Rasanya seperti berada ditahun 60an, bila masih ada perkhidmatan feri yang terpaksa diguna hingga hari ini untuk menyeberangi sungai dengan jarak tidak sampai beberapa meter. Itulah hakikat yang perlu diterima bagi masyarakat Kg. Baba dan Kg. Ansuan dengan lebih kurang 600 orang penduduk dengan jarak ke Pekan Telupid tidak lebih dari 20 km. Kampung-kampung ini yang dibuka sekitar tahun 1981 telah menggunakan jambatan kayu sebagai jalan perhubungan melalui Kg. Melapi. Selepas jambatan tersebut runtuh dan berakhirnya kerja-kerja penanaman oleh pihak Safoda pada akhir 90an maka sejak itu hubungan melalui jambatan telah terputus. Perkhidmatan feri bermula pada tahun 1996, bila sebuah syarikat masuk untuk membuka ladang kelapa sawit.Kini sudah 20 tahun masyarakat setempat sabar dengan seribu kesusahan yang mereka lalui terutama bila air sungai naik dan perkhidmatan feri dihentikan. Keluhan rakyat perlu didengar jangan biar rakyat terus menunggu 10 atau 20 tahun lagi hanya untuk sebuah jambatan.
No comments:
Post a Comment