Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat.
Antara perkara yang menyebabkan kemarahan Reformis adalah tindakan kerajaan negeri menaikkan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250 sebulan yang didakwa membebankan penyewanya yang kebanyakannya berpendapatan RM500 sebulan.
Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Reformis jika mereka masih berkeras mahu mengadakan demonstrasi ‘bogel’ tersebut.
Katanya, tindakan terhadap mereka boleh dikenakan di bawah peruntukan mengikut Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menetapkan denda maksimum RM1,000.
Persoalan yang bermain dibenak fikiran kita sekarang ini ialah siapakah sebenarnya Ramlan Abu Bakar? Adakah dia ini benar-benar reformis yang betul-betul berjiwa rakyat dan amat prihatin dengan masalah rakyat? Adakah rakyat miskin amat bersetuju dengan cadangan dia ini untuk melancarkan kempen mogok bogel? Apakah hanya ini sahaja caranya atau kaedah yang ada untuk kita mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalah yang timbul?
Secara peribadi cadangan untuk mengadakan kempen mogok bogel adalah satu cadangan yang paling keji, jijik dan teramat-amat bodoh. Tindakan ini akan menjatuhkan maruah peribadi kita sebagai seorang muslim. Lupakah kita pada balasan Allah? Kita berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dalam setiap perjuangan kita mesti letakkan nama Allah di atas kerana keberkatan sesuatu perjuangan itu datangnya dari Allah. Apabila kita berjuang menuntut keadilan dengan mogok bogel, ianya amat menyimpang dari suruhan Allah. Adakah Allah akan memberi keadilan yang dituntut itu kepada kita?
Turut menjadi persoalan ialah, siapa pula yang melantik presiden bogel ini sebagai pemimpin. Beliau sangat tidak layak untuk membela walau sesiapa pun sebaliknya perlu memperbetulkan diri dan sikap dengan hasrat untuk berbogel. Cadangan MTB ialah sangat berharap agar saudara Ramlan Abu Bakar sebagai orang pertama yang perlu berbogel terlebih dahulu dan kita nak tengok siapa yang terangsang untuk turut berbogel bersama-sama beliau. Budak tadika pun berfikir banyak kali untuk berbogel dikhalayak ramai, inikan pula kita sebagai seorang yang telah matang dan dewasa. Tetapi sebagai seorang bapa mungkin inilah contoh terbaik untuk diteladani oleh anak-anak beliau.
No comments:
Post a Comment