Sunday, December 7, 2008

Penyokong PKR Kecewa


Jimadie Shah Othman Dec 5, 08 2:58pm

Penyokong-penyokong PKR yang berjuang sejak sepuluh tahun lalu kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memusnahkan projek pertanian mereka di Batang Berjuntai semalam.Sedangkan kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak pernah memusnahkan projek penerokaan hutan itu, yang dibuka sejak 2001, kata mereka.Bekas wakil rakyat BN bagi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh pernah mengeluarkan surat kepada Jabatan Perhutanan Selangor dan menteri besar bagi mengelakkan tanah beratus-ratus ekar yang diteroka secara haram tidak dimusnahkan.Aktivis popular Gerakan Reformasi yang dekat dengan kumpulan ini Badarudin Ismail berkata, belasan peneroka itu asalnya penggiat- penggiat gerakan itu dari perkampungan setinggan dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Tindakan membersihkan tanaman nenas, pisang, keladi, ubi kayu, serai dan pandan, tambahnya, dijadual memakan masa tiga hari bermula semalam.Menurutnya lagi, setiap peneroka termasuk penyokong BN mengusahakan dua hingga tiga ekar tanah belukar di Batu 20, Jalan Sungai Tengi-Batang Berjuntai.Menurut laporan akhbar hari ini, menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri bertindak tegas bagi memulihkan hutan simpan Raja Muda Musa seluas 525 hektar.Seramai 300 pegawai dan kakitangan jabatan perhutanan negeri, polis, Rela, pejabat daerah Kuala Selangor, jabatan bomba, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Imigresen mengambil bahagian dalam operasi tersebut.Malaysiakini difahamkan peneroka tanah tidak dibenarkan berada di dalam kawasan operasi.Operasi itu dilaporkan memusnahkan dua rumah, 22 pondok dan dua reban ternakan ayam.Seorang penduduk terlibat yang enggan dikenali memberitahu Malaysiakini, walaupun tidak mendapat kelulusan mengusahakan tanah itu, tetapi tanaman mereka tidak pernah diusik sebelum ini. Masalah-masalah dengan pihak berkuasa sebelumnya dapat diselesaikan melalui rundingan."Tetapi kali ini tidak, (mereka) datang tolak terus," katanya, membandingkan tindakan kerajaan Selangor sekarang yang diketuai wakil rakyat PKR itu dengan Dr Mohamad Khir.Usaha kumpulan peneroka ini untuk mendapatkan sokongan exco permodenan pertanian dan pengurusan sumber alam sekarang Yaakob Sapari buntu dalam pertemuan bagi kali kedua walaupun asalnya positif.Kumpulan penyokong PKR itu masih berusaha untuk mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri, kata penduduk itu lagi.

No comments: