Saturday, December 6, 2008

Amerika Yang Tamak

Perut Bush inilah yang menghancurkan dunia dan manusia
hingga kini Bush masih lapar lagi.

Amerika Yang Tamak


Dihujung kekuasaannya Presiden Amerika Syarikat, George Bush mengakui tiada senjata pemusnah di Iraq dan menyalahkan perisikan tenteranya yang memberi maklumat tidak betul. Bush masih tidak mahu salahkan diri sendiri dan terus mencari siapa yang perlu disalahkan.Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh ABC News.Ikhlaskan pengakuan Bush itu setelah ramai jiwa tidak berdosa hapus kerana senjata ganas tentera Amerika.Atau sekadar pengakuan menarik simpati rakyatnya dan negara umat Islam lain setelah beliau berjaya menjajah Iraq dan Afghanistan. Apa yang dunia harapkan ialah tidak lagi wujud pemimpin-pemimpin seperti Bush dimana-mana juga. Bush adalah pemerintah Amerika yang gagal dari segala segi. Bush hanya berjaya menghancurkan bumi, berjaya membunuh ratusan ribu manusia yang tidak berdosa, berjaya menghancurkan ekonomi Amerika, berjaya meningkatkan tahap pengangguran di Amerika dan berjaya mencari musuh diserata dunia.Banyak wang dibelanjakan bagi mencapai maksud beliau menguasai negara Islam. Perbelanjaan yang cukup besar itu menyebabkan kemusnahan ekonomi Amerika yang cukup teruk. Perbelanjaan yang tidak keseimbangan antara dalam negara dan misi luar negaranya. Rakyat Amerika cukup kesal dengan tumpuan dan perbelanjaan besar dasar luarnya dan kesannya mula terasa bagi Amerika.Bagi mengatasi masalah rumit tersebut rakyat Amerika terpaksa memilih Presidennya daripada kulit hitam yang sukar diterima oleh kaum kulit putih. Bagi mereka (kulit putih) ini jalan penyelamat daripada kemusnahan kaum mereka sendiri. Apapun TAHNIAH! Kepada rakyat Amerika kerana bakal menerima presiden berkulit hitam, dulu warna kulit ini dihina dan di cemuh oleh mereka. Dulu warna kulit ini hanya sebagai HAMBA ABDI untuk mereka yang berkulit putih. Tahniah Obama!!

No comments: