Tercatat dalam lipatan sejarah pada 6 Ogos 1945
Amerika Syarikat telah melancarkan bom nuklear yang maha dahsyat ke atas
Hiroshima Jepun sekali gus meranapkan Empayar Jepun yang gah menguasai Perang
Dunia ke-2 buat seketika pada masa tersebut..
Amerika Syarikat secara fakta adalah sebuah
negara paling kejam kerana paling ramai membunuh orang awam. Kalau ikut
sejarah, sebenarnya tragedi pengeboman ini melibatkan 4 bandar yang dipilih
untuk dibom antaranya Hiroshima, Kokura, Nagasaki, and Niigata.
‘Little Boy’ adalah kod nama bom atom yang
digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos, 1945 dan ia dibawa menggunakan pesawat
Boeing B-29 Superfortress Gay Enola, dipandu oleh Kolonel Paul Tibbets Skuadron
pengeboman ke-393, Heavy, Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat.
Ia adalah bom atom yang pertama untuk digunakan
sebagai senjata. Yang kedua, dikenali sebagai ‘Fat Man’, telah dijatuhkan tiga
hari keudian di Nagasaki.
Senjata ini telah dibangunkan oleh sebuah Projek
Manhattan semasa Perang Dunia ke-2. Ia memperoleh kuasa letupan dari pembelahan
Nuklear Uranium 235.
Pengeboman Hiroshima adalah letupan nuklear
buatan yang kedua dalam sejarah dunia, selepas dilakukan ujian Trinity dan
letupan pertama adalah berasaskan Uranium.
Kira-kira 600 hingga 860 miligram bahan aktif
dalam bom tersebut telah ditukar kepada tenaga aktif haba dan radiasi. Ia mampu
meletup dengan tenaga 13 dan 18 kilotons TNT.
Asap
menjulang setinggi 40,000 kaki 2/3 Hiroshima musnah, dari jarak 3 batu
dari pusat letupan 60,000 dari 90,000 banggunan menjadi debu dan
sehinggakan besi besi di banggunan menjadi cair. Bom yang meletup itu di
Hiroshima membunuh wanita dan kanak-kanak termasuk askar.
Penduduk Hiroshima di
anggarkan 350,000 orang dan 70,000 mati serta-merta dan
selebihnya 70,000 mati kerana kesan daripada radioaktif yang dirasai sehingga 5
tahun lamanya.
Angin kuat ketika bom atom digugurkan membuatkan radiasi bom itu tersebar lebih
1.5 batu persegi, dan manusia yang berada dalam kawasan berkenaan hampir semua
cair tanpa sebarang kesan.
Bayangkan dashyatnya perperangan, tiada siapa
yang dikira pemenang, yang sentiasa menjadi mangsa adalah orang awam,
kanak-kanak, wanita dan orang tua.
No comments:
Post a Comment