Sudah tiba masanya pihak berkuasa perlu memperketatkan
peraturan dan memantau para pemandu bas sekolah di seluruh Sabah terutama bagi
pemandu dan bas sekolah yang sudah uzur bagi memastikan keselamatan murid
sentiasa terjamin.
Sesetengah pemandu dilihat sudah terlalu tua dan mungkin
tidak lagi mempunyai penglihatan, kesihatan, tenaga dan refleksi yang baik, dan
ini boleh membahayakan penumpang yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah
khasnya di kawasan yang sibuk.
Kenapa kita perlu mempertaruhkan nyawa pelajar sekolah
dengan menggenepikan kemampuan pemandu dan keuzuran bas sekolah itu sendiri. Jangan
tunggu “terhantuk baru nak terngada”, selepas musibah menimpa baru keluar teori,
akta, undang-undang dan pelbagai. Masa tu “nasi sudah menjadi bubur”, yang
pergi tidakkan kembali lagi. Seandainya masa tu kita sentiasa beringat bahawa,
jika pemandu dan bas sekolah yang uzur itu ada bahagian yang “tidak berfungsi”
secara tiba-tiba pada kelajuan kenderaan 100km sejam. Apalah nasib yang menimpa
pelajar-pelajar yang berada dalam bas tersebut.
No comments:
Post a Comment