereka akan berkata “U'dih lo'
nulou pongobuludan tokou kasasari..“, hal itu kerana bukit itulah satu-satunya
yg paling tinggi di kawasan tepi muara tersebut. dari semasa ke semasa akhirnya
bukit itu pun di nama “BULUDAN” sebagai tanda keperitan mereka berjalan kaki
untuk ke tempat tersebut.
Pejabat Pentadbiran Daerah Beluran telah ditubuhkan
seawal tahun 1916 walaubagaimanapun semua rekod dan data berkenaan telah musnah
akibat perang dunia ke dua, dan rekod Pegawai Daerah beberapa tahun juga
musnah. Menurut sumber daripada orang lama, Encik B.S Willie telah dilantik
sebagai Pegawai Daerah Beluran pada tahun 1945. KLAGAN merupakan Pusat
Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama, tetapi kerana kawasan tersebut
seringkali dilanda banjir, Pemerintah British telah memindahkan pusat
pentadbiran tersebut ke kaki bukit Beluran. Begitulah serba sedikit tentang
Beluran.
Rujukan:
Subscribe to:
Posts (Atom)